Saturday, August 17, 2013

Bab 16 : Cukup Sampai Di Sini

"Sayang"Panggil Tengku Faris apabila melihat kelibat Amirah melintasi biliknya.
"Sayang"Panggil dia lagi dengan lebih kuat menyebabkan Amirah berpatah balik ke arah Tengku Faris.
"Ada apa abang?"Tanya Amirah.
"Sini la"Kata Tengku Faris.
"Erm yela"Balas Amirah lalu pergi kearah Tengku Faris.
Setibanya Amirah disebelah Tengku Faris,Tengku Faris terus mendakap tubuh kecil Amirah itu.
"Abang sayang Mira"Ucap Tengku Faris di telinga Amirah.
"Mira pun sayang dekat abang"Balas Amirah.
"Abang dah ingat Mira?"Tanya Amirah dengan nada gembira.
"Dah,Abang dah ingat dah"Balas Tengku Faris.
"Syukur Alhamdulillah"Sambung Amirah lalu membalas dakapan Tengku Faris.

wahai diari..hari ini aku dikejutkan dengan
satu berita yang baik..Faris dah ingat semula..
tak ada lagi nama Amylia yang dia sering sebut
apabila memanggil aku..aku syukur sangat..Terima
Kasih Pak Usop..aku hargai kau..sekarang ada lagi 
sebulan lagi uuntuk aku dan Faris..Terima Kasih
Ya Allah..kau menyelamatkan rumah tangga aku 
daripada musnah..kekalkanlah kebahagiaan kami 
Ya Allah..Amiin..

#                                    #                                   #                                           #

"Assalamualaikum"Ucap seseorang dari luar rumah.
"Waalaikumusalam"Jawap Pak Usop.
"Pak Usop ye?"Tanya pemuda dua orang itu.
"Ye,Kenapa?"Balas Pak Usop.
"Kami berdua datang hendak berubat"Kata pemuda itu.
"Oh,marilah naik"Ajak Pak Usop.
"Mira tolong buatkan air untuk tetamu"Jerit Pak Usop pada Amirah yang berada didapur.
"Namanya siapa?"Tanya Pak Usop.
"Saya Idris ini Ismail"Jawab Idris.
"Sakit apa?"Tanya Pak Usop.
"Katanya kena buatan orang"Balas Idris.
"Mari kesini"Kata Pak Usop lalu menggamit Ismail supaya datang padanya.
"Pak Usop nak letak mana ni?"Amirah yang datang membawa dulang berisi gelas dan air terkjut dan hampir terlepas isi-isi tersebut apabila melihat seseorang yang dikenalinya itu.
"Letak depan tu"Arah Pak Usop.
Selepas meletakkan Air tersebut Amirah segera keluar rumah.

#                                                 #                                              #                                        #

"Betul ke kau nak balik esok?"Tanya Danial pada Tengku Faris sambil membelek ikan.
"Aku dah lama tinggalkaan syarikat,aku takut nanti ada yang mencelah"Jawab Tengku Faris berbau  memerli.
"Tak payahlah nak perli aaku"Balas Danial lalu disambut gelak tawa Tengku Faris.
"Aku gurau je lah,eh mana Amy?"Tanya Tengku Faris.
"Alahai mana pula Amy ni"Ucap Danial lalu menjenguk didalam kedai.
"Eh haritu aku ada jumpa Anita,Aku tengok dia tengah sarat mengandung tapi yang peliknya kandungan dia dah 9 buan kami kira"Ucap Danial.
"Entahlah,aku tak tahu pasal dia.Biarkan saja lah"Balas Tengku Faris.
"Yelah"Jawap Danial sahaja.
"Sorry lama tunggu,ramai orang"Kata Amylia sambil meminta maaf setelah selesai membayar barang yang dibelinya.
"Tak apalah sayang,dah jom balik"Ucap Danial lalu mereka pulang ke rumah Pak Usop.

#                                                #                                            #                                            #


"Bila balik?"tanya Idris.
"Eh kau buat apa dekat sini?"Tanya Amirah separuh terkejut.
"Salah ke aku duduk sebelah bekas kekasih?"Balas Idris sambil tersenyum sinis.
"Nanti suami aku marah"Jawab Amirah bersahaja.
"Kau tahu tak aku sakit sebab kau!!!"Kata Idris separuh menjerit.
"Kau tahu tak aku sakit sebab kau"Sambungnya lagi.
"Kau terima keputusan aku dulu,kenapa sekarang kau nak ungkit?"Tanya Amirah.
"Aku tunggu kau,aku masih sayang kan kau"Ucap Idris dan meraih lengan Amirah.
"Amirah!!"Jerit Tengku Faris.
"Ab..Abang"Kata Amirah lalu meleraikan tangannya dengan Idris lalu pergi ke arah Tengku Faris.
"Puas!?"Tengking Tengku Faris.
"What you looking is not same what you thinking"Ujar Amirah.
"Mira tak ada hubungan apa-apa dengan dia"Sambungnya lagi untuk menyakinkan Tengku Faris.
"Kau siapa?"Tanya Tengku Faris sambil menunding ke arah Idris.
"Aku Idris,Aku bekas kekasih dia"Balas Idris.
"Kau nak apa?"Tanya Tengku Faris dengan nada yang geram.
"Aku nak dia"Jawab Idris selamba.
"Kalau Dapat..."Ucap Tengku Faris lalu menumbuk muka Idris.Danial yang dari taadi asyik melihat pergaduhan mulut antara Tengku Faris dan Idris terus memeluk tubuh Tengku Faris dari terus menumbuk muka Idris.
"Naik!!"Ucap Tengku Faris pada Amirah.
Didalam rumah Pak Usop yang selesai berubat menjadi bingung meliat keadaan Amirah dan Tengku Faris.Ingin ditanya takut pula kalau-kalau salah seorang dari mereka naik angin.

#                                 #                                    #                                       #


"Abang percayalah cakap sayang"Rayu Amirah selepas mereka berada didalam bilik.
"Buktikan!"Ucap Tengku Faris ringkas tapi tegas.
Amirah segera berjalan kearah Tengku Faris.
"Nak Mira buktikan apa?"Ucap Amirah pada telinga Tengku Faris.
"Buktikan yang kau cakap tadi betul"Balas Tengku Faris perlahan.
Dengan perasaan gundah Amirah menggengam jari jemari Tengku Faris.
"Mira cuma sayangkan Faris sorang je"Ucap Amirah lalu memeluk Tengku Faris.
Embun pagi menjadi saksi hati mereka berdua bersatu.

#                                #                                    #                                           #

"Kau dapat tak?"Soal Ismail pada Idris.
"Susahlah,suami dia kacau daun.Benci aku!!"Marah Idris
"Habis kita macam mana?"Tanya Ismail lagi.
"Aku tak tahu nak cakap apa dengan bos kita."Ucap Idris lalu menelefon satu nombor.
"Hello Puan,Ha,ye kami jumpa dekat sana satu jam lagi"Ucap Idris dan mematikan talian.
"Bohsia tu nak jumpa kita,cepat siap"kata Idris pada Ismail selepas selesai mematikan telefon.