Saturday, November 15, 2014

BAB 21 : Cukup Sampai di Sini

"Doktor ada pesakit hendak berjumpa" Kata Jururawat Lizawati pada Redzuan.
"Oh okey sekejap lagi saya jumpa dengan dia" Ujar Redzuan.
"Katanya hendak berjumpa sekarang Doktor" Balas Lizawati.
"Di mana ye?" Tannya Redzuan.
"Di ruangan menunggu di hadapan sana" Kata Lizawati.
Redzuan terus berlalu daripada kaunter tersebut ke arah yang di tunjukkan oleh Lizawati sebentar tadi.

#                               #                              #                             #

"Ris!" Panggil Tengku Adam Aris kepada anak lelaki tunggalnya itu.
"Ye pa?" Jawab Tengku Faris Farriel.
"Mana Amirah? daripada pagi tadi papa tak nampak dia pun?" Tanya Tengku Adam Aris kehairanan.
"Oh dia jumpa kawan lama katanya" Balas Tengku Faris Farriel.
"Papa ingatkan nak habiskan kes kakak kamu tu minggu ini juga lah Ris" Kata Tengku Adam Aris menukar topik perbualan.
"Ris pun ingat macam tu papa,tapi mama tu macam tak mahu saja" Jawab Tengku Faris Farriel.
"Itulah yang papa risaukan,mama betul-betul marahkan kakak kamu tu.Sampaikan tak mahu melihat lagi muka kakak kamu tu" Terang Tengku Adam Aris.
"Macam ni lah papa,biar Ris yang pujuk mama.Mana tahu hati mama terbuka sedikit untuk selesaikan masalah kita ni" Balas Tengku Faris Farriel.
"Urm ye la Ris,ni papa nak keluar beli barang sekejap.Tolong tengok-tengokkan mama dekat atas tu ye" Ujar Tengku Adam Aris lalu bangun menuju ke muka pintu.

#                            #                      #                                   #

"Mira" Tegur Redzuan terkejut melihat kehadiran wanita itu.
"Ada apa nak jumpa dengan Redzuan?" Sambungnya lagi lalu ingin menyentuh bahu wanita itu tetapi ditepis oleh Amirah.
"Oh Mira datang sebab nak ucapkan terima kasih sebab dah merawat Mira selama Mira sakit dekat sini" Kata Amirah pada Redzuan.
"Abang rindukan Mira,abang nak minta maaf atas kesalahan abang kepada Mira" Terang Redzuan.
"Kalau boleh abang nak Mira balik ke pangkuan abang" Ujarnya lagi.
"Mira dah ada kehidupan sendiri,lagipun Mira bahagia disamping Tengku Faris.Abang tak payah lah tunggu Mira lagi,ramai wanita di luar sana menanti abang." Terang Amirah dengan jelas sekali pada Redzuan.
"Tapi abang hanya inginkan Amirah,abang tak nak siapapun.Tak akan ada siapa yang boleh jadi galang ganti Amirah dalam hati abang" Ucap Redzuan dengan penuh syahdu.
"Maaf abang Mira sayangkan Tengku Faris,ni ambil lah untuk ucapan terima kasih Amirah.Mira minta izin dulu abang dan tolonglah jangan cari Mira lagi" Ucap Amirah lalu mengorak langkah pergi.
"Abang akan jadikan Mira milik abang" Balas Redzuan perlahan tanpa didengari oleh Amirah,lalu dia meninggalkan ruangan menunggu itu dengan hati yang luluh.

"Abang nanti balik daripada bandar bagitahu Mira ye" Kata Amirah pada Redzuan.
"Ye Mira,abang sayangkan Mira sangat.Mira jangan nakal ye dan jangan cari orang lain selama abang pergi ke bandar" Ucap Redzuan pada Amirah lalu mengulus lembut jari jemari Amirah.
"Nanti abang balik abang nak jumpa nenek Mira,nak bagitahu yang abang nak jadikan Mira milik sendirian berhad abang" Katanya lagi dengan penuh harapan didada.
"Janji ye abang" Balas Amirah seraya mendengar kata-kata Redzuan itu.
"Ye sayang abang janji" Ucap Redzuan.
"Kenapa kau pergi dari hidup aku dulu Redzuan" Sedu Amirah didalam keretanya ketika terkenang kembali kisah silamnya dengan Redzuan.
"Kau tipu aku selama ni Redzuan" Makin kuat tangis Amirah didalam kereta.

#                    #                      #                             #

"Assalamualaikum nek" Ucap Amirah selepas wanita tua itu mengangkat panggilannya.
"Waalaikumussalam,Mira ada apa ni?" Tanya wanita itu.
"Mira tak tabah nek" Balas Amirah.
"Sabar nak,ini dugaan dari Allah.Mira kena redha,yang lepas biarkanlah pergi" Ujar wanita separuh abad itu.
"Nek yakin Redzuan akan pergi juga satu hari nanti,beri dia masa.Ingat apa yang jadi Mira kena tabah ye nak" Katanya lagi dengan penuh yakin.
"Baiklah nek,Mira cuba.Waalaikumussalam" Jawab Mira lalu memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah agam Tengku Faris dengan hati yang sayu.

#                      #                           #                              #

"Ris kau kenapa?" Tanya Tengku Musa pada Tengku Faris Farriel
"Entahlah aku serabutlah sekarang ni" Jawap Tengku Faris Farriel selamba.
"Serabut kenapa? kan kakak kau dengan minah tu dah kena tangkap? apa yang merunsingkan kau lagi ni?" Ujar Tengku Musa lalu duduk di sebelah Tengku Faris Farriel.
"Aku pun tak pasti la Musa,kau rasa Mira tu ada hubungan ke dengan Doktor Redzuan tu?" Tanya Tengku Faris Farriel pada Tengku Musa.
"Maksud kau?" Tanya Tengku Musa kerana kurang faham dengan soalan Tengku Faris Farriel.
"Yela hubungan something special with it? aku nampak cara Doktor Redzuan tu pandang Mira lain,aku rasa Doktor tu sukakan Mira" Terang Tengku Faris Farriel dengan tepat.
"Aku pun nampak jugak,tapi aku tak nak lah main serkap jarang je.Takut silap pulak nanti" Ujar Tengku Musa.
"Erm betul juga" Balas Tengku Faris Farriel.
"Assalamualaikum" Ucap seseorang dari luar muka pintu.
"Waalikumussalam" Jawap Mereka serentak.
"Mira? lambat balik?" Tanya Tengku Faris Farriel.
"Jalan sesak tadi abang,penat" Kata Amirah memberi alasan pada Tengku Faris Farriel
"Mari sini duduk dengan abang" Ucap Tengku Faris Farriel lalu menarik lengan Amirah untuk duduk bersebelahan dengannya.
"Ris aku naik dulu la ye" Kata Tengku Musa meminta diri.
"Erm yela Musa" Balas Tengku Faris Farriel.
"Abang dah makan?" Tanya Amirah pada Tengku Faris Farriel.
"Dah tadi dengan Musa.Sayang dah makan?" Tanya Tengku Faris Farriel.
"Dah masa perjalanan nak balik tadi,abang Mira penat jom tidur" Ajak Amirah.
"Erm yela,kesian sayang abang ni.Jom" Balas Tengku Faris Farriel lalu melupakan persoalan yang berada di mindanya sebentar tadi.

#                          #                              #                           #

"Mira,aku rindukan kau" Kata Redzuan sendirian dalam biliknya.Dia membuka lampu bilik tidur itu,terserlah gambar-gambar wanita yang dirindukan itu di lekatkan diseluruh dinding biliknya.
"Kenapa aku bodoh ye dulu" Ucapnya di salah satu gambar di dinding itu.
"Aku betul-betul perlukan engkau sekarang,aku dah tak ada masa sekarang" Katanya lagi lalu menanggalkan gambar didinding itu dan mengorak langkah ke katil bersaiz besar di tengah bilik itu.
"Aku cintakan kau" Ucapnya lalu melelapkan mata bersama-saa gambar yang diambilnya tadi.

"Abang!!" Jerit Amirah pada Redzuan.
"Ye sayang,kenapa jerit-jerit ni?" Tanya Redzuan pada Amirah.
"Nah ni hadiah,nanti jangan lupakan Mira ye?" Kata Amirah lalu menghulurkan bungkusan kepada Redzuan.
"Ye abang tak akan lupakan Mira sayang abang ni" Jawab Redzuan dan mengambil huluran Amirah.
"Ini apa?" Tanyanya pada Amirah.
"Adalah,khas untuk abang je" Kata Amirah dengan nada sedih.
"Jangan sedih abang janji nanti balik abang cari Mira ye?" Ucap Redzuan.
"Erm yela" Balas Amirah.
"Mira!!!" Jerit Redzuan tercungap-cungap.
"Ya Allah kenapa aku mimpikan dirinya?" Persoalan demi persoalan timbul didalam benak hati Redzuan.Lalu dia bangun pada pagi itu untuk solat istiqarah agar di berikan petunjuk kepada mimpi yang dibawanya itu.

#                         #                          #                             #

"Papa tolong la Risha pa" Ucap  Tengku Farisha pada Tengku Adam Aris yang datang melawatnya dipenjara.
"Ini yang kau nak kan? " Balas Tengku Adam Aris.
"Pa, Risha tahu Risha salah.Papa tariklah semula tuduhan ni,Pa sanggup ke tengok Risha jadi macam ni?" Kata Tengku Farisha meminta simpati.
"Pasal hal ni lebih baik kau tanya mama kau saja,papa tak nak buat hati dia kecewa macam mana kau dah buat,Pa balik dulu" Ucap Tengku Adam Aris sebelum meminta diri untuk pulang.
"Papa!! " Jerit Tengku Farisha yang tidak puas hati akan keputusan Tengku Adam Aris itu.

#                                    #                                    #                                                #

Wahai diariku apakah masih ada cinta didalam hati ini untuk Redzuan..andai ada aku akan memohon kepada NYA untuk menjauhkan perasaan itu..cinta aku kini hanyalah untuk Tengku Faris Farriel seorang..kau jauhkanlah diri aku dan Redzuan Ya Allah..mungkin segalanya telah tertulis di atas sana mengenai segala ini..segalanya ku serahkan kepada NYA.. :')

Amirah terus menutup diarinya dan berlalu ke arah katil lalu merebahkan dirinya di sisi suami tercinta Tengku Faris Farriel.