Saturday, January 7, 2012

BAB 2 : Cukup Sampai Di Sini

"Kau biar betul Ris,kau nak melamar Si Mira tu,mak bapak kau dah tahu ke"terkejut Musa tak habis dari tadi bila mendengar ayat kawannya tadi.
"Ye la aku memang nak Mira tu  jadi tunang aku dan isteri aku,pasal mak bapak aku kau jangan risau la aku akan pujuk dia orang,kau pun nanti 'baking' aku tau"rayu Tengku Faris pada Musa.Dia memang nak kan Amirah tu,bagi Faris,Amirah tu bidadari hanya untuk dia sahaja.
"Okey no problem kalau kau dah cakap macam tu"kata Musa membuat kan lagi semangat Tengku Faris.


      #                  #                  #                    # 


"Ha balik pun anak mak ni,eh Musa pun ada,mak kamu pun ada dekat dalam tu,masuk lah"pelawa Tengku Maisara.Mereka mengangkat beg naik ke tingkat atas buat masa ni Musa tinggal dengan Faris sebab ada kerja yang mereka nak buat bersama.
"Tengku Faris meh sini turun,ajak Tengku Musa sekali"panggil Mak Semah selaku salah seorang pembantu rumah itu,separuh menjerit dibuat nya Mak Semah memanggil seseorang dari tingkat tiga.
"Baiklah Mak Semah"balas Tengku Faris dengan nada yang sama.


#                                  #                                    #                              #


Selepas selesai solat maghrib mereka pun turun ke ruang makan.Selalunya semasa makan keluarga Tengku Faris  tidak akan bersuara,kata neneknya tak sopan kalau makan sambil bercakap.Tapi bila lagi dia akan bercakap mungkin sebentar lagi pak longnya dah balik.Tengku Faris cuba memberanikan diri,dan akhirnya mula bercakap.
"Mama,papa,nenek,mak long,pak long,Ris balik ni ada benda nak bincang"tutur Tengku Faris,suaranya semakin hilang.
"Apa yang nak Ris bincang kan ni mesti pasal perempuan"teka Tengku Adam.
"Sebenarnya Ris nak bertunang,mama dan papa bagi ke"balas Tengku Faris selamba lalu mengunyah makanan di depan nya itu.
Hampir tersedak Tengku Maisara dengan jawapan Tengku Faris tadi,nasib ada air di depan nya cepat-cepat dia mencapainya lalu meneguk air itu. 
''Kamu nak bertunang dengan siapa,siapa yang bertuah tu dapat anak mama ni,mama tak kisah asal-usul dia asal kan anak mama ni bahagia"balas Tengku Maisara selepas lega.Kata-kata Tengku Maisara memberi semangat kepada Tengku Faris untuk meneruskan hajatnya.
"Kalau dia anak jati taiping macam mana mama setuju ke"tanya Tengku Faris.
"Papa tak kisah anak jati ke,anak mas ke asalkan jangan anak ayam sudah"balas Tengku Adam sepontan tanpa menghiraukan Tengku Serimah di depan mereka.
"Dia cucu siapa"tiba-tiba Tengku Serimah bertanya dengan nada yang serius.
"Dia cucu nenek salimah"kata Faris suara nya seperti tidak mahu keluar.Tengku Serimah tiba-tiba tersenyum.
"Yang mana satu"sambung Tengku Serimah.
Pertanyaan Tengku Serimah membuat kan Faris terkedu,
'Mira ada adik-beradik lain ke,dia cakap nak charing dengan aku'bisik hati kecil Faris.
"Nama dia Siti Amirah"balas Tengku Musa apabila melihat Tengku Faris yang dari tadi diam terusan.
"Budak yang selalu korang kacau dulu masa kecil"tanya Tengku Serimah lagi.
"Ye la kot"jawab Tengku Musa kurang pasti.
"Bagus la tu Nenek pun berkenan dengan Amirah tu,dia rajin,cantik,sopan-santun,baik tak macam kakak tiri die tu si Lisa"balas Tengku Serimah memuji Amirah dan memerli Lisa.
"Bila kamu nak papa melamar dia"kata-kata Tengku Adam memberhentikan lamunan Tengku Faris.
"Ikut papa je la kalau ada masa pergi je la tapi sebelum Ris balik ke kolej tau"balas Tengku Faris.


#                 #                            #                


Majlis pertunangan Amirah dan Tengku Faris berlangsung dengan baik sekali.Tengku Maisara menyarung cicin yang bertatahkan berlian di atasnya di jari Amirah.Gembiranya sampai tidak terhingga Amirah di majlis itu,

'Akhirnya bertunang juga aku dengan Faris'bisik hati Amirah sendiri.
"Sayang tengah berangan apa tu"kata Tengku Faris pada Amirah dengan nada separuh berbisik.
"Tak ada apa-apa lah abang,abang tak balik ke dah nak senja ni"kata Amirah pada Tengku Faris.
"Abang nak balik lah ni,abang nak mintak izin tunang abang ni mana lah tahu dia tak kasi abang balik ke kan parah tu"kata Tengku Faris  menyindir Amirah dan ketawa terba hak-bahak.
"Ye lah Putera Faris hamba titahkan tuan hamba pulang sekarang."balas Amirah dengan geram lalu mencubit lengan Tengku Faris.
"Aduh,apa ni main cubit-cubit pulak"balas Faris sambil menggosok lengannya yang di cubit Amirah tadi.
"Okey la,abang balik dulu erk,sweet dream sayang"sambung Tengku Faris lalu pergi dari situ,bayangan Tengku Faris hilang di sudut ruang rumah Amirah.


        #                             #                     #                     #

Sudah sampai masa untuk Amirah balik ke hostel kerana cuti semesta satu sudah habis.
"Bila lagi Mira nak balik sini"tanya Nenek salmah pada cucunya itu.
"Rasanya tahun depan balik untuk cuti semesta dua la nek,nenek jangan la sedih nanti Mira balik punya la"tutur Amirah pada nenek nya dengan lembut.
"Mira jom la nanti terlambat pulak"laung Ros pada Amirah.
"Okey la nek Mira pergi dulu nanti kalau Mira dah sampai Mira telefon nenek"pujuk Amirah lalu memeluk neneknya dan menuju ke kereta Tengku Faris yang tidak jauh dari rumah neneknya.
Kereta Faris meluncur laju dikampung desa bersekutu sehingga ke hostel dengan laju kerana jalan tidak sesak.


          #                          #                   
             

"Salam cik berangan tengah berangan apa tu."tanya Ros dengan nada yang kuat membuat kan Amirah terkejut.
"Mana ada aku berangan aku Cuma teringatkan mak tiri aku je dah lama aku tak jumpa dia,aku rindu lah dengan dia"Kata Amirah dengan lembut.
"Kau rindu dia,dia rindu kau ke."kata Ros dengan selamba tanpa menghiraukan perasaan Amirah.
"Dah lah tu daripada kau rindu orang yang tak rindu kau,baik kau rindu orang yang rindu kau,kau dah telefon nenek ke,kalau belum lebih baik kau telefon nenek sekarang"sambung Ros lagi.
"Yelah,aku nak call lah ni"balas Amirah dengan nada tidak bersemangat pada Ros lalu Amirah menekan nombor telefon neneknya.



            #                          #                                     



"Kau dah telefon nenekkan? jom pergi kafe aku lapar lah"tutur Ros dengan manja pada Amirah. 
"Tak nak la kau pergi la sorang-sorang,jangan ganggu aku la"balas Amirah dengan tegas.
"Ala jom la aku belanja kau erk"rayu Ros lagi.
"Tak nak la pergilah ajak Abang Musa kau tu"ejek Amirah.
'Padan muka dia baru tahu macam mana aku merajuk'tutur Amirah didalam hati.
"Jom la Amirah,aku belanja apa je yang kau nak makan"pujuk Ros dengan manja.
"Janji erk kau nak belanja aku"akhirnya Amirah kalah juga dengan pujuk rayu Ros.
Mereka pun pergi ke kafe untuk makan,penat Ros memujuk Amirah untuk makan dengannya akhirnya nak juga Amirah makan dengannya.


         #                        #                                    


"Leganya dah kenyang"kata Amirah sambil menggosok perut nya yang leper itu.
"A’ah kan kenyang,esok kau pulak belanja aku tau"balas Ros.
"Ye esok aku belanja kau pulak,thanks tau sebab belanja aku tadi"jawab Amirah bersahaja.Tiba-tiba telefon Amirah menyalak,Amirah bingkas bangun menuju ke meja belajarnya dan mencapai telefonnya,tertera di skrin telefon Amirah nama Tengku Faris.Amirah menekan butang hijau untuk menjawab panggilan dari Faris.


      #                                           #                                 #                            #


"Assalamualaikum,ada apa Abang telefon Mira ni"terus Amirah bertanya pada Tengku Faris.
"Waalaikumusalam,Abang nak ajak Mira pergi taman,Abang nak jalan-jalan dengan Mira"terang Tengku Faris pada Amirah.
"Okey la Mira turun sekarang Abang tunggu tau"balas Amirah,lalu mematikan panggilan Tengku Faris tadi.
"Aku nak pergi taman kau nak ikut tak"ajak Amirah pada Ros.
"Tak nak la aku tak nak jadi busy body la"sindir Ros.
"Ye la tu,okey la aku pergi dulu"balas Amirah dan keluar dari biliknya.

No comments:

Post a Comment