Thursday, April 26, 2012

BAB 6 : Cukup Sampai di Sini

"Tok tok tok'' Amirah terdengar ada orang yang mengetuk pintu biliknya.
''Masuk''ucap Amirah.
''Mira bos suruh pergi ke bilik dia,erm bos baru tu lelaki tau you baik-baik sikit tau''Kata Danial pada Amirah.
''Kenapa you jeles ke?''tanya Amirah.
''Mestilah I jeles,dah-dah pergi cepat nanti kena marah pulak''tutur Danial.
'ketahuilah engkau Danial bahawa aku dah bertunang,yang mungkin satu hari nanti akan memutuskan pertunanganku itu,huhh,Faris mana awak'bisik hati Amirah.
''You menung apa lagi tu Mira?''kata Danial.
''Er..tak ada apa-apa la,sana sikit I nak jalan ni''kata Amirah terkocoh-kacah di sergah Danial.

#                 #                      #                     #


''Tok tok tok'' 
''Masuk''laung suara dari dalam. 
''Duduk''sambung suara itu lagi.
''Siti Amirah,nice that name,tapi sayangnya orang itu tidak menepati masa''tegas suara lelaki di hadapan Amirah itu,walaupun tanpa memusingkan kerusi yang di dudukinya Amirah dapat merasakan bahawa orang itu sedang memarahinya.
''Maaf Encik Farriel,saya hantar mama saya ke klinik pagi tadi,dia sakit''tutur Amirah pelahan.Tapi alasannya itu tidak disambut oleh jejaka dihadapannya.Lelaki itu hanya diam seribu bahasa.
''Hurm,kalau Encik Farriel hendak mengambil tindakan terhadap saya,ambilah saya tahu saya salah sebab tak beritahu dahulu mengenai emergency case saya tadi''sambung Amirah semula.Amirah menundukkan kepalanya dibawah menahan air mata yang hendak keluar.
''Okey saya hendak awak temankan saya makan lunch nanti''kata lelaki itu dan memusingkan kerusi yg di dudukinya.Serta merta Amirah mengangkat mukanya kembali,tidak yakin dengan apa yang dia dengari itu.Gulp!!
''Fa...Faris''kelu lidah Amirah ketika bertembung mata dengan lelaki dihadapannya.Faris bangun dari kerusi lalu ke arah Amirah.
''I really miss You darling,I can't forget you''tutur Faris pada Amirah sambil memegang lengan Amirah.

#                 #                       #                      #


''Happy nampak orang tu''usik Ros selepas mereka pulang dari tempat kerja.
''Hehehe,tak sangka aku dapat jumpa dia''kata Amirah pada Ros.Hampir tidak percaya yang dia akan berjumpa lgi dengan Faris,rindu dia dengan lelaki itu.Hampir sahaja dia ingin memutuskan pertunangannya,di pejabat tadi Faris sudah menceritakan segala-galanya mengapa dia harus ke luar negara terlebih awal.
''Tu la dulu ada depan mata kau persia-siakan dia''kata Ros.
''Hurm aku tahulah dulu aku macam mana,aku dah mintak maaf dengan dia dah''balas Amirah.
''Tapi kan Mira,akak dia kan tak suka kau,aku rasalahkan kau kena hati-hatilah,yela akak dia suka dekat Amylia gedik tu''kata Ros pada Amirah.
''Tulah yang aku takutkan tu,macam dalam drama kebanyakkan yang disiarkan dekat TV kan,akak ipar tak suka adik ipar,last-last bercerai-berai,eee seram kot''kata Amirah.


diariku...hari ini aku telah berjumpa kembali dengan Faris...baru aku tahu bahawa nama Faris adalah...Tengku Faris Farriel bin Tengku Adam Aris...bagai ada disyurga aku apabila berjumpa dengannya tadi...seronok sangat-sangat...tapi...akak dia Tengku Farisha Farina binti Tengku Adam Aris tak pernah sukakan aku...malah dia sangat menyukai Amylia..aku harus berhati-hati sekarang sebagai mana Ros menasihatkan aku...Inshaallah selagi aku boleh bertahan...aku harap Farisha akan sukakan aku...


Amirah menutup diari kecilnya itu,lalu menyimpannya didalam laci almari sisi di sebelah katilnya.Dia terus melelapkan mata.
Sedang lena dibuai mimpi terdengar lagu kegemarannya berbunyi disisi.

"Siapalah ni,malam-malam buta call pulak"Rungut Amirah dengan menggosok-gosokkan matanya agar segar lalu mencapai telefon bimbitnya.
"Hello,siapa ni?"Tanya Amirah dengan nada yang lemah.
"Hello sayang,ni Faris.Ganggu tidur ke?" Kata sipemanggil di talian.
"Oh awak,saya dah tidur ada apa ea?"Tanya Amirah.
"Saja telefon nak dengar suara awak,rindu sangat"Ujar Tengku Faris selamba.
Amirah yang mendengar terus membulatkan matanya,merona merah pipinya menahan malu walaupun tiada yang mendengar perbualan dia dan Tengku Faris.
"Good night sayang,i miss you so much jumpa esok tau"Kata Tengku Faris semula.
"Good night okey awak"Balas Amirah.Lalu talian dimatikan,bagai terkena renjatan apabila kata-kata itu disebut oleh Tengku Faris.

#                     #                             #                         #


"Aduh,tayar kereta aku pancitlah Ros"Kata Amirah dengan nada yang tidak puas hati.
"Masa macam ni lah dia nak pancit,aku call Danial sekejap"Tutur Ros lalu berlari-lari anak mendapatkan telefonnya didalam rumah.

"Terima kasih Danial,kami menyusahkan you je"Ucap Amirah.

"Eh mana ada menyusahkan,demi you I sanggup buat apa sahaja"Kata Danial dengan selamba,merona merah muka Amirah.
"Untunglah orang tu ada peminat"Usik Ros.
"Ala ada orang jeles la nanti I cari kan you sorang ek Ros"Kata Danial.
"Eh tak ada masa I nak jeles,sorry sikit"kata Ros.Mereka bertiga segera berjalan menuju ke arah pejabat mereka yang terbentang luas dihadapan mata mereka.

#                           #                         #                        #

Sedang mereka mendaki tangga menuju ke arah pintu masuk pejabat kelihatan Tengku Faris sedang berjalan beriringan bersama.

"Selamat Pagi Bos"Ucap Danial sambil berjalan bersebelahan dengan Amirah.Tengku Faris hanya membalas hanya dengan menanggukkan kepalanya sahaja.Selepas bunyi lif tanda dibuka mereka segera masuk,Ros yang menyedari perubahan muka Tengku Faris segera mendiamkan diri.

Selepas pintu lif terbuka semula Tengku Faris segera keluar sambil menarik lengan Amirah.Danial yang melihat terkejut dengan tindakkan Tengku Faris itu.

"Eh bos ada apa ni?"Tanya Danial.
"Saya nak berjumpa dengan dia"Kata Tengku Faris segera menarik Amirah dan mengatur langkah ke arah biliknya.Tengku Faris segera menutup pintu dan tirai biliknya.Ros hanya mendiamkan diri,dia tahu bahawa Tengku Faris sudah semestinya marahkan Amirah kerana berjalan dengan Danial.

#                     #                   #                     #

"Siapa Danial bagi Amirah??!!"Tanya Tengku Faris dengan nada yang agak tinggi.

"Kawan"ringkas jawapan Amirah berikan kepada Tengku Faris.
"Kawan?? Bukan dia kekasih gelap awak?"Serkap Tengku Faris.
"Kalau dia kekasih gelap saya,apa hak awak nak control hidup saya Tengku Faris Farriel Bin Tengku Adam Aris"Meninggi suara Amirah pada Tengku Faris,dia sudah tidak tahan lagi dahulu Tengku Faris yang beria-ia ingin memutuskan tali pertunangan dengan dirinya akibat tidak mahu bercinta kerana ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara,Tapi kenapa harus bertunang jika tidak mahu menumpukan ke alam percintaan.
"Jadi betul la apa yang saya lihat itu semua."Sambung Tengku Faris pula.
"Apa hak awak dengan saya,kita dah tiada hubungan apa-apa lagi Tengku Faris,kosong itu lah hubungan kita saya tidak menghalang awak keluar bersama dengan Amylia kenapa awak ingin menghalang saya keluar bersama Danial?"Kata Amirah.
"I'm sorry you can go now"Balas Tengku Faris sambil menunjuk ke arah pintu.

#             #                #                    #

Ketukan dipintu bilik Amirah memeranjatkan dia dan membuatkan dia berhenti berkhayal mengingati peristiwa pagi tadi.

"Eh Ros masuk lah"Kata Amirah selepas melihat Ros menjenggulkan kepalanya di muka pintu.Ros masuk lalu duduk berhadapan dengan Amirah.

#              #                     #                  #

"Erm,Kau mesra sangat lah Mira dengan Danial tu,sebab tu dia marah dekat engkau"Jelas Ros selepas mendengar dari Amirah apa yang berlaku didalam bilik Tengku Faris pagi tadi.

"Tapi dia tak ada hak nak halang aku bermesra dengan siapa pun"Ujar Amirah.
"Dia masih sayangkan kau Mira cuma dia tak nak engkau tahu,dia cemburu lihat engkau dengan Danial tadi itu yang dia marah,Dia putuskan hubungan dengan kau pun sebab terpaksa bukan sebab dia tak sayang dekat engkau,kau kena faham tu Mira"Nasihat Ros pada Amirah.
Ketukan dipintu memberhentikan perbincangan antara Ros dan Amirah.
"Kak Mira,Bos panggil dia nak akak hantar kos penggunaan barang untuk siapkan jalan di Jalan Pelangi itu sekarang"Kata Laila.
"Okey Laila akak hantar sekarang,Terima kasih Laila".Amirah segera keruang belakang mejanya untuk mengambil fail-fail yang di perlukan.
"Kau cakap dengan dia elok-elok,jernihkan keadaan yang sudah keruh ini"Kata Ros kepada Amirah.
"Yela aku cuba"Kata Amirah lalu keluar menuju kearah bilik Tengku Faris.

#                   #                        #                   #

Kini Amirah berada betul-betul dihadapan Tengku Faris.

"Letak Fail tu dekat atas meja dan awk boleh keluar"Ujar Tengku Faris.Amirah meletakkan fail diatas meja Tengku Faris tapi tidak terus keluar dia terus duduk diatas kerusi bertentangan dengan Tengku Faris.
"Saya tidak suruh awak duduk,saya suruh awak keluar faham!!"Kata Tengku Faris dengan tegas.Amirah menahan air mata yang hampir gugur kepipi lalu bangun.
"Sorry"Serak basah suara Amirah kerana menahan untuk menangis.Tengku Faris yang sedar keterlanjurannya segera bangun dari kerusi lalu mencapai tangan Amirah.
"Shhh sayang jangan nangis,saya mintak maaf sebab marahkan awak"Kata Tengku Faris lalu mengelapkan air mata Amirah yang gugur dipipi itu.
"Mira mintak maaf sebab marah dekat Faris tadi"Kata Amirah dalam tangisan.
"Its okey sayang Faris pun salah jugak tadi"Kata Tengku Faris lalu memeluk Amirah yang masih didalam tangisan.

#                  #                       #                     #