Saturday, December 22, 2012

BAB 8 : Cukup Sampai Di Sini

"Hai Amylia" Sapa Danial pada wanita yang berada dihadapannya itu.
"Erm,hai"Jawapnya acuh tak acuh.
"Kenapa ni aku tengok kau muram je? Any problem? share la dengan aku,kita da 5 tahun kawan"Kata Danial,mengenali Amylia sangat bertuah kalau tiada Amylia mungkin dia menjadi penganggur berijazah.Mencari kerja disekitar Kuala Lumpur amatlah susah,mujur ada Amylia membantunya.Danial juga beruntung kerana dapat berkerja dengan wanita kesukaannya iaitu Amirah.Kalau dia menolak pekerjaan yang ditawarkan Amylia 2 tahun lalu mungkin dia tidak mengenali Amirah.
"Aku geramlah dengan Tengku Faris tu,dia pandang aku sebelah mata pun tidak sejak berkerja dipejabat itu"Kata Amylia dengan nada geram.
"Kau geram dengan dia,huhh dia tu perampas hak aku,si Amirah tu dia tengah usha,esok lusa masuk meminang kau melepas si Tengku tu"kata Danial sengaja mencucuk bara yang sudah panas dihadapan dia itu.
"What!! Amirah budak kampung tu?apa special sangat minah kampung tu?"Tanya Amylia yang terkejut dengan khabar Danial.
"Wowowo,kau jangan caci dia,dia tu buah hati aku tu.Kejap lagi aku lesing kau baru tahu."Kata Danial.
"Iyalah,apasal Faris nak dekat Amirah aku kan ada perfect,setaraf dengan dia kenapa perlu Amirah yang secondhand tu?"Bentak Amylia pada Danial.
"Dia orang pernah bertunang tapi putus sebab Tengku nak sambung belajar untuk merebut taktah di A.N Holdings tu"kata Danial.
"Shit!! aku tak kira aku akan buktikan dekat Tengku siapa aku"Marah Amylia.
"Aku rasa ada seorang boleh tolong engkau"kata Danial sambil senyum sambil melihat kearah seorang wanita berdiri megah untuk melintas dijalan raya itu.

#                                    #                                           #       


"Ros ada apa kau datang ni bawak dia sekali?"Tanya Amirah sedikit terkejut selepas membuka pintu rumahnya terpancul wajah lelaki yang pernah dia sayangi.
"Cakap dekat dalam lah,tak manis biar tetamu duduk luar"Balas Ros selamba.Tengku Faris mengikut Ros masuk kedalam rumah,pintu pula dibiarkan terbuka agar tidaklah jiran2 mengata.
"Aku buat air kejap"Kata Ros lalu bangkit pergi ke arah dapur.

#                                         #                                    #                              

"Kenapa tak pergi klinik sayang" Tanya Tengku Faris pada Amirah yang dari tadi diam menikus.
"Da sihat da" Jawap Amirah ringkas.
Tengku Faris segera duduk rapat sedikit pada Amirah,dia meletakkan belakang telapak tangannya ke dahi Amirah.
"Panas lagi ni,abang bawak pergi klinik,sayang pergi siap-siap dulu"Kata Tengku Faris perlahan.
"Tak apa,kejap lagi Mira tidur nanti panas akan surut"Bantah Amirah.
"Abang tak kira abang akan bawak sayang pergi klinik juga,tak kira apa pun kalau angkat sayang pun abang boleh.Abang tak nak sayang sakit,please pergi siap nanti kita pergi klinik"Pujuk Tengku Faris pada AMirah yang membantah keputusannya.
"Mira tak nak la,jangan la paksa-paksa Mira kalau Mira tak mahu"Kata Amirah tegas walaupun perlahan.
"Ros cepat sikit" Jerit Tengku Faris pada Ros.Ros yang keluar bersama beg tangan Amirah,sudah di sediakan lengkapan untuk Amirah dibawa ke klinik.
"Apa ni,abang"Kata Amirah separuh menjerit apabila Tengku Faris mengendong Amirah dan membawanya ke kereta.

"Kunci rumah cepat Ros"Arah Tengku Faris,dia segera meletakkan Amirah di set hadapan keretanya bersebelahan dengan tempat memandu.Semasa meletakkan Amirah,dia sudah pengsan akibat pergelutan tadi mungkin dia sudah tidak larat.
Selepas semua siap mereka bertolak ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk merawat Amirah yang sakit itu.

#                                #                                              #                                   

"Assalamualaikum,Nek Imah ini Ros"Kata Ros apabila menelefon nenek Amirah di kampung.
"Waalaikumusalam,eh Ros ada apa telefon nenek ni?"Tanya Nek Salmah yang hairan apabila Ros menelefonnya.
"Nek,Amirah sakit nenek.Nek datang lah dekat Kuala Lumpur"Kata Ros perlahan.
"Ya Allah,Mira sakit apa Ros?"Tanya orang tua itu risau.
"Amirah demam panas nek,dia demam tak nak bagi tahu.Tetiba aje dia pengsan nasib ada bos kami datang tadi,bawak dia terus ke hospital"Terang Ros yang sengaja menokok tambah cerita.
"Yelah nenek datang dengan Pak Hamzah"Kata Nek Salmah.Lalu panggilan di matikan.

#                                     #                                      #           

"Mana Tengku Faris?"Tanya Amylia pada secetary Tengku Faris.
"Tengku sudah keluar Cik Amylia"Jawap secetary itu.
"Keluar kemana? dengan siapa?'' Tanya Amylia.
"Dengan Ros Cik."Jawap secetary itu.
"Okey Thanks"Balas Amylia dengan sombong berjalan menuju ke arah lif.

#                                 #                                      #     

"Hello Danial,aku nak jumpa kau dekat tempat biasa"Kata Amylia.
"Okey tunggu aku,15 Minit lagi aku sampai" Jawap Danial.Panggilan dimatikan dengan segera supaya tidak mengganggu pemanduannya.
"Kau tunggu saja nanti Tengku Faris Farriel,kita lihat siapa lebih bijak"Kata Amylia sendirian didalam keretanya.
"Dan engkau Amirah,aku akan pastikan engkau musnah walaupun kawan baik aku suka dekat engkau.Adanya engkau dalam dunia ini menyusahkan kerja aku"Sambungnya semula lalu menekan paddle minyak agar kereta bergerak dengan pantas di bandar Kuala Lumpur itu.
                          
#                  #                     #                        #


"Hai sorang je ke?"Tanya Tengku Faris pada Amirah.
"Taklah berempat ni"Jawap Amirah selamba.
"Berempat?"Soal Tengku Faris pelik.
"Kiri dan kanan,saya dan syaitan ada masalah ke?"Tanya Amirah.
"Amboi dia ni kan,dah pandai kenakan orangkan"Kata Tengku Faris.
"Boleh abang duduk sini?"Sambung Tengku Faris semula.
"Duduk je la"Jawap Amirah ringkas.
"Ada sapa-sapa ke datang melawat?"Tanya Tengku Faris.
"Semalam Nek Salmah dengan mama datang,erm"Kata Amirah dengan sedikit keluhan.
"Kenapa sayang?"Tanya Tengku Faris apabila melihat Amirah mengeluh.
"Nek Salmah masih marahkan mama,masa mama datang haritu dia halau mama"Kata Amirah perlahan.
"Habis tu mama macam mana?"Tanya Tengku Faris.
"Mama akur je dengan kehendak nenek"Jawap Amirah.
"Nanti mira slow talk dengan nenek la"sambungnya lagi.

#                                               #                                            #


Terdengar seperti pintu bilik Amirah dihospital terbuka,Amirah segera membuka mata untuk melihat siapa tetamu yang datang melawat dia dihospital itu.
"Hai"sapa Danial.
"Oh Danial,erm masuklah"Jawap Amirah.
"Dah sihat ke? I tengok you macam dah sihat"Kata Danial.
"I da okey cuma badan letih sikit"Jawap Amirah.
"Oh,I ada bawakan buah untuk you,nah"Ujar Danial.
"Terima kasih"Balas Amirah.Danial hanya menganggukan kepalanya sahaja tanda membalas terima kasih Amirah itu.Mereka terus berbual-bual kosong sehingga Tengku Faris datang kepada Amirah.
"Danial,lama dah datang?"Tanya Tengku Faris.
"Lama dah dari pukul 4 tadi"Jawap Danial.
"Oh ye ke,sayang ni abang bawakan nasi makanlah"Kata Tengku Faris selamba kepada Amirah tanpa menghiraukan Danial disitu.
"Letak lah dekat situ kejap lagi lah makan"Jawap Amirah.
"Erm,aku balik dululah mira I balik dulu okey,takecare"kata Danial yang sudah panas dengan kehadiran Tengku Faris disitu.
"Hati-hati masa memandu Danial"Pesan Tengku Faris.
"Yelah"Jawap Danial bersahaja.

#                                     #                                         #

"Arrgghhhhhh bodoh lah"laung Danial kuat didalam keretanya.
"Apesal ha! kau selalu menyibuk kalau aku dengan Amirah,"Kata Danial lagi.
"Kau tunggu Tengku,aku akan pastikan kau mati!!"Laungnya semula,lalu menghentak stering keretanya sehingga hon kereta berbunyi dengan kuat.

#                                               #                                              #

"Macam mana?"Tanya Danial pada Amylia.
"Aku dah dapat maklumat tentang perempuan tu,aku akan pastikan dia dapat tolong kita berdua untuk selesaikan semua masalah ini"Kata Amylia.
"Bagus lah tu,so kenapa nak jumpa aku?"Tanya Danial.
"Aku dapat tahu Amirah tu sakit kat hospital? betul ke?"Tanya Amylia.
"A'ah dia sakit,sekejap lagi aku nak melawat dia"Jawap Danial.
"Nah,kau bagi dia buah ni"Kata Amylia.
"Buah? asal kau baik hati sangat?"Tanya Danial pada Amylia pelik dia apabila Amylia dengan semangatnya memberi Amirah buah.
"Buah ni aku da letak ubat,so dia akan bertambah sakit kalau dia makan buah ni"Kata Amylia sambil tersenyum.
"Kau nak Amirah terus sakit? kau gila ke? aku tak nak dia mati wei!"Jerkah Danial.
"Hei shut up!! aku nak dia sakit supaya syarikat tu tak ada dia nanti aku boleh berkepit dengan Tengku Faris bukan sebab nak bagi dia mati,Faham!!"Balas Amylia dengan geram.
"Okey,aku bagi dia"Jawap Danial bersahaja.
"Good boy"Balas Amylia lalu memberi buah yang dibelinya tadi.
Nada dering ditepi telinganya membuatkan Danial kembali kealam nyata setelah dia mengingati peristiwa tengahari tadi ketika bertemu dengan Amylia.Danial segera melihat telefonnya angka jam menunjuk pukul 7:30 dia bingkas bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk untuk menunaikan kewajipan.Entah apa yang merasuk dia untuk membuat kejahatan dengan Amylia,mungkin disebabkan cinta yang tidak diterima dia menjadi manusia bertopengkan syaitan.

Seusai mengaminkan doa Danial bangun ingin menuju ke ruang bawah rumahnya,baru sahaja ingin memulas tombol pintu telefonnya berbunyi tanda panggilan masuk.Danial segera mengangkat dan bercakap dengan pemanggil.

"Hello,ha kau ada apa?"Tanya Danial.
"Erm,baiklah tunggu aku dekat sana."Balas Danial lalu mematikan panggilan.

#                                                   #                                       #