Thursday, January 17, 2013

BAB 9 :Cukup Sampai Di Sini

"Assalamualaikum" tegur suara seseorang.
"Waalaikumusalam"balas wanita itu.
"Awak Anita kan?" tanya si pengnyuara.
"Ye saya,Cik ni siapa?" kata wanita itu lagi.
"Saya Amylia dan ini Danial" kata Amylia.
"Ada apa ingin berjumpa dengan saya cik Amylia?" tanya Anita.
"Saya ada soalan nak bertanya dan erm..Puan harus menjawapnya"kata Amylia sambil melihat perut Anita yang sudah memboyot kehadapan.
"Insyaallah kalau saya boleh jawap"kata Anita.
"Awak pernah jadi tunang Tengku Faris Farriel kan?" tanya Amylia.
"Erm ye kenapa?" jawap Anita dengan soalan.
"Boleh saya tahu macam mana awak perangkap dia?" tanya Amylia.
"Kenapa awak nak tahu? saya tak mahu beritahu"kata Anita.
"Saya akan bayar ini untuk masa hadapan saya,saya akan bayar berapa yang awak mahu"kata Amylia memaksa.
"Saya kata saya tak nak!!!" jerkah Anita dan terus berdiri.
"Tapi kenapa?"kata Amylia tegas.
"Saya sudah ada life saya sendiri and I'm happy in my life today,get out from my own shop"kata Anita meninggi.
"Saya akan pastikan awak akan lakukan apa saya suruh buat" kata Amylia dan terus bangkit dari kerusi yang didudukinya diikuti Danial yang diam menikus sedari tadi.

#               #                     #                  #


10 minit sebelum Amylia berjumpa dengan Anita....


"Hai Amylia,ada apa nak jumpa aku?" tanya Danial yang melabuhkan punggungnya dihadapan Amylia.

"Nah" Amylia menghulurkan sekeping gambar seorang wanita.
"Kenapa dengan perempuan ni?" tanya Danial.
"Dia ni bekas tunang Faris,nampak butik dekat depan sana tu?" tanya Amylia sambil menunjukkan butik Anita.
"Okey then?"soal Danial.
"Dia jadi tunang Faris atas sebab nak merampas harta Faris tu,tapi dengan taktik dia tersendiri sampaikan Faris terpedaya dan terus bertunang dengannya tapi terbongkar selepas setahun diaorang bertunang"Jelas Amylia pada Danial.
"Jadi kau nak guna taktik tu la?"tanya Danial.
"Apa kebodohnya kau ni,aku nak ambil sikit dari perancangan dia aje.Nanti kantoi la dengan Faris tu sebab taktik tu da pernah digunakan"kata Amylia.
"Ye jugakan,so kita nak buat apa sekarang?"tanya Danial.
"Jom ikut aku"kata Amylia lalu bangun meninggalkan Danial.Berlari-lari anak Danial mengejar Amylia.Tanpa mereka sedar ada seseorang yang mendengar perbualan mereka dan terus mengekori mereka berdua tanpa disedari oleh Danial dan Amylia.

#                      #                        #                  # 


"Amirah!!!"jerit Ros.

"Kus semangat,kau ni kan Ros aku siku nanti" kata Amirah sambil mengurut dadanya akibat terkejut dengan sergahan Ros.
"Hahaha kau ni macam mak nenek lah cepat sangat terkejut,hahahaha"kata Ros sambil mentertawakan kawannya itu.
"Kau ni kan,kalau aku mati tadi macam mana? dah hilang sorang kawan"kata Amirah menjauh hati.
"Ala aku gurau je la Mira janganlah merajuk"pujuk Ros.
"Tahu pun takut"kata Amirah sambil tersenyum nipis.
"Eh lupa pulak,bos kesayangan kau tu panggil kau tadi.Dia suruh masuk dalam pejabat dia" kata Ros dengan senyuman.
"Yela,yang kau senyum semacam ni kenapa?" tanya Amirah pelik melihat perangai Ros senyum sendiri.
"Pergilah cepat nanti marah pulak bos kau tu" kata Ros lalu keluar dari bilik Amirah.

#                    #                           #                    #


Amirah menuju ke bilik Tengku Faris untuk berjumpa dengannya.Masih terfikir-fikir sebab apa Tengku Faris ingin berjumpa dengan dia.Setahunya dia tidak menghantar lagi mana-mana kertas kerja pada Tengku Faris.Sesampai sahaja dihadapan bilik Tengku Faris,Amirah segera mengetuk pintu bilik Tengku Faris.Ada sahutan menyuruh dia masuk didalam bilik itu,Amirah terus melangkahkan kakinya masuk kedalam pejabat Tengku Faris.


sekilas sahaja Amirah menutup pintu dihadapannya seorang wanita yang sangat dikenalinya.

'Anita! ye Anita' bisik hati kecil Amirah.Melihat perut Anita yang memboyot kedepan menandakan kandungan yang dikandung Anita melebihi 7 bulan.
'Tapi dengan siapa?' tanya hati Amirah.Lalu Amirah terus duduk berhadapan dengan Anita tanpa sebarang bunyi.

"Mira,kenalkan ni siapa?"tanya Tengku Faris pada Amirah.

"Kenal,erm Anitakan?" jawap Amirah.
"Ye saya Anita"kata Anita ramah.
"Anita datang sini sebab ada benda nak berbincang dengan kita berdua" terang Tengku Faris.
Amirah masih di angan-angan masih terkapai-kapai melihat Anita dihadapannya.

#            #                  #                   # 

"Mana Anita tahu?" tanya Amirah selepas mendengar cerita daripada Anita.
"Dia orang datang berdua dekat kedai Anita semalam" terang Anita.
"I not sure Danial terlibat sama"bentak Amirah.
"But why Mira" tanya Tengku Faris mendatar.
"Mira kenal siapa Danial" ulas Amirah.
"Tapi memang Danial yang ada dengan Amylia petang semalam jumpa dengan Anita" terang Tengku Faris.
"Buktikan pada Mira"katanya lalu bangun dan keluar daripada bilik Tengku Faris.Masih ada lagi sisa-sisa kemarahan terpendam dengan Anita yang dahulunya cuba merampas Tengku Faris darinya dan kini muncul kembali dan cuba membuat fitnah pada teman sepejabat yang sudah lama dia kenali.
'kau silap Anita' bisik hati Amirah.Langkah Amirah terus menuju ke biliknya,Ros yang melihat berasa hairan dengan tingkah Amirah.

#            #               #                 # 

"Masuk"laung Tengku Faris dari dalam biliknya.
"Erm Ros duduklah aku ada benda nak cakap dengan kau"kata Tengku Faris apabila melihat kelibat yang memasuki biliknya itu Ros.
"Aku pun ada benda nak tanya"balas Ros.

#              #                     #                # 


"Amylia tunggu aku kejap"jerit Danial pada Amylia yang laju berjalan.
"Kau jalan cepat boleh tak"laung Amylia dihadapan.
Danial berlari-lari anak apabila melihat Amylia yang memberhentikan gerak kaki dan duduk di bangku taman itu.
"Kau tahu tak minah perut buntal tu dah bagi tahu Faris tentang rancangan kita"kata Amylia.
"What!! How?"jerit Danial.
"Minah tu jumpa Faris dekat pejabat"kata Amylia.
"So macam mana ni?" tanya Danial.
"Aku tak tahu,aku buntu"terik Amylia.
"Aku ada plan baru"cadang Danial.Lalu memulakan percakapan mengenai plan yang dicadangkannya itu.

#                   #                          #                              #

"Ada apa?"tanya Ros.
"Aku nak cakap sikit"kata Tengku Faris.
"Cakaplah"balas Ros.
"Amylia dengan Danial rancang sesuatu untuk putuskan hubungan aku dengan Amirah"kata Tengku Faris
"Ha? apa? kau biar betul"tanya Ros lalu berdiri.
"Betul,kau kenalkan Anita?"tanya Tengku Faris.
"Anita yang bekas tunang kau tu ke?"kata Ros.
"A'ah"jawap Tengku Faris.
"Lepas tu? apa jadi?"tanya Ros.
"Dia jumpa Anita untuk tahu plan Anita masa kenakan aku dulu,Anita datang pejabat tadi sebab nak bagi tahu semuanya tapi Amirah tak percaya"terang Tengku Faris lalu meraup rambutnye.
"Pasal Amirah kau jangan risau,aku akan cuba untuk cakap dekat dia"kata Ros.
"Aku serabut dengan dorang berdua ni,hilang entah kemana tak dapat dikesan"kata Tengku Faris.Terserlah kekusutan dimuka Tengku Faris.

#                    #                         #                         #
"Astafirullahalazim"beristifar Anita apabila melihat keadaan butiknya yang berada dalam keadaan berselerak.
"Anita,why?"tanya seseorang dari arah belakangnya.
"Butik saya,habis kena kacau"tutur Anita tanpa menoleh kebelakang.
"Howdare diaorang buat semua ini pada awak"kata suara itu lagi.
"Saya tak tahu lah"kata Anita lalu berpaling ingin meliat siapa gerangan suara itu,alangkah terkejutnya apabila Amylia berada dibelakangnya itu.
"Awak buat apa dekat sini?"tanya Anita.
"Ingatkan nak beli baju-baju dalam butik awak ni,tapi macam dah rosak saja"kata Amylia.
Tersentak Anita apabila mengerti maksud yang ditutur Amylia sebentar.

#                    #                           #                            #

"Hai sayang termenung apa?"ujar Danial.
"Bahalol sanalah"ucap Amylia.
"Orang sayang dia,dia kata kita bahalol.Haih"kata Danial berjauh hati dengan sikap Amylia.
"Kau nak apa?"tanya Amylia dengan nada tinggi.
"Aku ada idea macam mana nak suruh Anita bersubahat dengan kau"kata Danial.
"Aik,pahal dengan aku seorang saja? Engkau tak mahu ikut sekali?"tanya Amylia.
"Aku? entahlah aku rasa cukup sampai sini sajalah aku kejar bayang-bayang.Aku dah sukakan pada orang lain"ujar Danial.
"Huh!! pada betina mana pulak yang engkau suka?"kata Amylia sakit hati.
'kenapa dengan aku ni? Aku marah?' bisik hati Amylia.
"Kenapa engkau cakap macam tu"tanya Danial pelik dengan sikap Amylia.
"Tak ada apa-apa"ucap Amylia.
"Dah bagi tahu aku apa idea bernas kau tu?"sambung Amylia lagi.
"Macam ni,aku buka butik Anita tu dengan lebih awal tanpa pengetahuan sesiapa pun,lepas tu aku selerakkan tanda amaran yang butik dia tidak lama lagi akan jadikan markas rompakan,selepas pukul 9 engkau pergi ke butik dia konon-kononnya mahu membeli baju disitu,kau perlilah dia dengan keadaan dia yang sudah rosak itu"kata Danial.
"Jadi?"tanya Amylia.
"Lepas seminggu kita bagi amaran lagi sehingga dia berlutut kepada kita meminta bantuan sehingga terhutang budi pada kita dan menceritakan apa yang terjadi pada dia dan Tengku Faris pada masa dahulu"terang Danial.
"Good idea"ucap Amylia senang hati.
"Itu yang engkau hendakkan?"tanya Danial perlahan.Dia seperti berjauh hati dengan sikap Amylia yang beria-ia mahukan Tengku Faris itu.
"Sudah tentu"kata Amylia dengan gembira tanpa sedar bahawa ada hati yang tergores dengan jawapannya itu.

#                                   #                                                   #

5 BULAN KEMUDIAN.....

"Aku terima nikahnya Siti Amirah binti Alias dengan mas kahwinnya senaskah Al-Quran"
"Sah,Sah,Sah"
"Alhamdulillah"
Tengku Faris sah menjadi suami Siti Amirah pada malam itu.

#                      #                     #                             #

"Sayang,tenung apa tu?"tanya Tengku Faris pada Amirah.
"Tenung bulan yang jauh sana"kata Amirah.
"Sayang nak pergi bulan?"tanya Tengku Faris.
"Hahaha apa lah mana boleh pergi sana"kata Amirah dengan gelak tawa.
"Bolehlah sayang,naiklah roket"lawak Tengku Faris.
"Apalah abang ni,dahlah jom masuk sejuklah duduk luar"kata Amirah lalau melangkah masuk kedalam ruang biliknya.
"Dah mengantuk kesayang?"tanya Tengku Faris.
"Penat abang,jomlah tidur"jawap Amirah dengan manja.
"Kesian sayang abang ni,jom tidur jom"balas Tengku Faris.
"Selamat malam abang"kata Amirah.
"Selamat malam sayang"balas Tengku Faris.
Kepekatan malam membuktikan cinta mereka berdua pada hari itu.

#               #                    #                       # 

"Morning pengantin baru"usik Ros pada Amirah.
"Morning"balas Amirah.
"Macam mana? lena tidur semalam?"tanya Ros.
"Kau ni ros"jawap Amirah yang sudah merah padam mukanya akibat malu.
"Hahahaha gurau je lah"kata Ros.
"Assalamualaikum"kedengaran orang memberi salam dari luar rumah.
"Walaikumusalam"jawap mereka.
"Sedapnya bau,sayang masak apa ni?"tanya Tengku Faris.
"Hari ini mama yang masak,bukan mira"kata Amirah lalu memandang Tengku Faris.
"Ala kenapa sayang tak masak?"soal Tengku Faris dengan nada lemah.
"Biarlah Mira rehat,esok lusa dia kena jadi surirumah 24 jam lagi penat"kata Mak Timah.
"Betul tu Mak Timah"sokong Ros.

#                 #                             #                 #

"Diaorang dah kahwin,mana plan kau ha?"Jerkah Amylia pada Danial.
"Sabar boleh tak? kau ingat aku ni robot ke?"Balas Danial.
"Kau nak aku sabar berapa lama lagi ha??"Soal Amylia.
"Diaorang tak akan lama lah aku jamin tu,orang kahwin ramai yang dah bercerai so sabarlah ye"Jawap Danial lalu meninggalkn Amylia keseorangan di kepekatan malam bandar Kuala Lumpur itu"
#                     #                                                #                             #