Tuesday, February 12, 2013

Bab 11: Cukup Sampai Di Sini

"Mama!!"jerit Lisa.
"Ya Allah ada apa Lisa?"tanya Mak Timah.
"Hehe rindulah"kata Lisa sambil menunjukkan baris giginya yang putih itu.
"Dah macam budak-budak mama tengok kamu ni,agaknya sebab itulah tak ada teman lelaki"ujar Mak Timah.
"Ala mama ni,malas lah nak fikirkan pasal teman lelaki"kata Lisa lalu duduk diatas kerusi berhadapan Mak Timah di dapur.
"Iye lah sayang"ucap Mak Timah.
"Mama mira mane?"tanya Lisa.
"Dia ke dusun dengan Faris pagi tadi,sekejap lagi baliklah tu"jawap Mak Timah.
"Ros?"tanya Lisa.
"Tadi ada dekat laman belakang,tapi hilang entah kemana mungkin ke sungai agaknya."jawap Mak Timah.Selepas mendapat jawapan dari mulut Mak Timah,Lisa segera kearah laman belakang tapi tidak bertemu juga dengan Ros.Segera dia ke sungai dan...Ros ada disitu.

#                 #                       #                         #

"Dah lama ke duduk dekat kampung ini?"tanya Ros pada lelaki dihadapannya itu.
"Lama jugalah selama mana Amirah duduk disini selama itu jugalah saya berada di sini"ujar lelaki itu.
"Oh lama juga"kata Ros perlahan.
"Awak datang sini kenapa?"tanya lelaki itu.
"Saya datang sini temankan Amirah jumpa Mama dia dekat sini,sekali jalan selepas majlis perkahwinan dia mereka nak honeymoon dekat sini,jadi saya ikut saja"terang Ros.
"Haha lawak pula kita ni,dari tadi sembang nama awak siapa?"tanya lelaki itu.
"Saya Roslizawati,panggil Ros saja"jawap Ros ringkas.
"Saya Amir Rizki,terpulang pada Ros nak panggil saya apa"kata Rizki.
"Saya panggil Riz boleh?"tanya Ros pada Rizki.
"Oh boleh juga,lagipun nama tu tak ada siapa yang panggil"kata Rizki.
"Umur awak berapa?"sambung Rizki kembali.
"Adalah umur saya rahsia mana boleh bagi tahu"kata Ros.
"Ala kedekut betul"jawap Rizki sambil membaling batu kecil kepada Ros.Senang hatinya mengenali gadis lembut di sebelahnya ini,senang berbicara petah dengan keadaan sekeliling.Hatinya tenang.


#                   #                        #                              #

Lisa yang sedari tadi asyik memerhati dua sejoli di depannya itu bergurau senda segera dia mengacau daun.
"Ha Ros dating!!!"jerit Lisa di belakangnya.
"Ya Allah Lisa!!!!"balas Ros kembali.
"Siapa ni?"tanya Rizki kebengongan.
"Ini Adik Amirah"kata Ros lalu menjeling Lisa.
"Hai saya Sya lisa panggil Lisa"kata Lisa memperkenalkan dirinya walaupun tidak disuruh.
"Oh hai"jawap Rizki ringkas.
"Ros jom balik"kata Lisa.
"Yela nak balik la ni"kata Ros tidak berpuas hati.
"Awak nak balik? kalau macam itu,saya pun nak baliklah hari dah nak ke tengahari kalau ada masa lagi kita jumpa tau"kata Rizki.
"Okey Riz assalamualaikum"ucap Ros.
"Waalaikumusalam"jawap Rizki kembali lalu berlalu meninggalkan Ros dan Lisa.


#                          #                         #                          #

"Sayang"panggil Tengku Faris pada Amirah.
"Ya abang"jawap Amirah perlahan.
"Sayang,abang teringin nak anaklah"kata Tengku Faris.
"Ish abang ni,kita kawin tak sampai sebulan lagi"jawap Amirah.
"Ala kita cuba lah dulu mana tahu Allah nak bagi kita anak awal ke kan?"kata Tengku Faris.
"Iyalah sayang"jawap Amirah ringkas.
"Jom tidur sayang"ucap Tengku Faris sambil mengucup ubun-ubun isterinya.Amirah suka diperlakukan seperti itu,seperti Tengku Faris memberikan kasih sayang kepada dirinya.
"Awal lagilah abang"kata Amirah.
"Ala kata nak anak?"tanya Tengku Faris dengan senyuman meleret.
"Heee abang nakal lah"kata Amirah sambil mencubit lengan Tengku Faris.
"Haha jom lah sayang"ajak Tengku Faris.
"Yela-yela jom"akhirnya Amirah mengalah juga dengan ajakan Tengku Faris.

#                       #                       #                        #


"Maafkan saya"kata suara yang melanggar Amirah tadi.
"Tak mengapa"balas Amirah lalu melihat muka siapa yang melanggarnya tadi.
"Danial?!!"dengan nada terkejut Amirah bersuara.
"Ye saya"jawap Danial dengan senyuman.

#                         #                                #                                 #

"Amirah tunggulah sekejap,Amirah saya nak cakap dengan awak ni"rayu Danial pada Amirah yang sudah laju kehadapan.
"Amirah!"jerit Danial lalu merentap lengan Amirah.
"Kau nak apa!"tengking Amirah pada Danial.
"Dengar penjelasan saya"ujar Danial.
"Penjelasan apa lagi Danial?"tanya Amirah.
"Awak dah pilih salah orang,tolonglah faham"kata Danial.
"Apa maksud kau"tanya Amirah.
"Kau tak tahu lagi siapa Tengku Faris Farriel tu"ujar Danial.
"Kau jangan nak buruk-burukkan dia depan aku"marah Amirah.
"Kau tak percaya? malam ni kau tunggu dekat pejabat dia,tengok apa dia buat"kata Danial lalu berlalu pergi meninggalkan Amirah.


#                            #                              #                          #

"Sayang,abang balik ni"kata Tengku Faris dihadapan pintu.
"Dah balik,pergi tukar baju mandi pastu turun makan tau"kata Amirah dengan nada yang lembut.
"Eh abang nak cepat ni,nak pergi pejabat balik ada banyak kerja"kata Danial.
"Oh okey,pergi lah kemas badan tu"kata Amirah sedikit kecewa.
"Okey sayang"jawap Tengku Faris lalu naik ketingkat atas untuk siap-siap kan diri.

#                   #                         #                         #

"Sayang,abang pergi dulu tau,jaga diri"kata Tengku Faris dan terus lolos di pintu rumah nye masuk ke dalam kereta.Amirah yang di dapur terasa hati dengan sikap suaminya yang tidak menjaga keselamatan dirinya pada lewat malam sebegini.

Tiba-tiba fikiran Amirah terawang dengan kejadian yang berlaku siang tadi antara dia dan Danial.Amirah segera menyiapkan dirinya lalu dengan pantas mencapai kunci kereta dan dengan berhati-hati pemanduannya terus ke destinasi yang hendak dituju.

#                #                     #                       #
"Hello Ros"Amirah segera menelefon Ros semasa dalam perjalanan.
"Ha Amirah ada apa?"tanya Ros.
"Kau sibuk tak sekarang?"tanya Amirah.
"Sekarang? tak sibuk ada apa?"jawap Ros.
"Teman aku boleh?"
"Kemana?"
"Ikut sajalah,aku ambik kau dekat rumah kau 15 minit dari sekarang"kata Amirah lalu mematikan panggilan telefon itu.

#                            #                         #                                #

"Kau biar betul Amirah,datang pejabat Faris malam-malam"kata Ros pada Amirah kerana bimbang melihat keadaan sekeliling yang gelap gelita.
"Kau boleh senyap tak"marah Amirah pada Ros yang sedari dari dalam kereta sudah bising.
"Kau nampak bilik bernyala tu?"tanya Amirah.
"Nampak,kenapa?"tanya Ros.
"Dalam tu ada Faris,jom"ajak Amirah.

#                             #                               #                           #

"Sayang,kenapa masih duduk dalam pejabat ni kan dah malam"kata seorang wanita pada Tengku Faris.
"I ada banyak kerjalah"jawap Tengku Faris acuh tak acuh.
"You ni,marilah duduk sini"Ujar perempuan itu sambil menepuk-nepuk sofa di hadapan meja Tengku Faris.
Tengku Faris akur lalu duduk di sebelah perempuan itu.

"You mesti penatkan,mari I urutkan You"ujar perempuan itu lalu meletakkan tangan pada bahu Tengku Faris.
"Tengku Faris Farriel bin Tengku Adam Aris,what are you doing ha!"jerit Amirah pada Tengku Faris.
"Eh sayang what you doing here?"tanya Tengku Faris dengan wajah yang pucat lesi.
"How dare you!"marah Amirah,mukanya sudah kemerah-merahan menahan marah.
"Listen here,ni semua salah faham"kata Tengku Faris.
"Salah faham kau cakap? salah faham apa kejadahnya berurut macam ni salah faham?"kata Amirah dengan nada yang tinggi.
"Jaga mulut tu Amirah!!"Tengking Tengku Faris.
"Memang betul orang tu kata,kau pergi pejabat malam bukan sebab kerja tapi sebab betina ni"kata Amirah dengan nada yang tersekat-sekat menahan sebak.Hampir menitis air matanya tapi ditahankan.
"Hei betina mana ha? you tu yang tak tahu jaga suami,tak tahu layan suami sebab tu dia cari I"ujar perempuan itu.
"Thanks a lot Tengku Faris,ingat sampai lubang cacing pun,you never can find me"kata Amirah lalu keluar dari pejabat,pintu dihempas kuat tanpa belas kasihan pada pintu yang tidak bersalah itu.

#                                #                          #                          #

"Tak sangka aku Amirah"kata Ros yang berusaha memujuk Amirah yang berada dalam esakan tangisan yang tidak henti selepas keluar dari pejabat itu.
"Aku benci dia"kata Amirah dalam esakan.
"Sabar Amirah,nak aku call mama ke?"tanya Ros.
"Tak payahlah,aku tak nak dia tahu biar aku bawa diri aku"kata Amirah.
"Cakap dengan bos aku ambik cuti 3 bulan tanpa gaji"kata Amirah lalu bangun memasuki biliknya.

#                            #                                #                          #

"Mana Amirah?"tanya Tengku Faris pada Ros.
"Aku tak tahu"jawap Ros ringkas.
"Mana boleh tak tahu,dia mana"marah Tengku Faris.
"Kau nak apa dengan dia,lepas kau hancurkan hati dia kau nak kan dia balik,apa masalah kau sebenarnya?masalah otak ke? otak kau dah mereng ke? Amirah setia dengan kau walaupun dah banyak kali Danial merayu dengan dia,nak kan dia balik.Tapi kau? kau curang dengan dia.Mana sayang kau dekat dia ha? selama ni kau sayang dia tapi mana semua tu? kau lupa ke? atau kau buat-buat lupa?"hujah Ros pada Tengku Faris Farriel.
"Kau senyaplah!"tengking Tengku Faris lalu meninggalkan Ros.

#                       #                        #                                #

Amirah merantau jauh ke selatan,keadaan dirinya yang suram terserlah di wajahnya itu,masih ada lagi ke sayang dia untuk Tengku Faris Farriel? Dia memaksa diri untuk terus maju kehadapan walaupun hati tidak mahu melangkah ke destinasi yang dia pilih untuk mendamaikan jiwa namun kaki tetap melangkah untuk kebaikan dirinya juga.

#                             #                    #                               #

"Shit!!"kata Tengku Faris lalu mengetuk stering keretanya.
"Mana awak pergi,balik lah saya nak mintak maaf"katanya lagi lalu meraup mukanya.
"Tok! tok! tok!"cermin tingkap keretanya di ketuk dari luar,segera dia membuka pintu dan melihat Danial dihadapannya.

"Kau nak apa pengkhianat?"kata Tengku Faris.
"Aku cuma nak cakap,rancangan aku hampir berjaya nak hancurkan rumah tangga kau,sekarang ni Amirah dah lari dari kau kemungkinan besar sayang dia dekat kau dah hilang"ujar Danial selamba.
"Kurang ajar kau"marah Tengku Faris.
"Tak perlulah nak marah-marah,perempuan simpanan kau kan ada? kau tak perlukan Amirah untuk layan kau"kata Danial lagi.
"Apa kau nak ha?"tanya Tengku Faris.
"Aku nak kau,tolong hargai apa yang kau ada sekarang ni dan jangan ingat apa yang kau ada itu akan kekal sampai bila-bila"kata Danial lalu berlangkah pergi meninggalkan Tengku Faris.

#                          #                             #             

Monday, February 11, 2013

Bab 10 :Cukup Sampai Di Sini

"Ada apa sayang?"tanya Tengku Faris apabila memasuki ruang bilik mereka kerana kata Amirah dia ingin bertanyakan sesuatu.
"Hari tu abang ada kata pasal Danial dengan Amylia tu,Mira nak tahu lebih lanjut boleh?"kata Amirah lalu duduk di birai katil.
"Perlu ke bagi tahu? walhal Mira tak percaya?"tinggi suara Tengku Faris.
"Mira cuma nak tahu,tapi tak nak bagi tahu tak apa"kata Amirah berjauh hati apabila suara Tengku Faris meninggi.Dia bingkas bangun menuju ke bilik air.
'tanya salah,tak tanya salah,hurm' bisik hati Amirah.

#                      #                          #                         #

"Sayang"panggil Tengku Faris.
"Ye"jawap Amirah ringkas.
"Marah dekat abang ke?"tanya Tengku Faris lalu merapatkan diri pada Amirah.
"Mana ada marah,eh Mira nak tolong mama lah"kata Amirah lalu bangun untuk keluar dari ruang bilik itu tapi tangannya disambar oleh Tengku Faris.
"I'm sorry dear"kata Tengku Faris perlahan.
"Mira nak keluar lepaskan tangan Mira"kata Amirah merendahkan nada percakapannya.
"Hurm okey"kata Tengku Faris.Dia tahu Amirah berkecik hati dengannya pagi tadi semasa dia meninggikan suara.
'Perlu ke aku tinggikan suara' bisik hati kecil Tengku Faris.Melihat bayang Amirah yang lolos disebalik pintu membuatkan hatinya bertambah bersalah dengan tindakannya tadi.


#                     #                          #                          #

"Mama nak Mira tolong apa?"tanya Amirah pada Mak Timah.
"Kamu tolong tengok-tengokkan budak dua orang dekat parit hujung sana tu"kata Mak Timah pada Amirah.Dengan cermatnya Amirah menghidupkan enjin motosikal yang selalu digunakan Mak Timah untuk ke pekan dibawanya kearah parit yang ditunjuk Mak Timah tadi.

#                     #                         #                          #

Sedang Tengku Faris mengemas bilik Amirah,terselit sebuah diari diantara katil dan meja lampu disebelah katil itu.
'Buku apa ni?' kata hati Tengku Faris.Diselak-selak sehelai demi sehelai,pada permulaan buku terdapat biodata Amirah.
Diselak lagi gambar-gambar yang diambil pada zaman dahulu oleh Amirah dan tertera tulisan dibawah gambar itu,terdetik dihati Tengku Faris siapa lelaki yang berada di sebelah Amirah ini 
'Tak kanlah pakwe dia kot' ucap hati Tengku Faris.

"Faris..."namanya dipanggil di muka pintu bilik.
"Eh Mama,ada apa?"tanya Tengku Faris.
"Lebih baik letakkan semula buku itu ditempat asal,takut nanti tuannya jadi hantu"ucap Mak Timah.Tidak dapat dibayangkan minggu lepas Ros cuba membuka buku itu dilihatnya Amirah,berangin satu badan seperti ada sesuatu yang disorokkan Amirah didalam buku itu.
"Baiklah mama,tapi..Mira mana?"tanya Tengku Faris.
"Dia pergi par..."kata-kata Mak Timah terbantut apabila terdengar jeritan dari luar rumahnya.
"Mama!!! Mama!!!"laung Lisa dengan kuat.
"Ada apa Lisa?"kata Mak Timah apabila melihat anaknya itu cemas.
"Mira mama..."kata Lisa tercungap-cungap.
"Kenapa dengan Mira?"tanya Tengku Faris.
"Mira jatuh parit,kaki tak boleh gerak"jelas Lisa
"What!!??"kata Tengku Faris dengan kuat.
"Jom kesana Faris bawa kereta kamu"ujar Mak Timah.
Segera Tengku Faris mencapai kunci keretanya dan meluncur laju kearah Parit yang menempatkan Amirah dan Ros.
Setiba saja disana Tengku Faris segera menyambar Amirah dan membawa masuk kedalam kereta,meletakan Amirah di tempat duduk depan bersebelan dengannya.
Kereta Tengku Faris segera pandu kearah klinik berdekatan.

#                     #                       #                             #

"Danial bangun lah"Kejut Amylia.
"Ada apa"kata Danial dalam khayalan.
"Kau ni pintu tak tutup tak kunci apakejadahnya"marah Amylia.
"Teman aku tidur sayang"ucap Danial lalu memeluk pinggang Amylia.
"Danial what you doing!!!"jerit Amylia dalam pelukan Danial.
"Ala macam tak biasa pula dengan aku,bagi aku sekali je pagi ni sayang"kata Danial dan mengemaskan lagi pelukan dia.
"Lepaslah bodoh"jerit Amylia namun kudratnya tidak bertahan kerana Danial lebih tingkas darinya.
"Welcome in my home dear"ucap Danial perlahan ditelinga Amylia.Akhirnya Amylia kini ditawan Danial di kondo milik Danial.

#                         #                         #                     #

"Sayang jangan jalan laju sangat kaki tu tak stabil lagi"jerit Tengku Faris apabila melihat isterinya itu jalan meninggalkannya dibelakang.Dia tahu Amirah masih marahkan dirinya.
"Sayang..."belum sempat dia memanggil Amirah telefonnya berdering,tertera nama Amylia.
"Hello,ada apa call aku ni?"tanya Tengku Faris.
"Jadi?"kata Tengku Faris.
"Sorrylah aku tengah honeymoon dengan isteri tercinta"kata Tengku Faris.
"Kau siapa nak aku tanggungjawap ha?"jerit Tengku Faris,berkerut dahi dia.
"Bla la kau"kata Tengku Faris lalu mematikan talian itu.
Amirah didalam rumah hanya mendengar sahaja bait-bait kata Tengku Faris,segera dia pergi kearah dapur apabila mendengar derap langkah Tengku Faris makin hampir dengannya.

#                         #                         #                         #

"Jahanam kau Danial"kata Amylia lalu membaling bantal kepada Danial.
"Wowowo sorry dear"kata Danial lalu ketawa.
"Siapa nak bertanggungjawap sekarang ni?"tanya Amylia.
"Siapa ia? aku lah"kata Danial lalu datang dekat pada Amylia.
"Gila ke kau ni? dah lah miskin ada hati nak dekat aku!!"jerit Amylia.
"Hei sayang kau cakap apa?"tanya Danial.
"Miskin!!!"jerit Amylia lagi.
"Okey"kata Danial pendek lalu keluar dari ruang biliknya itu.

#                           #                          #                     # 

"Abang,mama panggil makan"kata Amirah dan berlalu keluar dari biliknya.Belum sempat dia melangkah keluar Tengku Faris segera menarik lengan Amirah kearahnya.
"Sayang masih marahkan abang lagi ea?"tanya Tengku Faris.
"Mana ada sayang marahkan abang"kata Amirah lembut.
"Abang mintak maaf sebab tinggikan suara pagi tadi"kata Tengku Faris sambil mengusap lembut pipi milik isterinya itu.
"Tak apalah abang,Mira dah maafkan dah"ucap Amirah.
"I love you dear"luah Tengku Faris lalu mengucup ubun-ubun Amirah.
"I love you too,jom lah turun makan abang"kata Amirah.
"Jom"kata Tengku Faris.Mereka berdua beriringan turun ke meja makan.

#                    #                   #                        #