Saturday, December 13, 2014

BAB 22 : Cukup sampai di Sini

Pagi yang indah disapa angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan Amirah teringin untuk berdiri di kaki lima biliknya itu.Terdengar suara Tengku Faris Farriel memanggilnya di dalam segera dia beredar dari kaki lima itu dan mendapatkan suami tercintanya itu.

"Ada apa abang?" Tanya Amirah perlahan.
"Sayang dah masak?" Ucap Tengku Faris Farriel pada Amirah dihadapannya.
"Belum lagi,er baru nak pergi ni kenapa?" Jawap Amirah.
"Abang bosanlah nak tolong Sayang boleh?" Tanya Tengku Faris Farriel pada isterinya.
"Ha boleh jugak jomlah" Ajak Amirah lalu menarik tangan Tengku Faris Farriel turun ke ruang dapur

#                                #                                              #                                          #

"Akak bunga ni kira macam mana ye?" Tanya Redzuan pada wanita pemilik kedai bunga itu.
"Oh kalau yang warna putih tu satu 50 sen kalau yang warna merah tu 1.50 sen,adik nak yang mana?Tanya wanita itu.
"Bagi dekat saya 3 ye yang warna merah tu" Ucap Redzuan lalu tersenyum.
"Yelah adik,sebentar ya" Balas Wanita itu.

"Mira"Panggil Redzuan pada Amirah.
"Ye abang?" Jawap Amirah.
"Mira suka bunga apa?" Tanya Redzuan pada Amirah.
"Bunga Ros,cantikkan? kalau warna merah lagi cantik.Bunga merah lambang cinta " Ucap Amirah kepada Redzuan.
"Nanti abang belikan Mira bunga ros ye,abang janji" Kata Redzuan lalu tersenyum puas melihat wajah Amirah yang dia sayangi itu.
"Janji tau" Kata Amirah sambil melihat permandangan sawah itu dihadapan.

"Adik!! " Jerit wanita uh abad itu pada redzuan.
"Oh terima kasih ye kak " Ucap Redzuan selesai membayar harga bunga Ros itu.
"Mira abang janji akan bagi,abang akan lakukan apa sahaja untuk Mira" Ucap Redzuan sendirian lalu mengorakkan langkah menuju ke arah keretanya.

#                                  #                                 #                                 #

"Abang jaga lauk ni sekejap Mira nak angkat telefon tu" Ucap Amirah pada suaminya.
"Yelah " Jawap Tengku Faris Farriel sambil memegang senduk di tangannya.
"Assalamualaikum ye nek? ada apa telefon?" Tanya Amirah kepada neneknya yang telah telefon.
"Bila tu? Dengan siapa?" Tanya Amirah lagi.
"Ha yelah nanti Mira bagitahu dekat abang.Ha ye nek nanti kirim salam dekat Lisa dengan mak tau nenek,erm Waalaikumussalam" Talian dimatikan selepas Amirah menjawap salam neneknya.
"Ha! " Sergah Amirah kepada Tengku Faris Farriel yang khusyuk merasa lauk yang dimasak oleh Amirah.
"Ya Allah sayang ni,kalau abang ada sakit jantung macam mana.Terkejut abang tau" Bebel Tengku Faris Farriel panjang.
"Siapa telefon? " Tanya Tengku Faris Farriel menahan geram melihat Amirah menggelakkan dirinya.
"Nenek telefon katanya Lisa nak bersanding minggu hadapan,kita pergi tau nenek suruh" Kata Amirah.
"Ye la " Kata Tengku Faris Farriel mati apabila terdengar bunyi loceng rumahnya.
"Abang pergi tengok kejap" Laju Tengku Faris Farriel melangkah ke muka pintu

Special for you
my dear Amirah...

"Sayang!!" Jerit Tengku Faris Farriel.

"Ada apa?" Tanya Amirah lalu menutup semua sajian yang sudah siap dan melangkah kearah Tengku Faris Farriel.
"Ni siapa?" Tanya Tengku Faris Farriel lalu menunjukkan bunga ros pada Amirah.
"Mira tak tahu,tak ada nama?" Tanya Amirah.
"Tak ada pun." Ucap Tengku Faris Farriel.
"Buang jelah abang.Budak-budaklah tu nak kenakan Mira." Kata Amirah laju mempertahankan dirinya.
"Betul tak tahu?" Tanya Tengku Faris Farriel.
"Ye abang,Mira tak tahu." Jawap Amirah
"Kalau macam tu,nah buangkanlah abang tak suka" Ucap Tengku Faris Farriel.
"Pemalas lah abang ni " Jawap Amirah lantas membawa bunga itu kedapur.Sempat juga dia menjengah kearah kad pada bunga itu.

Special for you
my dear Amirah...

Amirah membelek kulit belakang kad itu tertera hurus r yang di cantikkan dengan rangkaian pada tulisan itu.Segera Amirah mencampakkan bunga itu kedalam tong sampah dan mengoyakkan kad itu.

'Kau nak apa lagi redzuan' Ucap kata hati Amirah sayu terkenang bekas kekasihnya yang tidak serik ingin mengacau hidupnya.Amirah segera kemeja makan untuk makan tengahari dengan Tengku Faris Farriel,dia berdoa agar suaminya itu tidak nampak hurus r dibelakang kad itu.

#                                     #                                 #                                #

"Assalamualikum lisa" Panggil Amirah semasa mengetuk pintu kayu dihadapannya itu.
"Waalaikumussalam eh mira,masuklah mama ada dekat dalam dengan nenek " Jawap Lisa selepas membuka pintu itu.
"Nah Mira bawakkan  sikit barang untuk hantaran Lisa,harap Lisa suka" Kata Amirah lalu menyerahkan plastik beg yang terbungkus cantik kepada Lisa.
"Apa yang tak sukanya,mestilah suka.Jom Mira mama dah lama" Ucap Lisa lalu menarik tangan Amirah menuju ke dapur.
"Mama ni Mira dah datang" Jerit Lisa di ruang rumah.
"Mira apa khabar? " Tanya Mak Timah dan memeluk Amirah.
"Mira sihat je mama " Balas Amirah.
"Ala Mira rindu maam je tak rindu dekat nenek ke? " Rajuk Nek Salmah.
"Eh Mira rindu nenek jugaklah,mana boleh tak rindu" Ujar Amirah lalu menuju ke arah Nek Salmah.
"Yela dah main rindu-rindu dah ni laki awak ni da penat tunggu " Ucap Tengku Faris Farriel memecahkan kesunyian rindu merindui itu.
"Eh Ris lupa pula mama dekat kamu,bilik kamu dua ada dekat tengah tu mari mama tunjukkan" Ucap Mak Timah dan menuju ke arah tangga untuk menunjukkan bilik kepada Tengku Faris Farriel.
"Macam mana dengan Redzuan,dia ada kacau kamu lagi?" Tanya Nek Salmah kepada Amirah.
"Dia ada bagi bunga hantar dekat rumah Mira tapi Ris tak tahu yang hantar tu dia" Terang Amirah kepada Nek Salmah.
"Nenek tak tahu apa nak jadi dengan dia tu,teruk betul perangainya " Ucap Nek Salmah yang kurang faham dengan perangai Redzuan.
"Kamu pergilah tengok si Ris tu" Sambung Nek Salmah lagi.
"Erm yelah nek" Balas Amirah lalu bingkas bangun menuju ke biliknya dengan Tengku Faris Farriel.

#                               #                                #                                  #        
                   
"Abang?" panggil Amirah.
"Ye sayang" Balas Tengku Faris Farriel.
"Abang dah jemput Musa untuk majlis Lisa ke?" Tanya Amirah lalu merebahkan diri di sisi Tengku Faris Farriel.
"Abang dah jemput dah dia orang mungkin lusa pagi semua datang sini tolong apa yang patut." Terang Tengku Faris Farriel.
"Baguslah kalau macam tu nanti mama dengan nenek tak adalah penat sangat buat persediaan nanti." Jelas Amirah.
"Sayang abang penatlah,teman abang tidur ye??" Rayu Tengku Faris Farriel yang keletihan memandu.
"Yela abang" Akur Amirah dengan permintaan suaminya itu.

#                           #                                   #                             #

"Assalamualaikum mak,Redz balik ni" Ucap Redzuan di muka pintu rumah usang itu.
"Waalaikumussalam,Ya Allah anak mak.Naiklah Redz,mak rindukan kamu sangat" Balas Mak Munah dengan linangan air mata.
"Lama kamu tak balik Redz" Tanya Mak Munah kepada anak tunggalnya itu.
"Tulah mak Redz balik ni bercuti,penat sangat dekat hospital tu mak" Jelas Redzuan kepada Mak Munah.
"Kebetulan kamu balik ni nanti bolehlah teman mak ke rumah Nek Salmah ada kenduri sikit dia buat" Kata Mak Munah.
"Kenduri apa Mak?" Tanya Redzuan kehairanan.
"Lisa nak kahwin tu buat kenduri tu,eh kamu pergilah rehat dahulu jangan lupa solat nanti malam kita makan sama-sama" Ujar Mak Munah yang kesian akan anaknya itu.
"Baiklah mak" Jawap Redzuan lalu bangun menuju kearah pintu biliknya.

#                       #                             #                          #

Sehari Sebelum Hari Perkahwinan Lisa

"Abang!!" Jerit Amirah memanggil suaminya yang berada didalam bilik.
"Ada apa sayang?" Sahut Tengku Faris Farriel.
"Mama dengan papa dah sampai tu,abang pergilah tolong dia orang angkat beg" Balas Amirah sambil menuju ke arah ibu bapa mertuanya itu.
"Mana yang lain?" Tanya Amirah.
"Sekejap lagi dia orang datang mungkin lambat sebab Musa ada hal sedikit" Terang Tengku Adam Aris kepada Amirah.
"Papa mama,sihat?" Tanya Tengku Faris Farriel lalu menyalam kedua ibu bapanya itu.
"Sihat sahaja,kamu tu sihat ke? " Tanya Tengku Adam Aris kepada anaknya.
"Kami berdua sihat je papa,eh jomlah naik tak manis pulak borak dekat luar ni" Ucap Tengku Faris Farriel.
"Tu semua orang kampung datang tolong masak-masak semua,pasang khemah" Terang Amirah kepada Tengku Maisarah yang kelihatan pelik kerana ramai orang dihalaman rumah itu.
"Kalau dekat KL pakai katering saja" Jelas Tengku Maisarah.
"Inilah namanya sepakat membawa berkat mama,mari Mira tunjukkan bilik" Ujar Amirah lalu membawa Tengku Maisarah ke dalam rumah.

#                     #                           #                           #

"Abang dah bagi tahu mama kita nak keluar ke?" Tanya Amirah kepada Tengku Faris Farriel.
"Dah abang dah bagitahu sebelum keluar tadi tapi abang tak bagitahu yang kita nak jemput Pak Usop.Mama sebuk sangat sampai tak menyempat nak bagitahu." Terang Tengku Faris Farriel.
"Tak apalah nanti dah sampai rumah kita bagitahu dekat mama." Ucap Amirah dengan tenang.

#                   #                                #                                   #

"Assalamualaikum Mak Timah" Jerit suara itu dimuka pintu.
"Walaikumussalam,eh Munah naiklah Redzuan pun ada ye?" Sahut Mak Timah yang agak terkejut melihat Redzuan ada bersama dengan Mak Munah.
"Dia balik bercuti seminggu dekat sini,katanya penat bekerja dekat hospital tu.Itulah yang dia balik kampung ni" Terang Mak Munah menjawap tanda tanya Mak Timah itu.
"Ha naiklah Munah,Redzuan boleh tolong orang lelaki dibawah sana tu" Kata Mak Timah kepada Redzuan lalu menjemput Mak Munah kearah dapur.

#                                   #                            #                                    #

"Mira jangan panjat pokok tu nanti Nek Salmah marahlah" Jerit Redzuan kepada Amirah yang memanjat pokok rambutan itu.
"Alah tak ada apa-apa la abang,jangan risaulah Nek Salmah tak ada dia pergi pekan" Terang Amirah dari arah atas pokok itu.
"Nanti jatuh susah,turunlah sekarang!!" Jerit Redzuan yang penat memujuk Amirah yang suka memanjat pokok itu setiap petang.
"Abang?" Lamunan Redzuan terhenti selepas bahunya ditepuk seseorang.
"Eh Lisa,duduklah bakal pengantin" Seloroh Redzuan yang cuba menghilangkan rasa sedihnya itu.
"Abang janganlah tunggu pada yang bukan milik abang,kesian diri abang tu" Ucap Lisa yang tahu akan kisah Redzuan dengan Amirah.
"Abang sangat sayangkan Amirah,abang sedar abang dulu bodoh memilih yang kaca daripada permata" Terang Redzuan dengan nada sedih yang sudah tidak tertanggung.
"Lisa faham abang,tapi itu semua dah lepas jangan buat Mira merana lagi dan cubalah abang cari pengganti" Kata Lisa yang cuba membuka minda Redzuan akan kebenaran yang sedang berlaku.
"Abang cuba tapi abang tak yakin abang mampu untuk cari pengganti Mira buat masa sekarang ni" Jelas Redzuan dengan perlahan.
"Kalau abang rasa tak mampu buat masa sekarang ni,tolonglah abang jangan kacau Mira lagi dia dah bahagia dengan suami dia abang,abang kena faham situasi Mira sekarang isteri orang" Hujah Lisa kepada Redzuan yang termanggu di atas pangkin itu.
"Yelah Lisa abang tak kacau Mira lagi." Balas Redzuan akur dengan kata-kata Lisa itu.
"Kalau abang kacau Mira lagi,Lisa bagitahu Mak Munah.Okeylah Lisa nak tolong makcik-makcik tu bye abang" Ucap Lisa lalu pergi ke arah orang kampung yang sibuk memasak gulai kawah itu.
"Haih" Keluh Redzuan yang mati akal disitu.

#                                  #                              #                      #

"Timah yang ini kau nak masak dengan apa?" Tanya Mak Munah yang menunjukkan ketulan ayam yang berada didalam mangkuk kepada Mak Timah.
"Aku nak buat gulai tempoyak bolehlah siapa yang tolong aku bagi sikit rasa" Terang Mak Timah.
"Timah macam mana Mira? Dia sihat ke?" Tanya Mak Munah tiba-tiba.
"Er dia sihat je Munah kenapa?" Soal Mak Timah yang hairan dengan soalan Mak Munah itu.
"Tak adalah aku saja tanya,suami dia okey?" Tanya Mak Munah lagi sabil membawa potongan sayur di singki.
"Dia orang berdua bahagia aku tengok Munah,senang hati aku dengan Nek Salmah" Terang Mak Timah sengaja mencucuk jarum kepada belon yang ditiup,
"Kalaulah dia jadi menantu akukan bagus,Redzuan tu aku tak tahulah.Kalau Mira jadi apa-apa aku sanggup terima dia Timah" Balas Mak Munah selamba.
"Dia dengan Faris bahagia Munah aku doa dia orang kekal selamanya" Jawap Mak Timah sambil tersenyum melihat teletah Mak Munah yang menyesal akan perbuatan anak terunanya itu.