Monday, January 9, 2012

BAB 3 :Cukup Sampai Di Sini

"Mira kenapa ni,senyap je,selaluya kalau sampai taman ni bising tapi kali ni senyap je kenapa sayang"tanya Tengku Faris pada Amirah yang dari tadi mengelamun saja. 
"Mira teringat kan mak angkat Mira la Abang"kata Amirah dengan nada yang sedih. 
"Kenapa sayang tak tanya Lisa je mana mak angkat Mira"Tengku Faris memberi cadangan pada Amirah. 
"Abang tahukan Lisa tak suka dekat Mira,macam mana nak tanya dia"balas Amirah,kali ini mata Amirah sudah berkaca dengan air mata. 
"Ye tak ye jugakan,cuba tanya nenek salimah mesti dia tahu mana perginya menantu diakan"sekali lagi Tengku Faris memberi cadangan pada Amirah tapi hampa mana mungkin nenek salimah tahu mana menantunyakan nenek salimah benci dengan mak Timah. 
"Sayang dah nak senja ni jom balik nak"ajak Tengku Faris. 
"Sorry Abang,Mira jumpa Abang asyik cakap pasal Mak Angkat Mira je"tutur Amirah dengan nada kecewa,Amirah kecewa sebab dia membazirkan masa sepanjang jumpa dengan Tengku Faris asyik bercakap pasal mak angkat dia saja. 
"Tak ada apa-apa lah sayang,asalkan tunang abang ni tak sedih lagi,abang akan bantu sayang kalau sayang dalam kesusahan"balas Tengku Faris dengan segaris senyuman dan senyuman itu dibalas oleh Amirah.
"Sebelum balik Abang nak belikan Mira sesuatu nanti kita pergi kedai depan sana"sambung Tengku Faris lalu masuk ke dalam perut kereta di ikuti dengan Amirah.Tengku Faris memberhentikan keretanya selepas sampai di sebuah kedai dan keluar dari kereta. 
"Nah ambik ni jom la makan dekat luar"kata Tengku Faris sambil mengetuk cermin keretanya.Amirah pun keluar dari kereta dan duduk di sebelah Tengku Faris pada bangku dihadapan kedai itu.Amirah membuka pembalut coklat itu dan memakannya  tapi hanya separuh saja,
"Kenapa tak makan sayang"tanya Tengku Faris pada Amirah.
"Amirah rasa macam tak larat la nak makan besar sangat la"Amirah memberi alasan kenapa dia tak boleh habiskan coklat itu.
"Abang nak tanya boleh tak"Tengku Faris berkata dengan senyuman. 
"Boleh apa dia"jawab Amirah. 
"Kalau abang nak coklat tu sikit boleh,tapi kalau Mira tak nak bagi tak apa,abang takut nanti Mira cakap abang beruk siku kalau manusia siku tak apa ni beruk siku"tanya Faris sambil membuat muka.
"Tak boleh la,Abang dah bagi Mira mana boleh mintak balik"kata Amirah. 
"Nah,ambik lah kesian tunang Mira ni"sambung Amirah.Berderai ketawa Amirah di ikuti dengan Tengku Faris.Sedang asyik bergelak tiba-tiba ada suara di belakang mereka.
"Hai Faris,you kan,ni sapa,pengganti I ke"sindir wanita itu. 
"Amboi siap kongsi coklat lagi tu"sambungnya lagi. 
"Jom,sayang kita balik,ada nyamuk la dekat sini"sindir Tengku Faris pada wanita itu. 
"Sabar la,I nak cakap dengan you punya girlfriend ni,did you want to know,you not perfect to him,look at you nothing,but I,have what him want,dasar budak kampung"sindir wanita itu. 
"You kan Anita,you nak tahu,you yang tak perfect,faham"jerkah Tengku Faris. 
"Faris I akan bagi apa saje yang you nak,I cinta kan you,please Faris bagi I peluang"rayu Anita pada Tengku Faris. 
"I don't love you Anita,Anita I have promise to married special person who have much time with me and that person is this girl"sambung Tegnku Faris lagi. 
"This girl can make you happy,I not think so"marah Anita sambil menyindir Amirah. 
"Whatever,but I think you’re not perfect to me,I should go know,bye"kata-kata terakhir Tengku Faris memberi kesan kepada jiwa Anita. 
'Look one day you will be mine'bisik hati Anita geram melihat Amirah dan Tengku Faris bermesra tadi.


       #                   #                          #    


Tengku Faris dan Amirah terus memboloskan diri ke dalam perut kereta.Setengah jam di dalam kereta Amirah dan Faris masih membisu,yang dengar hanya suara DJ hot Fm sahaja. 
"Tadi tu siapa Abang,ex-girlfriend ke"pertanyaan Amirah membunuh kesunyian dari tadi. 
"Dia tu ex-tunang abang,dulu abang tak nampak keburukan dia,dulu abang buta sangat,nanti lah Mira kalau ada masa yang sesuai abang akan cerita kan dekat Mira"terang Tengku Faris pada Amirah.


          #                       #                           #   

 Akhir nya kereta  Honda Faris masuk ke tempat letak kereta bertentangan dengan hostel Amirah. 
"Okey la Abang Amirah balik hostel dulu erk,bye abang,tenang kan jiwa abang tu"pesan Amirah. 
"Okey sayang good walk"lawak Tengku Faris.


                 #                  #                    #



 Amirah berjalan dari dewan kuliah sehingga ke perpustakaan tanpa henti memikirkan nasib Ros yang terpaksa menunggu nya selama setengah jam di dalam perpustakaan. 
"Sorry lambat sebab aku ada mesyuarat tergempak tadi,maaf erk"Amirah meminta maaf pada Ros yang muka sudah mencuka bila memandang Amirah berada di depan nya. 
"Maaf je la yang kau tahu,tak ada gift ke aku dah lama tunggu kau nie"Kata Ros dengan nada yang agak marah. 
"Nah aku tahu kau mesti nak gift punya"jawab Amirah lalu mengeluarkan coklat yang dia sempat beli sebelum melangkah masuk dari sini. 
"Thanks okey aku maaf kan kau,pasal kau bagi aku gift ni"Ros terus mengambil coklat di hulur oleh Amirah tadi tanpa segan silu lalu memasuk kan coklat itu di dalm beg nya. 
"Jom keluar aku dah kesejukan dah nie duduk dalam nie lama-lama"sambung Ros lagi dan berjalan menuju ke pintu keluar. 
"Amirah aku nak cakap dengan kau sekejap"belum sempat Amirah melangkah kaki kali kedua ada seseorang panggil dia dari belakang,nasib Amirah sempat menarik lengan Ros tadi.Amirah lambat-lambat pusing ke belakang,terkejut Amirah apabila yang memanggil nya tadi adalah Lisa.
"Ada apa Lisa?"tanya Amirah,nasib baik tadi die sempat menarik lengan Ros.
"Ikut aku"Langkah Lisa mati di satu meja makan jawab di kafe.
"Minggu depan aku nak balik kampung mama,aku nak kau ikut sebab ada hal keluarga kita."terang Lisa memulakan perbualan.
"Aku nak ikut,aku nak jumpa mama"jawab Amirah. 
"Kau biar betul Amirah,aku ikut sekali,aku takut kalau dia bawak kau pergi semak-samun ke pastu dia bunuh kau"kata Ros sambil membayangkan nasib Amirah kalau dia tidak ikut. 
"Suka hati kau lah Ros kau nak cakap apa dekat aku,hari jumaat aku tunggu kau dekat lobi sana"kata Lisa sambil tangan nya menunjuk kan lobi ‘A’, dan bangun meninggal  Amirah dan Ros yang berada di kafe.
"Kau ni kan tak baik tau cakap Lisa macam tu,dia dah berubah la."marah Amirah pada kawan baik nya itu. 
"Aku cuma nak pastikan je kut la marah ,jangan marah erk"pujuk Ros. 
"Apa-apa pun aku nak ikut juga"sambung nya semula. 
"Suka hati kau la Ros,aku tak kisah pun"jawab Amirah.Amirah dan Ros pun pergi dari situ memandang kan sekejap lagi mereka ada kelas akauntan.
Pelajar-pelajar di dalam kelas itu pun keluarkan buku.Selama satu jam mereka belajar dalam bidang akauntan.
Setelah selesai,Amirah dan Ros mendahului pelajar lain untuk keluar dari dewan.


    #                                #                           #


"Hai sayang tekun abang tengok sayang belajar tadi"Faris memeranjat kan Amirah.Mana tak nya baru sahaja keluar dah ada yang memanggilnya.
"Okey la Amirah aku pergi dulu"Ros meminta izin untuk pergi pada Amirah.
"Of cource la tekun kan tak lama lagi nak exam"lalu Amirah pergi dari situ.Faris sudah berlari keanak-anakan mengejar Amirah.
Tiba-tiba langkah Amirah terhenti apabila ada tiga tubuh berada di depannya.
"You all nak tahu this girl is girlfriend Tengku Faris,you all dia ni la penyebab I dengan Faris berpisah,aku pun tak tahu ada apa dekat kau mungkin kau dah tak ada dara kot"sindir Anita berlarutan,dan sindiran Anita di sambut oleh gelak ketawa rakan-rakannya.
PANG!!!! Satu tamparan dari Amirah untuk Anita.
"How dare you slap me,you want fight with me"jerkah Anita pada Amirah yang berani menampar muka dia di tempat awam.Belum sempat Anita menampar muka Amirah lengan pantas di tepis oleh Faris.
"You kenapa Faris,you nak bekap kekasih you yang tak berharga ni"sindir Anita lagi.
"You all go now,I don’t want to see your face anymore!!"tengking Faris pada Anita dan kawan-kawannya.Faris berlalu dari situ dengan perasaan yang marah.Amirah masih terpinga-pinga terus mengkejar Faris yang lolos ke dalam perut keretanya.


#                     #                                  #


"Faris tunggu lah."kata Amirah pada Faris yang jalan laju . 
"Kita nak pergi mana"tanya Amirah tapi tiada jawapan dari mulut Faris. 
"Faris hantar Amirah balik hostel je la Amirah nak rehat la"namun Faris masih lagi diam membisu, 
'Ish mamat ni aku tanya,dia tak jawab pulak'rungut hati Amirah.
'Aku je terhegeh-hegeh kejar dia tadi'rungut Amirah lagi.Mereka hanya mendiamkan diri sahaja,Faris juga tidak tahu mahu pergi ke mana,kereta honda nya meluncur laju.
"Faris berhentikan kereta biar Amirah naik teksi je"kata Amirah pada Faris yang mengeras macam batu.Faris tanpa reaksi terus memberhentiken keretanya.
'Aku nak tengok dia boleh tahan teksi ke tak boleh'ujar hati Faris.
'Dia ingat aku takut la tu,dari satu kereta dengan batu baik aku naik teksi,lagi bagus'bisik hati Amirah.
Tidak lama kemudian sebuah teksi ditahan oleh Amirah,Faris tercengang dengan sikap Amirah itu,lalu dia pergi dari situ dengan mengekori teksi yang di naiki Amirah.


      
      #                              #                      # 



"Amirah tunggu la,abang nak cakap dengan Amirah"Tengku Faris terus mengejar Amirah yang sedikit pun tidak memandang mukanya.Akhirnya Amirah berhenti dari berjalan.
"Ada apa Faris kejar Amirah ingatkan dah tak nak cakap dengan Amirah sebab Amirah dah tampar muka ex-tunang Faris tu"sindir Amirah dan meneruskan langkahnya.Tengku Faris terkejut dengan tutur kata Amirah tadi dan meninggalkan ruang lobi itu dengan perasaan hampa.


#                 #                       #


 Tengku Faris hanya angguk dan geleng saja semasa mendengar idea bernas Musa tadi.
 "Aku buat plan pertama dulu kalau tak jadi plan kedua pulak"kata Faris selepas mendengar idea Tengku Musa tadi.

Saturday, January 7, 2012

BAB 2 : Cukup Sampai Di Sini

"Kau biar betul Ris,kau nak melamar Si Mira tu,mak bapak kau dah tahu ke"terkejut Musa tak habis dari tadi bila mendengar ayat kawannya tadi.
"Ye la aku memang nak Mira tu  jadi tunang aku dan isteri aku,pasal mak bapak aku kau jangan risau la aku akan pujuk dia orang,kau pun nanti 'baking' aku tau"rayu Tengku Faris pada Musa.Dia memang nak kan Amirah tu,bagi Faris,Amirah tu bidadari hanya untuk dia sahaja.
"Okey no problem kalau kau dah cakap macam tu"kata Musa membuat kan lagi semangat Tengku Faris.


      #                  #                  #                    # 


"Ha balik pun anak mak ni,eh Musa pun ada,mak kamu pun ada dekat dalam tu,masuk lah"pelawa Tengku Maisara.Mereka mengangkat beg naik ke tingkat atas buat masa ni Musa tinggal dengan Faris sebab ada kerja yang mereka nak buat bersama.
"Tengku Faris meh sini turun,ajak Tengku Musa sekali"panggil Mak Semah selaku salah seorang pembantu rumah itu,separuh menjerit dibuat nya Mak Semah memanggil seseorang dari tingkat tiga.
"Baiklah Mak Semah"balas Tengku Faris dengan nada yang sama.


#                                  #                                    #                              #


Selepas selesai solat maghrib mereka pun turun ke ruang makan.Selalunya semasa makan keluarga Tengku Faris  tidak akan bersuara,kata neneknya tak sopan kalau makan sambil bercakap.Tapi bila lagi dia akan bercakap mungkin sebentar lagi pak longnya dah balik.Tengku Faris cuba memberanikan diri,dan akhirnya mula bercakap.
"Mama,papa,nenek,mak long,pak long,Ris balik ni ada benda nak bincang"tutur Tengku Faris,suaranya semakin hilang.
"Apa yang nak Ris bincang kan ni mesti pasal perempuan"teka Tengku Adam.
"Sebenarnya Ris nak bertunang,mama dan papa bagi ke"balas Tengku Faris selamba lalu mengunyah makanan di depan nya itu.
Hampir tersedak Tengku Maisara dengan jawapan Tengku Faris tadi,nasib ada air di depan nya cepat-cepat dia mencapainya lalu meneguk air itu. 
''Kamu nak bertunang dengan siapa,siapa yang bertuah tu dapat anak mama ni,mama tak kisah asal-usul dia asal kan anak mama ni bahagia"balas Tengku Maisara selepas lega.Kata-kata Tengku Maisara memberi semangat kepada Tengku Faris untuk meneruskan hajatnya.
"Kalau dia anak jati taiping macam mana mama setuju ke"tanya Tengku Faris.
"Papa tak kisah anak jati ke,anak mas ke asalkan jangan anak ayam sudah"balas Tengku Adam sepontan tanpa menghiraukan Tengku Serimah di depan mereka.
"Dia cucu siapa"tiba-tiba Tengku Serimah bertanya dengan nada yang serius.
"Dia cucu nenek salimah"kata Faris suara nya seperti tidak mahu keluar.Tengku Serimah tiba-tiba tersenyum.
"Yang mana satu"sambung Tengku Serimah.
Pertanyaan Tengku Serimah membuat kan Faris terkedu,
'Mira ada adik-beradik lain ke,dia cakap nak charing dengan aku'bisik hati kecil Faris.
"Nama dia Siti Amirah"balas Tengku Musa apabila melihat Tengku Faris yang dari tadi diam terusan.
"Budak yang selalu korang kacau dulu masa kecil"tanya Tengku Serimah lagi.
"Ye la kot"jawab Tengku Musa kurang pasti.
"Bagus la tu Nenek pun berkenan dengan Amirah tu,dia rajin,cantik,sopan-santun,baik tak macam kakak tiri die tu si Lisa"balas Tengku Serimah memuji Amirah dan memerli Lisa.
"Bila kamu nak papa melamar dia"kata-kata Tengku Adam memberhentikan lamunan Tengku Faris.
"Ikut papa je la kalau ada masa pergi je la tapi sebelum Ris balik ke kolej tau"balas Tengku Faris.


#                 #                            #                


Majlis pertunangan Amirah dan Tengku Faris berlangsung dengan baik sekali.Tengku Maisara menyarung cicin yang bertatahkan berlian di atasnya di jari Amirah.Gembiranya sampai tidak terhingga Amirah di majlis itu,

'Akhirnya bertunang juga aku dengan Faris'bisik hati Amirah sendiri.
"Sayang tengah berangan apa tu"kata Tengku Faris pada Amirah dengan nada separuh berbisik.
"Tak ada apa-apa lah abang,abang tak balik ke dah nak senja ni"kata Amirah pada Tengku Faris.
"Abang nak balik lah ni,abang nak mintak izin tunang abang ni mana lah tahu dia tak kasi abang balik ke kan parah tu"kata Tengku Faris  menyindir Amirah dan ketawa terba hak-bahak.
"Ye lah Putera Faris hamba titahkan tuan hamba pulang sekarang."balas Amirah dengan geram lalu mencubit lengan Tengku Faris.
"Aduh,apa ni main cubit-cubit pulak"balas Faris sambil menggosok lengannya yang di cubit Amirah tadi.
"Okey la,abang balik dulu erk,sweet dream sayang"sambung Tengku Faris lalu pergi dari situ,bayangan Tengku Faris hilang di sudut ruang rumah Amirah.


        #                             #                     #                     #

Sudah sampai masa untuk Amirah balik ke hostel kerana cuti semesta satu sudah habis.
"Bila lagi Mira nak balik sini"tanya Nenek salmah pada cucunya itu.
"Rasanya tahun depan balik untuk cuti semesta dua la nek,nenek jangan la sedih nanti Mira balik punya la"tutur Amirah pada nenek nya dengan lembut.
"Mira jom la nanti terlambat pulak"laung Ros pada Amirah.
"Okey la nek Mira pergi dulu nanti kalau Mira dah sampai Mira telefon nenek"pujuk Amirah lalu memeluk neneknya dan menuju ke kereta Tengku Faris yang tidak jauh dari rumah neneknya.
Kereta Faris meluncur laju dikampung desa bersekutu sehingga ke hostel dengan laju kerana jalan tidak sesak.


          #                          #                   
             

"Salam cik berangan tengah berangan apa tu."tanya Ros dengan nada yang kuat membuat kan Amirah terkejut.
"Mana ada aku berangan aku Cuma teringatkan mak tiri aku je dah lama aku tak jumpa dia,aku rindu lah dengan dia"Kata Amirah dengan lembut.
"Kau rindu dia,dia rindu kau ke."kata Ros dengan selamba tanpa menghiraukan perasaan Amirah.
"Dah lah tu daripada kau rindu orang yang tak rindu kau,baik kau rindu orang yang rindu kau,kau dah telefon nenek ke,kalau belum lebih baik kau telefon nenek sekarang"sambung Ros lagi.
"Yelah,aku nak call lah ni"balas Amirah dengan nada tidak bersemangat pada Ros lalu Amirah menekan nombor telefon neneknya.



            #                          #                                     



"Kau dah telefon nenekkan? jom pergi kafe aku lapar lah"tutur Ros dengan manja pada Amirah. 
"Tak nak la kau pergi la sorang-sorang,jangan ganggu aku la"balas Amirah dengan tegas.
"Ala jom la aku belanja kau erk"rayu Ros lagi.
"Tak nak la pergilah ajak Abang Musa kau tu"ejek Amirah.
'Padan muka dia baru tahu macam mana aku merajuk'tutur Amirah didalam hati.
"Jom la Amirah,aku belanja apa je yang kau nak makan"pujuk Ros dengan manja.
"Janji erk kau nak belanja aku"akhirnya Amirah kalah juga dengan pujuk rayu Ros.
Mereka pun pergi ke kafe untuk makan,penat Ros memujuk Amirah untuk makan dengannya akhirnya nak juga Amirah makan dengannya.


         #                        #                                    


"Leganya dah kenyang"kata Amirah sambil menggosok perut nya yang leper itu.
"A’ah kan kenyang,esok kau pulak belanja aku tau"balas Ros.
"Ye esok aku belanja kau pulak,thanks tau sebab belanja aku tadi"jawab Amirah bersahaja.Tiba-tiba telefon Amirah menyalak,Amirah bingkas bangun menuju ke meja belajarnya dan mencapai telefonnya,tertera di skrin telefon Amirah nama Tengku Faris.Amirah menekan butang hijau untuk menjawab panggilan dari Faris.


      #                                           #                                 #                            #


"Assalamualaikum,ada apa Abang telefon Mira ni"terus Amirah bertanya pada Tengku Faris.
"Waalaikumusalam,Abang nak ajak Mira pergi taman,Abang nak jalan-jalan dengan Mira"terang Tengku Faris pada Amirah.
"Okey la Mira turun sekarang Abang tunggu tau"balas Amirah,lalu mematikan panggilan Tengku Faris tadi.
"Aku nak pergi taman kau nak ikut tak"ajak Amirah pada Ros.
"Tak nak la aku tak nak jadi busy body la"sindir Ros.
"Ye la tu,okey la aku pergi dulu"balas Amirah dan keluar dari biliknya.

Wednesday, January 4, 2012

BAB 1 : cukup sampai di sini

Nyamannya pagi yang indah  ini,Siti Amirah anak angkat tukang kebun masih lagi berkebun walaupun matahari sudah tegak di atas kepalanya.
"Mira sayang,jom balik nak,dah tengah hari ni"teriak Tok Mahmud.
"Baiklah Abah"

         #                #                  #               

"Ha balik jugak dua beranak ni,ingatkan tak tahu jalan balik"sindir mak timah selaku ibu angkat Amirah.
"Yang awak cakap macam tu kenapa,suka sangat saya dengan mira ni tak balik rumah!!"sergah abah.
"kalau si mira ni tak balik lagi bagus,tak lah saya nak masak untuk dia,yang awak beria-ia marah saya kenapa,dia ni bukannya anak awak,awak sepatutnya "baking" saya bukan marah saya"Omel mak timah panjang lebar.
"Walaupun dia bukan anak saya tapi saya bertanggungjawab jaga dia.Dia anak abang saya,dah la malas saya nak layan awak".kata Abah dan pergi dari situ.Amira yang tercegat di situ menahan sebak.
"Kau tunggu apa lagi!!!Pergi mandi jangan jejak kaki kau dekat dalam ni sebelum kau mandi.kalau tak buat aku dengan Abah bergaduh tak sah kan!!"jerkah Mak Timah.Amirah pun pergi dari situ dengan air mata yang bergelinangan terus ke bilik air.
"Kenapa Mak,riuh Lisa dengar dekat dalam bilik tadi"tanya Lisa dengan manja.
"Tak ada apa lah sayang,tu ha mira tu asyik nak buat mak dengan abah bergaduh je"terang Mak timah.
"Biarlah dia tu,biar Lisa yang ajar dia"kata Lisa dengan senyuman sinis


      wahai diari ku…hari ini abah dan mak bergaduh lagi di sebab kan aku…Ya Allah macam mana nie…aku tak nak mereka bergaduh lagi…mak dah banyak berjasa dengan aku…Ya Allah beri lah petunjuk mu tolong lah hambamu ini…


Amirah menutup diari nya selepas mendengar panggilan dari luar bilik nya,
"Woi!!kau ni pekak ke apa,aku panggil kau,kau tak dengar ke,kering tekak aku,suara aku dah la merdu karang jadi serak pulak sebab panggil kau yang pekak ni"marah Lisa bila Amirah lambat keluar.
"Kenapa Lisa"tanya Amirah dengan lembut.
"Turun makan,asyik duduk dalam bilik je macam puteri pulak nak kena panggil" sambung Lisa lagi dan terus ke arah dapur . 
"Mama Lisa dah panggil budak tu"kata Lisa selamba tanpa menghirau Abah di depan nya. 
"Abah tak suka Lisa panggil Amira macam tu,dia kan ada nama,nama dia Amirah faham!!"sergah tok mahmud pada Lisa. 
"Ada apa ni abah"tanya Amirah dengan lembut.
"Tak ada apa lah Mira,mari makan"Pelawa Abah pada Amirah.
"Abah,Mira rasa nak duduk asrama lah"kata Amirah lalu menyuap nasi di dalam  mulutnya.
"Kenapa ,Mira dah  tak suka duduk dengan abah ke,pasal mak  timah ni kamu jangan ambil hati sangat,dia orang memang macam tu"kata abah sambil menyindir isterinya.
"Awak kenapa nak menyindir orang pulak"Marah Mak Timah pada suaminya
'Sindir aku pulak'rungut hati Mak timah.
"Tah Abah ni asyik nak sindir kita orang je"celah Lisa.
"Alah Abah boleh la erk"pujuk Amirah.
"okey,tapi dua minggu sekali mesti balik tau,dan belajar bersungguh-sungguh tau"kata Abah dia tidak mahu anak abangnya tu jadi orang yang tak berguna.
"Baiklah,Mira janji"kata Amirah dan mengangkat  tangan  nya.
"Dah makan nanti sejuk pulak lauk tu"kata Abah dengan senyuman segaris.

         #               #                #               # 

"Woi nenek berangan tersenyum apa tu,teringatkan sapa  tu,Abang Faris ke"sindir ros yang melihat Amirah asyik mengelamun dari tadi.
"Aduh kau ni bagilah salam dulu,terkejut aku tau"marah Amirah pada Ros.
'Nasib aku tak ada sakit jantung'Rungut hati Amirah.
"Aku dah bagi salam kau je tak dengar,kau dah sampai mana marikh,bulan,pluto ke matahari"kata Ros sambil tersenyum.
"Aku teringat kan Abah lah,kan bagus kalau Arwah Abah ada,aku rindulah dekat abah"jawab Amirah sedih,matanya dah berkaca.
"Don’t be sad my dear,okey jom pergi café,aku belanja kau"kata Ros yag menukar channel pencakapan mereka
"Okey la,jap aku pakai tudung dulu"selepas mereka bersiap-siap,Amirah dan Ros pun turun ke café.

       #                   #               #                     # 

"Eh Lisa tu adik kau kan"kata Risa kepada Lisa.
"Sejak bila aku ada adik ha!"gertak Lisa kepada Risa.
"Ops…terlepas cakap pulak sorry"sengih Risa kepada kawannya itu.
"Jom kita pergi serang dia orang tu"ajak Lisa lalu menarik tangan Risa.

#                                    #                                                                         #  

"Bla kau dari sini,ini meja aku faham"sergah Lisa pada Amirah dan Ros yang makan di bawah pondok berhampiran dengan café.
"Meja kau,setahu aku meja ni tak ada nama kau pun"sindir Ros.Muka Lisa sudah merah sebab marah kepada Ros.
"Kau ni kan sama aje dengan si Amirah ni suka buat aku marah"Jawab Lisa sambil tangannya mencekak pinggangnya sendiri.
"Apa riuh rendah ni". Tanya Musa seorang senior di kolej mereka itu.
"Eh…Abang Musa tak ada apa-apa lah,Lisa Cuma nak hak Lisa je"tutur Lisa dengan manja.
"Hak Lisa…mana hak Lisa"tanya Musa yang keliru. 
"Mira ni Lisa nak duduk sini,tapi dia marah Lisa pulak,dia tak kasi Lisa duduk sini"Jawab Lisa sambil menunding jari pada Lisa.
"Mana ada Amirah  marah kau,kau yang marah dia ada lah,lebih-lebih pulak minah ni karang aku siku kang baru tahu"balas Ros yang menunjuk sikunya itu.
"Hai bro apahal ni"sergah Faris kawan kepada Musa.
"Dah la tu Ros jom kita ke perpustakaan,kan kita dah habis makan"balas Amirah lalu menarik tangan Ros dan berlalu dai situ tanpa menghiraukan Musa dan Faris disitu.

     #                       #                     #                    #
       

"Kau bagi sangat muka dekat minah tadi tu,Lisa tu makin lama makin naik kaki dia dekat atas kepala kau,kalau aku jadi kau dah lama aku sepak terajang  tua"berhujah Ros di hadapan Amirah. 
"Dah lah tu aku rasa tak lama lagi mungkin dia akan berubah"terang Amirah kepada Lisa untuk menenangkan hati Ros.
"Kau cari tempat duduk…aku nak cari buku"kata Amirah lalu bayang nya hilang di celah-celah rak buku    


 #                #                     #                   

"Amboi baca buku apa tu"sergah  Faris yang melihat Amirah yang asyik membelek buku di rak-rak buku itu.Disebabkan terkejut Amirah hampir terjelupuk jatuh di atas lantai nasib Faris sempat menyambut nya.
"Aduh"jerit Amirah pelahan.
"Eh Fa…Faris,Faris buat apa dekat sini"Tanya Amirah tergagap-gagap.
"Sorry la abang ingatkan Mira tak terkejut tadi"kata   Faris lembut.
'Abang,dia gelar diri dia abang,eeee'kata hati Mira.
"Kenapa sayang pandang abang macam tu,ada apa-apa yang abang buat dekat Mira,sampai Mira pandang abang macam tu"tanya Faris panjang lebar.
"Tak ada apa-apa lah,Mira pergi dulu"kata Amirah lalu merampas buku di tangan Faris.
"Kejap Mira,Mira…Mira boleh tak  bagi nombo fon Mira"lembut suara Faris memanggil nama Amirah.
"Boleh..tapi nanti apa  pulak kata Ros" terang Amirah.
"Ala kita charing la…okey abang janji tak bagi tahu sapa- sapa…sayang  please"pujuk Faris.
"Okey Faris bagi nombo Faris nanti Mira SMS dekat Faris"terang Amirah dengan senyuman yang menawan membuatkan hati Faris berasa lega sangat.
"Nanti  Mira jangan panggil  abang Faris…panggil  abang  je tau"terang Faris lalu  pergi dari situ.

#                                    #                                     #

"Woi nenek kebayan tersenyum apa tu,teringatkan si Faris ke"sindir Ros yang melihat gelagat Amirah yang asyik mengelamun dari tadi.

'Mana dia tahu yang aku teringatkan abang Faris'bisik hati Mira.
"Tadi dekat perpustakaan,aku terdengar perbualan kau dengan abang Faris ,bestnya siap bersayang-sayang lagi tu,berabang-abang pulak tu,eh dia bagi kau nombo fon dia kan bagi lah aku,aku pun nak ngurat dia juga,dia ensemkan"sindir Ros sudah keterlaluan sampai merah muka Amirah Ros buat.
"Kau ni mana ada aku nombo dia"bohong Amirah yang cuba menyembunyi kan penafian Ros tadi.

"Tot..tot..tot..tot"telefon Amirah berbunyi.

'Aduh Faris ni time-time macam ni la dia nak mesej aku'bisik hati Amirah.
"Ha tu mesti abang Faris yang mesej"kata Ros lalu mencapai telefon Amirah.
"Wei apa ni bagi balik enfon aku tu."Mereka berdua saling berkejaran sehingga ke parking kereta di hadapan hostel mereka.

        HAI SAYANG,OKEY ABANG TUNGGU DEKAT KAFE

        OKEY  =)

"Eee..bersayang lagi tu.Jom la pergi kafe Abang Faris dah tunggu tu"kata Ros selamba lalu menarik tangan Amirah sampai ke kafe.


"Hai Abang Faris,ni Ros bawak kan kekasih hati Abang Faris ni,okey la Ros balik hostel dulu,Ros bagi pinjam sekejap je tau,bukan kasi terus tau"sindir Ros pada Tengku Faris.

"Baiklah,tapi kalau terbawak balik macam mana,Ros nak buat apa dengan abang Faris"lawak Tengku Faris membuat muka Amirah  menjadi merah.
"Suka hati Abang la,Ros tak kisah"sindir Ros.
"Apalah kau ni tak sayang kawan la"malu-malu kucing Amirah dibuatnya.
"Okey la Abang Faris Ros balik dulu ye,jangan lewat tau"kata Ros lalu pergi dari situ.

"BYE"balas Tengku Faris sambil melambai tangannya.

#                #                     #                # 

"Abang jumpa sayang sebab abang ada perkara tanya dekat sayang"kata Tengku Faris.
"Apa lah Faris ni,jangan panggil Mira macam tu"kata  Amirah yang dah tunduk kan kepala nya.Faris dah ketawa melihat gelagat Si Amira.
"Kenapa tak selesa ke,kan abang sayang Mira salah ke abang cakap macam tu,kalau Mira tak selesa tak apa lah nanti abang cuba panggil sayang Mira"rajuk Tengku Faris buat-buat. 
"Bukan apa,kalau kita jumpa dekat kolej janganlah panggil Mira macam tu,malulah Mira nanti,nanti kawan-kawan Mira cakap apa pula,lebih-lebih lagi Si Ros tu"pujuk Amirah yang memberi cadangan pada Tengku Faris.
"Okey boleh tapi sayang jangan panggil abang Faris panggil abang je dah la erk"pujuk Tengku Faris pulak pada Amira dengan nada yang manja.
"Baiklah Faris..eh Abang"tersasul Amirah dibuatnya nak memanggil Faris.Tengku Faris hanya ketawa kecil mendengar kesasulan Amira tadi.

   Diari ku…gembira sungguh hati ini bila melihat Faris bergelak ketawa dengan ku…aduhai Faris dah buat aku cair-mair…tapi  kedatangan  Lisa  meragut kegembiraan kami tadi…hampir saja perang dunia ke-tiga antara aku dengan Lisa …tapi nasib baik Faris melegakan aku yang  seperti gunung merapi  hendak meletus…Diari ku aku berasa tenang bila bersama Faris…aku seperti pernah lihat muka Faris tapi dekat mana mungkin kebetulan saja kot…

      #               #                    #                  # 

"Kau ni memang tak tahu malukan Mira,Abang Faris pun satu yang pilih Mira yang 'sekehen' ni kenapa,Lisa kan ada,lagi cantik,lagi putih dari Mira ni"kata-kata Lisa menusuk hingga ke kepala Tengku Faris.
"Dah lah Mira jom kita pergi makan dekat tempat lain"jerkah Tengku Faris.
"Tak baik kita tinggal kan rezeki,membazir nama nya"pujuk Amirah.
"Kau ni tak payahlah nak buat-buat baik depan aku"balas Lisa selamba lalu mengetuk-etuk meja makan dengan sudu,semua tetamu yang makan memandang dan membuat Amirah hilang sabar.Amirah bangun dan ingin menampar muka Lisa yang cantik molek tu,tapi tangan Amirah di halang oleh Tengku Faris.Tengku Faris memegang jari Amirah lalu pergi dari situ tanpa menghiraukan Lisa yang berdiri di situ.
"Abang nak bawak Mira ke mana"tanya Amirah.
"Sayang kita pergi jalan-jalan erk,abang nak senangkan jiwa abang yang kalut sebab Lisa tadi"balas Tengku Faris selamba.
"Woi nenek berangan dah-dah lah berangan tu,tido lah".
'Dalam tido pun boleh bercakap'bisik hati Amirah.

       #                   #                         #            
Dah 8 bulan Amirah belajar di kolej.Hubungan Amirah dengan Faris pun semakin rapat.Seminggu lagi mereka semua akan balik ke rumah masing-masing,sedang asyik membaca buku rujukan,telefon Amirah berbunyi. 
''Assalamualaikum,Mira ada"tanya Faris.
''Waalaikummussalam, Abang ada apa telefon malam-malam ni’’tanya Amirah balik.
'Selalunya Abang Faris tak pernah telefon aku malam-malam'. "Saja je,sayang tengah buat apa"tanya Tengku Faris.
"Er,tengah cakap dalam telefon dengan abang la"lawak Amirah dah mula dah.
"Hahaha…apa lah sayang ni,oh ya sayang,sayang nanti hujung minggu nih sayang balik dengan siapa"tanya Tengku Faris. 
"Mira balik dengan Ros,lagipun kita orang sekampung"balas Amirah dengan nada yang manja.
"Kampung sayang dekat mana,mana lah tahu kalau satu jalan boleh la abang tumpangkan"terang Tengku Faris.
'Faris makin lama,makin mengada-ngada'bisik  hati Amirah. 
"Kampung Mira dekat kampung desa bersekutu la Abang"dengan yakin Amirah memberi tahu Tengku Faris.
"La kebetulan la kampung Abang pun dekat situ,kenapa tak cakap awal-awal sayang"gembira hati Tengku Faris dibuatnya mana taknya. Balik kampung nanti dengan kekasih hati nya.
"Okey la abang,Mira dah mengantuk ni kita bincang esok je lah erk"balas Amirah.
"Okey good night sayang".


       #                                                        #                                          #

"Kau biar betul kita nak balik kampung dengan abang Musa dan abang Faris"teruja dibuatnya Ros.
"A’ah,hari tu Faris telefon dia tanya kampung aku dekat mana,aku cakap la dekat kampung desa bersekutu kat taiping"belum sempat Amirah menghabis ayatnya Ros dah pun pergi memanjat tangga menuju ke tingkat atas hostel. 
"Aaa....bestnya balik kampung dengan orang-orang yang ensem-ensem,lalala…"suara  Ros memecah kesunyian di hostel itu. 
'Aku fikir dia tak nak pergi malangnya dapat kawan macam ni'bisik hati Amirah. 

#                            #                              #                       #                        

"Abang Faris dengan Abang Musa ni  dah lama ke berkawan"tanya Ros.
"A’ah kami berkawan dari sekolah rendah lagi"balas Musa. "Abang Faris ni tengkukan takkan ada kampung kat sini kot"tanya Ros berlebihan.Pertanyaan Ros membuatkan Amirah hampir tidak bernafas.
"Teng…Tengku…tapi abang tak cakap pun yang abang berdarah kan tengku…dan anak tengku"tanya Amirah tergagap-gagap. "Sebenarnya abang nak bagi tahu tapi…tapi".kata Tengku Faris di celah oleh Amirah.
"Tapi apa abang …abang cakap nak sharing dengan Mira tapi kenapa abang tak sharing dengan Mira pasal ni"belum sempat Faris menerus kan ayat nya Amirah sudah menyampuk.
"Mira dengar dulu apa yang abang nak cakap kan ni"kata Faris "Mira betul cakap Faris"Musa yang mem"baking" Tengku Faris. "Abang sebenarnya nak tengok Mira berkawan dengan abang sebab apa,ramai perempuan dekat luar sana yang pandang hanya harta abang je,tapi Mira tak pandang semua tu,Mira hanya pandang Abang je kan bukan harta abang kan,sekarang ni abang balik kampung pun sebab abang nak melamar Mira untuk jadi tunang abang…abang nak jumpa orang tua sayang…maaf kan abang erk"jelas Tengku Faris sambil memujuk Amirah.
"Kali ni Mira maaf kan abang tapi kalau lain kali Mira tak maaf kan abang…nanti break je tau"ugut Amirah pada Tengku Faris. "Okey sayang abang janji"kata Tengku Faris sambil tangan nya membuat tabik.

#                            #                                                   #     

''Assalamualaikum nenek,ni Mira"salam Amirah memecah kan kesunyian rumah kampung itu.
"Waalaikummussalam,Mira cucu nenek,meh masuk bawak teman tu sekali"pelawa nenek salmah.
"Baiklah nenek,Ros panggil Abang Faris dengan Abang Musa tu naik"teriak Amirah pada Ros yang dari tadi asyik mengeluar kan beg nya dari kereta Tengku Faris.
'Susah nya Ros ni macam tak biasa dengan keluarga aku nie,sampai nak kena jemput naik pulak'bisik hati kecil Amira. "Abang Musa ajak Abang Faris naik nenek buah hati dia panggil"selamba saja Ros bertutur kepada Musa dan Tengku Faris.