Friday, March 16, 2012

BAB 5 : Cukup Sampai Di Sini

"Ros bangun la cakap nak ikut aku pergi balik kampung Lisa"Amirah mengejut Ros yang masih tidak mahu bangun walaupun sudah berkali-kali dia kejut. \
"Kau nak ikut tak nak karang aku tinggal kang baru tahu,bangun cepat,pergi mandi,cepat la nanti Lisa tunggu lama lah dekat bawah"kata Amirah yang membangunkan badan Ros yang lemah itu. 
'Ikut kan hati nak aja aku angkat dia tapi dia ni dah lah berat tak pasal-pasal aku kena duduk dengan dia'bisik hati Amirah.



      #                          #                            #



"Sorry I’m late"tutur Amirah pada Lisa. 
"It’s okey,I’m right"balas Lisa bersahaja. 
"Dah la masuk la kereta"sambung Lisa semula.
"Amirah kau tahu tak mama dah lama nak jumpa kau dia cakap nak mintak maaf dekat kau sebab dah buat kau macam-macam dulu"tutur Lisa perlahan.
"Tapi aku tak kasi sebab aku takut kau tak boleh maafkan dia"sambung Lisa semula kali ini dengan nada yang sedih.
"Aku dah lama dah maafkan mama,aku pun rindu dengan dia tak sabar rasanya nak jumpa mama"kata Amirah dengan gembira.
Akhirnya mereka sampai di satu kampung yang bernama kampung Cermai kita di kelantan.



       #                           #                                #




"Assalamualaikum mama,Lisa ni bukalah pintu"Lisa memberi salam pada rumah yang sederhana besar itu.
"Waalaikummussalam,Lisa mari masuk"ajak Mak timah yang sudah uzur.
"Mama,Lisa ada seseorang nak perkenalkan pada mama"kata Lisa pada mak timah.
"Assalamualakum mama,ni Mira la"kata Amirah dan terus memeluk Mak Timah dengan erat.
"Mira,mama rindukan Mira,dah jom masuk"Mak Timah berasa gembira apabila melihat Amirah dalam keadaan baik.
"Lisa balik bila"tanya Mak timah pada Lisa yang asyik menonton telivision sejak tadi.
"Kita orang balik lusa la mama sebab tak lama lagi dah exam"kata Lisa dengan lembut.
"Amirah dengan Ros pergi lah tido,esok mama ada benda nak cakap dengan Amirah"kata Mak
Timah menyuruh Amirah dan Ros tidur,Amirah pun bingkas bangun dan menuju ke bilik yang mamanya sediakan,langkahnya di ikuti oleh Ros.




             #                                  #                                         #



"Mira mari sini turun"Laung Mak Timah kepada Amirah yang tidak turun-turun untuk makan malam.
"Maaf Mira turun lambat,ada kerja sikit"kata Amirah yang minta maaf dengan Mak Timah yang lama menunggunya di bawah.
Selesai sahaja mereka makan,Mak Timah mengajak Amirah pergi ke surau untuk solat isyak di sebabkan hari ini Ros cuti jadi mereka pergi hanya bertiga sahaja.
Lama sudah Amirah tidak pergi ke surau bersama-sama Mak Timah,sebelum pulang mereka singgah ke pasar malam yang buka tidak jauh dari surau.
"Lambatnya kau balik Amira seram aku duduk rumah ni sorang-sorang"kata Ros yang muka sudah pucat bagai tiada darah di mukanya.
"Kau ni kenapa macam nampak hantu je"tanya Amirah pada kawannya itu.Ros hanya mengiakan sahaja apa yang di nafikan oleh Amirah tadi.Terkejut Amirah dengan anggukan Ros tadi.
"Maaf la Ros mak cik lupa bagi tahu lepas azan kena tutup pintu"balas Mak Timah dan pergi ke dapur untuk mengisi lauk-pauk yang baru beli tadi. 
"Eh Lisa kampung ni berhantu ke"tanya Ros.
"A’ah kampung ni memang ada hantu sebab bila dah azan maghrib semua masuk rumah takut terserempak dengan benda halus macam mana kau nampak"terang Lisa kepada Ros.
"Kau jangan risau benda tu tak akan kacau kau lagi"sambung Lisa semula.
"Dah-dah la tu sini makan"panggil Mak Timah selepas siap memasukkan lauk kedalam mangkuk.



      #                                 #                               #


"Amirah tunggu sekejap,duduk dulu mama ada benda nak bincangkan"halang Mak Timah pada Amirah yang hendak melangkah menaiki tangga.Mak Timah terus menyeluk sesuatu di dalam laci yang bersebelah dengan meja makan,dan menyerahkan isi yang di ambil tadi pada Amirah.
"Apa ni mama"tanya Amirah pada Mak Timah.
"Buka je lah sampul tu"balas Mak Timah.
"Mama Amirah tak nak semua ni,ini bukan hak Mira mama"tutur Amirah selepas membaca dokumen di dalam sampul itu.
"Itu bukan harta Abah tapi harta ayah Mira dulu,kami hanya menumpang saja"balas Mak Timah dengan pelahan. 
"Mira nak serahkan semua ni dekat mama,Mira tak nak lagi pun mama dah banyak berjasa  dengan Mira."Kata Amirah.Amirah tidak sampai hati untuk mengambil semua harta itu apabila mengenangkan jasa Mak Timah padanya.
"Tapi itu wasiat yang arwah ayah dan abah buat"tutur Mak Timah berdegil untuk mengambil harta itu.
"Mira tahu itu wasiat tapi Mira tak nak semua ini,Mira nak mama usaha kan semua ladang-ladang yang ada,Mira tak kisah pun mama"balas Amirah dan memeluk Mak Timah dengan erat.



       #                       #                      #



Sudah tiga hari Amira di rumah Mak Timah,dah sampai masa untuk dia balik ke hostel.
"Lisa bawa kereta tu baik-baik tau,Mira mama minta maaf pasal semalam,Ros jaga Amirah tau"pesan Mak Timah pada tiga gadis itu.
"Baiklah mama,kami akan ingat pesan mama tu"balas Lisa dan menghilangkan diri di dalam kereta.
"Mama Mira balik dulu erk,jom Ros"kata Amirah dan masuk ke dalam perut kereta.Kereta Lisa meluncur laju meninggalkan kediaman Mak timah.

            #                           #                                #


Akhirnya kereta Lisa sampai saje di koleje Amirah dan Ros terus ke bilik mereka.
"Mira aku nak pergi kafe nie kau nak ikut ke"kata Ros selepas menyusun barang barangnya.
"Tunggu kejap,aku nak ikut"balas Amirah terus mencapai tudungnya.
"Mira kau tunggu sini aku nak pergi tandas"ucap Ros pada Amirah.
"Erm.."jawab Amirah ringkas.



              #                             #                               #


"Assalamualaikum,hai sayang"tersedak Amirah di sebabkan suara Faris itu.
"Wa…waalaikummussalam,eh abang..abang buat ape dekat sini"tanya Amirah tergagap.
"Abang nak makan la..takkan nak tengok wayang pulak"balas Faris pada Amirah sambil tersenyum.Amira sudah tersipu-sipu kerana jawapan Faris tadi.
"Jom  ikut abang ada benda yang abang nak cakap dengan Amirah ni"kata Tengku Faris memecah kesunyian dia dan Amirah.
"Abang cakap je la dekat sini"balas Amirah.
"Tak boleh sayang ini secret kita berdua aje"kata Tengku Faris lalu menarik lengan Amirah.Amirah terpaksa akur dengan keputusan Faris.



#                                   #                                                      #


"Ada apa abang nak jumpa Mira?"Tanya Amirah acuh tak acuh.
"Macam tak suka aje nak jumpa abang"kata Tengku Faris.
"Mira sibuk la abang,Mira ada kelas ni,abang boleh cepat tak"ucap Amirah tegas.
"Erm,abang nak pergi belajar ke luar negara,bulan depan abang akan berangkat ke Australia"tutur Tengku Faris perlahan.Amirah yang mendengar ucapan Tengku Faris itu kelu lidahnya untuk berkata.
"Ab..abang nak pergi belajar tapi kenapa? kan abang dah ada diploma di sini"tanya Amirah tidak puas hati dengan rancangan Tengku Faris itu.
"Sayang abang nak dapatkan PhD,sayang kena la faham,abang nak capai cita-cita abang"ucap Tengku Faris.
"Tapi..erm ikut suka abang la,okey Mira nak pergi kelas jangan ganggu Mira"tutur Amirah lalu meninggalkan Tengku Faris tanpa menoleh kebelakang.Amirah betul-betul geram dengan Tengku Faris.
'Dulu dah janji dengan aku nak belajar sama-sama,alik-alik dia terburu-buru nak pergi'bisik hati Amirah.



#                        #                                   #



"Kau dah cakap dengan dia?"tanya Musa pada Tengku Faris.
"Dah tapi dia macam marahkan aku,iyelah kan dulu kami janji nak sambung belajar sama-sama"jawab Tengku Faris lesu.
"Habis tu kenapa tak tunggu dia?"tanya Musa.
"Apa kesengalnya kau ni Musa,kan aku kena ambil hak untuk syarikat A.N holdings tu,that why I must get PhD"terang Tengku Faris pada Musa.
"Ye tak ye kan,lupa pulak aku"kata Musa.
"Hurm.."keluh Tengku Faris.



#                                    #                                #




''Parah la Amirah,hari tu beriya-iya nak ambik PhD  sama-sama dengan kau,sekarang ni hampeh''kata Ros selepas mendengar cerita dari Amirah.
''Entah la Ros aku pun tak tahu nak buat apa sekarang ni''tutur Amirah sambil kepalanya pandang kebawah.


#                                 #                                         #



Hari semasa penerbangan Tengku Faris...

"Mama,Mira tak datang ke?"tanya Tengku Faris,jam menunjukkan pada angka 2.30 petang,tinggal 15 minit sahaja lagi sebelum dia berlepas.
"Tadi Ros ada call Musa,dia kata Mira kirim salam saja sebab dia sibuk"ucap Miasarah,dia tahu kecenderungan anak lelaki tuggal dia ini semuanya di sebab kan keluarga Nathan yang ingin mengambil alih syarikat A.N holdings selepas kematian Nathan.
"Maafkan kami"ucap Tengku Adam Aris pada anaknya itu.
"Tak apa la ini pun untuk kebaikkan kita jugakan,okey la Faris berangkat dulu,Musa kirim salam sayang pada Amirah iye"kata Tengku Faris pada Musa.
"Okey"ucap Musa.


diari ku...hari ini Faris telah berangkat ke Australia sudah 5 jam...dia pergi meninggalkan aku,bagaimana dengan hari-hari lain...kini aku kian merinduinya...aku rindu gelak tawanya..Ya Allah...tolonglah hambamu ni..jangan la engkau membiarkan hamba alpa pada semua benda hanya kerana kerinduan ini pada dia...semoga jiwa ku akan tetap bersamanya di sana...


#                                 #                              #



"Amirah"Amirah menoleh kebelakang apabila terdengar orang memanggil nama dia.
Dia terlihat Musa berdiri tegak di bucu pintu keretanya.
"Ada apa Musa?'"anya Amirah.
"Faris kirim salam,erm kenapa tak datang semalam?"kata Musa pada Amirah.
"Waalaikummussalam,Mira sibuk semalam,okey bye"kata Amirah lalu berjalan meninggalkan Musa yang sudah terkulat-kulat di situ.


#                                         #                                  #



4 Tahun Kemudian....

"Amirah saya hendak awak buat porposal ini dan hantar ke email yang saya bagi tu,pastikan awak siapkan faham!!"Tutur Tengku Farisha dengan tegas pada Amirah sebagai akauntan di pejabat itu.
"Oh ye lagi satu suruh budak-budak pejabat kemaskan meja mereka,minggu hadapan abang saya nak ambil alih syarikat ini,pastikan sarang tikus tu bersih"sindir Tengku Farisha sebelum keluar dari bilik Amira.
"Kenapa singa tu masuk bilik kau Mira?"tanya Ros.
"Dia suruh korang kemas sarang tikus korang,sebab minggu depan abang dia nak ambil alih pulak syarikat ni"kata Amirah pada semua staf di Syarikat itu.
"Abang dia? siapa?? Tengku Farriel ke??"tanya Laila selaku budak teh di syarikat itu.
"Ye la kot,akak tak tahu la Laila,akak bukan spy macam korang semua ni"gurau Amirah.
"Siapa lagi kalau bukan Tengku Farriel,tu je abang yang dia ada"celah Danial tiba-tiba.
"Ooooo"di sambut oleh pekerja lain.

"Kau rasakan abang Farisha tu baik tak?"tanya Ros pada Amirah.
"Entah la aku tak tahu,tapi aku harap perangai dia tak macam Farisha tu,buat sakit jiwa orang je kerja dengan dia"kata Amirah.
"Hai girl"ucap Danial lalu ke meja yang diduduki oleh Amira dan Ros.
"Cerita pasal apa ni?"tanya Danial.
"Pasal bakal bos kita tu,kau rasa hensem tak Danial?"tanya Ros pada Danial.
"Anak orang kaya mana ada yang tak hensem,kalau ada pun akan hensem,cucuk sana,cucuk sini,orang kaya la katakan"ucap Danial.
"Ye tak ye kan"Celah Amirah.



#                                 #                                          #



Seminggu Selepas itu.....


"Perhatian please,abang I dah ada dekat bawah so tolong siap sedia,anyway,mana Amirah?"tanya Farisha dengan wajah yang tegang.
"Dia lambat hari ini Cik sebab ada emergency kes"kata Danial.
"Huhh dia tu dah tahu abang I nak datang ada-ada saja alasan dia untuk datang lambat"Marah Farisha menggunung pada Amira.
"Ehem.."seseorang berdehem di hadapan muka pintu,semua mata beralih pada pintu.
"Okey you all this is my brother,Tengku Farriel"kata Farisha memperkenalkan Tengku Farriel pada semua staf.'
"I dengar ada orang yang tak ada,I nak jumpa dia lepas dia datang."tutur Tengku Farriel yang di ikuti dengan senyum sinis Tengku Farisha.Lalu Tengku Farriel ke arah bilik besar di pejabat itu.
"Tu ke Tengku Farriel? Habislah Amirah"kata Ros perlahan sambil memandang kearah bos barunya yang menayangkan sengeh kepadanya.

Wednesday, March 14, 2012

BAB 4 : Cukup Sampai Di Sini

"Sayang tunggu la abang"Kata Faris tercungap-cungap mengejar Amirah. 
"Nak apa lagi"tengking Amirah pada Faris dan meneruskan perjalanannya yang tergendala tadi. 
"Tak kan pasal semalam sayang jadi macam ni,maafkan lah abang sayang"rayu Tengku Faris pada Amirah. 
"Mira dah maafkan abang"balas Amira tanpa sedikit pun memandang muka Tengku Faris.
Tengku Faris terus menarik lengan Amira bila melihat sifat Amira yang dingin dengannya itu. 
"Lepaskan la abang,Mira tak suka lah abang buat Mira macam ni"kata Amirah yang sedang bergelut dengan Tengku Faris di ruang lobi koleje.
"Hai tertarik-tarik nampak nak join sekali boleh"Ros datang menerpa apabila melihat Amirah di tarik oleh Tengku Faris. 
"Lepas lah, Ros jom pergi aku ada hal dengan kau"kata Amirah dan pergi dari situ.


 #                        #                       #


"Boleh I duduk sini"tegur Anita pada Tengku Faris. 
"Boleh duduk je la"balas Tengku Faris acuh tak acuh.
"I tak ganggu you ke ni"tanya Anita selepas duduk di kerusi sebelah Faris. 
"Tak lah lagipun I sorang je"jawab Tengku Faris. 
"Mana girlfriend you tu,sorry la tanya tadi I nampak you dengan dia bergaduh kenapa,apa yang berlaku?I minta maaf ye pasal semalam tu.I tahu salah I."tanya Anita dengan manja pada Tengku Faris. 
"You tak akan faham la Anita.Pasal semalam tu I dah lupakan pun."jawab Tengku Faris dengan nada yang agak tinggi. 
"Cakap la I akan faham apa pun yang you rasa,percaya lah dekat I"balas Anita dengan memeluk bahu Faris tanpa segat silu. 
"Okey I akan cerita dekat you"akhirnya Tengku Faris memberi tahu Anita apa yang berlaku.



#                   #                   #



"Eh tu Faris kan dia buat apa dengan budak Anita tu"tanya Ros pada Amirah. 
"Kau kenal ke budak tu"Amirah buat-buat tidak kenal Anita. 
"Mana tak kenal dia tu cakap yang dia nak rampas Faris dari kau dekat satu kelas kita orang tau"jawab Ros,dia hairan kenapa muka Amirah selamba saja lihat Anita mesra dengan tunang dia.
"Aku hairan la"tanya Ros. 
"Hairan apa"jawab Amira ringkas.
"Kau ni macam tak ada apa-apa yang berlaku pun aku tengok,kau nampak ke tidak kemesraan Faris dengan Anita"soal Ros pada teman seperjuangannya itu. 
"Biar lah dia orang tu aku tak kisah pun apa yang dia orang buat"kata Amirah dan pergi dari lobi besar itu.
Ros terpaku mendengar jawapan dari mulut Amirah sebentar tadi sebelum dia mengatur langkah menuju ke arah Amirah. 
"Kau tak larang ke diaorang baik balik,aku risau kalau Faris tu mintak putus dengan kau"risau Ros dibuatnya. 
"Kalau aku ni bukan untuk dia aku redha je"balas Amirah dengan yakin. 
"Aku takut kalau kau gigit jari,menangis tak berlagu tau"kata Ros dan terus masuk ke dalam biliknya.Terpampam Amirah dengan kata-kata Ros tadi.




      #                #                       #             




Sedang Amirah asyik melayan perasaan tiba-tiba telefonnya berbunyi.Pantas dia bangun dan melihat telefonnya itu.Tertera di skrin nama Tengku Faris.Lama telefon Amirah berbunyi tapi dia hanya melihat saja nama Tengku Faris di skrin itu. 
"Angkat je lah telefon tu,bising la aku nak ulang kaji ni"marah Ros dengan sikap Amirah yang dingin dengan Tengku Faris.
"Senang-senang kalau kau tak nak angkat telefon tu kau matikan je enfon kau tu"sambung Ros lagi dan keluar dari bilik mereka.Akhirnya Amirah mematikan telefon bimbitnya itu dan terus keluar dari bilik tanpa membawa telefonnya.



       #                    #                                #



"Hai girl"satu suara masuk dari telinga Amira dan dia yakin suara itu bukan suara Ros. 
"Kau…kau nak apa dari aku"tanya Amirah selepas dia pusing mengadap muka Anita. 
"I tahu you nampak I dengan Faris dekat restoran semalam kan"tanya Anita dengan sengaja untuk memanaskan lagi perasaan Amirah. 
"I know you jealous,but I think Faris like me now"sindir Anita berlebihan. 
"Hei perempuan kau tahu tak Amirah ni siapa,dia ni tunang Faris tau"sergah Ros tiba-tiba dari belakang Amirah.
Terkejut Amirah bila Ros sergah dari belakang dengan nada suara yang agak tinggi dan disebelahnya ada seorang jejaka.
"You betul ke apa budak ni cakapkan"tanya Anita pada Tengku Faris yang sekadar mengiakan apa yang di maksudkan oleh Ros sebentar tadi. 
"Apa aku kisah tunang ke laki dia ke aku tetap akan ambil apa yang dia rampas"sambung Anita dan pergi dari situ.



#                              #                              #



"Sayang kenapa ni,kenapa off kan telefon"tanya Tengku Faris dengan manja pada Amirah. 
"Okey la aku cau dulu erk"kata Ros dan  pergi dari situ. 
"Awak nak apa,boleh tak jangan ikut saya,saya rimas lah"kata Amirah dan pergi dari situ. 
"Amirah wait me"laung Tengku Faris pada Amirah. 
"Okey cerita pada saya apa yang berlaku."pujuk Tengku Faris sambil tangannya mencapai lengan Amirah yang kurus itu. 
"Sana lah tak ada apa-apa yang berlaku"jawab Amirah ringkas. 
"Kalau awak tak nak cakap saya  akan pegang lengan awak sampai esok"rayu Tengku Faris lagi. 
"Awak nak tahu sangat sebab apa saya jadi macam ni"tanya Amira balik.Tengku Faris hanya menganggukkan kepalanya sahaja tanda yang dia ingin tahu apa yang terjadi pada Amirah yang bersikap dingin dengannya.
"Kenapa awak nak tanya saya awak sepatutnya tahu kenapa saya jadi macam ni"kata Amirah matanya sudah berkaca hanya tinggal untuk menitis saja. 
"Kenapa awak menduakan saya,saya tahu awak dengan dia tu pernah bercinta tapi itu dulu dan sekarang ni awak cintakan saya,awak ingat saya tak nampak ke apa awak buat ha…awak pegang tangan dengan dia,dia peluk bahu awak,kenapa awak tak halang dia buat semua itu"kata Amirah air mata yang dia tahan tadi sudah membasahkan pipinya yang kering tadi. 
"Awak jahat,awak manusia yang bertopengkan syaitan,depan saya baik tapi belakang saya awak buat macam-macam,saya benci awak,kalau macam ni la lebih baik kita putus saja lagi baik"kata Amirah dan meninggalkan Faris yang dari tadi tanpa satu suara pun.
"Sayang dengarlah hanya dikau dihatiku.Tiada siapa yang bisa menggantikan tempat mu dihati ku.Walaupun kita berjauhan,hati aku tetap ada kamu"Ujar Tengku Faris separuh menjerit dikawasan itu.Amirah yang berada disitu hanya kaku melihat Tengku Faris berkata seperti itu.Selepas itu,terdengar muzik entah dari mana datangnya yang berunsur melodi sedih,sama seperti situasi Amirah dan Tengku Faris.

    Harus bagai mana lagi 
    dan terus begini dengarkan aku lihat ke mataku..
    cukup sudah kau menghukum salahku 
    tetap salahku benarkan ku berbicara agar bisa pulih semua
    namun harus sampai bila kau kan diam seribu bahasa..
    maafkan lah ku tak bisa hidup tanpa kamu 
    fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu 
    bagaimana ku nanti bila tiada mengganti 
    yang ku ada hanya kamu saja 
    saat mata terpejam hanya kau ku terbayang 
    menghapus semua rasa dijiwa saat 
    mata terbuka kamu lah yang pertama tak mampu aku           
    bayangkan hidup tanpa dirimu...


"Sayang maafkan abang"Ucap Tengku Faris.Menitis air mata Amirah apabila Tengku Faris sanggup membuang masa menyanyi semata-mata untuk dia.Amirah datang dekat pada Tengku Faris.
"Amirah maafkan abang,walaupun hati Amirah pedih,sedih,sakit Amirah cuma nak abang tahu,Amirah takkan buang abang dalam hati Amirah."Kata Amirah lalu pergi dari situ.Tengku Faris yang melihat kelibat Amirah semakin hilang dia mengeluh sendiri.Semuanya atas kesilapan dia sendiri,semua salah dia perlukah dia memberitahu Anita masalah dia dengan Amirah.


#                         #                             #   



Tengku Faris berasa bersalah dengan Amirah.Faris terus balik ke biliknya.Hanya ada keluhan kekecewaan saja yang keluar dari mulutnya. 
"Kau kenapa,aku tengok kau asyik mengeluh je dari tadi’’tegur Musa."Amirah nampak aku dengan Anita dekat Kafe hari tu’’kata Tengku Faris dengan nada sedih. 
"Bukan tu je,dia nampak Anita peluk bahu aku,pegang tangan aku,macam mana ni Musa apa patut aku buat"tanya Tengku Faris pada Musa untuk mendapatkan idea bernas Musa.
"Aku tak tahulah Faris,eh kau tahu ke Amirah nak pergi jumpa mak angkat dia dengan Lisa"tanya Musa pada kawannya itu. 
"Aku tak tahu pun,dia pergi sorang je ke aku tak nak dia pergi,aku tak nak jadi apa-apa dekat dia nanti aku yang kena"risau Tengku Faris bila mendapat tahu yang Amirah hendak jumpa mak angkatnya itu dengan Lisa. 
"Kau jangan risau la,Ros ada,dia ikut sekali pergi kampung Lisa"kata Musa bila melihat Tengku Faris risaukan Amirah.