Sunday, March 23, 2014

Bab 19 : Cukup Sampai Di Sini

"Saya di mana?"tanya Amirah pada jururawat itu.
"Em Puan Amirah berada di hospital"jawap jururawat.
"Hospital?"balas Amirah dengan perasaan pelik.
"Dilla awak keluar dahulu"arah doktor muda itu.
"Amirah,ingat saya?"tanya Doktor itu.
"Maaf saya tak kenal"jawap Amirah acuh tak acuh.
"Tak mungkin awak lupa saya"balas Doktor muda itu dengan yakin.
"Awak nak apa dari saya?"tanya Amirah dengan meninggikan suaranya.
"Kembali pada saya"balas doktor muda itu.
"Cukup saya kenal awak dahulu Redzuan"jawap Amirah.
"Saya tahu awak tak bahagia,saya mampu bagi kebahagiaan kepada awak Mira"balas Amir Redzuan.
"Cukup la! kita dah tak ada hubungan apa-apa.Mira pun dah lupa semua tu,jangan bagi Mira ingat lgi kecurangan yang Redzuan lakukan"terang Amirah pada doktor muda dihadapannya itu.
"Haih,Mira rest dulu apa-apa hal panggil Zuan ye"balas Amir Redzuan.
Amir Redzuan bangun menuju ke muka pintu lalu melangkah lemah ke bilik persendiriannya.

#                                           #                                         #                                           #

"Pak Mali mana Amirah?"tanya Tengku Faris Farriel selepas melihat susuk tubuh tua itu di bangku kaunter hospital.
"Dia ada di wad,dia dah sedarkan diri.Pak Mali nak mintak maaf sebab  Pak Mali terlanggar Mira masa hendak pulang ke kampung"jelas Pak Mali dengan nada rendah.
"Tak mengapalah,Mira pun sudah dijumpai.Terima kasih Mali"ucap Pak Usop.
"Wad Mira yang mana satu Pak Mali?"tanya Tengku Faris Farriel.
"Ha' jom"ajak Pak Mali lalu melangkah ketingkat 3 hospital.

#                                            #                                              #                                        #

"Macam mana boleh lari? apa aku nak cakap dengan keluarga aku nanti ha! mangku tingkat lah korang ni"jerkah Tengku Farisha pada konco-konco nya.
"Kami tak sedar dia lari,kami dah cuba keja tapi dia hilang entah kemana"terang salah seorang dai konco-konconya.
"Bengong!! perempuan kecik tu pun korang boleh lepaskan.Apa guna aku baya gaji korang mahal-mahal ha? bahalol la!"kata Tengku Farisha meninggikan suaranya.
"Sekarang apa kita nak buat?"tanya Tengku Farisha.
"Jawaplah bahalol!!"jerkahnya lagi.
"Ka..kami tak tahu Puan"jawap Asman.
"Anitaa aku nak kau teruskan kerja mengayat adik aku tu.Biar sampai dia kahwin dengan kau"arah Tengku Farisha pada Anita.
"Tapi kau kena tolong aku juga"jawap Anita.
"Tolong apa?"tanya Tengku Farisha.
"Carikan bomoh yang handal untuk tundukkan adik kau tu."jawap Anita sambil bermain dengan anak rambutnya.
"Itu benda mudah,aku dah ada benda tu"jawap Tengku Farisha.
"Good"balas Anita dengan senyuman penuh makna.
"Korang aku nak pergi ubah muka korang tu,pasal diri aku aku tahu nak settlekan.Kalau korang lari dari aku,siap!"perintah Tengku Farisha dengan arahan yang tegas.
"Baik Puan"jawap konco-konconya lalu bangun meninggalkan gudang itu.

#                                                 #                                  #                                        #

'Tok Tok Tok' terdengan pintu bilik wadnya diketuk.
"Sayang"panggil Tengku Faris Farriel lalu menjonggolkan kepalanya disebalik pintu itu.
"Abang"jawap Amirah lalu mengesat air matanya.
"Jangan nangis sayang,Abang ada dekat sini"kata Tengku Faris Farriel lalu memeluk Amirah dengan penuh erat.
"Mira takut"jawap Amirah sepatah yang memilukan hati semua yang berada di dalam wad itu.
"Shhh abang ada ni,abang tak tinggalkan Amirah sorang-sorang dah"kata Tengku Faris Farriel perlahan.
"Amirah sayang abang"jawap Amirah lalu mengeratkan lagi dakapan suaminya.
"Ehem!"seseorang berdehem di balakang.
"Eh lupa pulak dorang pun ada sama"kata Tengku Faris Farriel sambil tersenyum sumbing.
"Mana nak ingatkan dah jumpa bini kesayangan"balas Tengku Maisara sambil memeluk menantunya.
"Itulah excited sangat nampak langsung lupa kita"sambung Tengku Adam Aris.
"Assalamualaikum"suara dari belakang menyentakkan perbualan mereka sekeluarga.
"Saya Dato' Amir Redzuan doktor yang merawat Siti Amirah"ucap Amir Redzuan sambil memandang tepat kearah mata Siti Amirah.
"Aku Tengku Faris Farriel bin Tengku Adam Aris suami kesayangan Siti Amirah,terima kasih sebab merawat isteri aku"balas Tengku Faris Farriel lalu berjabat tangan dengan Amir Redzuan.
"Eh Zuan,kamu ke? hampir terlupa Pak Usop dengan muka kamu.Makin hensem"celah Pak Usop.
"Mana ada Pak Usop makin tua adalah"seloroh Amir Redzuan.
'Diakan mamat dalam gambar dengan Amirah tu'bisik hati kecil Tengku Faris Farriel.
"Puan Amirah memerlukan istirehat yang banyak jadi dia perlu duduk disini selama seminggu untuk pemerhatian hospital"kata Amir Redzuan.
"Kalau macam tu biar Ris jaga Mira la."balas Tengku Faris Farriel.
"Bagus juga,dekat sikit buah hati dia ni.Tak adalah nanti ada yang mati kelaparan kan Ris"celah Tengku Maisara sambil mengusap belakang badan anaknya.
"Kalau tak ada apa-apa lagi saya minta izin untuk undur diri"kata Amir Redzuan sambil beralih arah anak matanya kepada Amirah.
"Baiklah doktor terima kasih"jawap Tengku Adam Aris yang kehairanan dengan sikap doktor muda itu sejak dari tadi.
Amir Redzuan terus melangkah keluar dari wad itu di sebabkan tidak sanggup melihat kemesraan Amirah dengan suaminya.
'Kau tak akan mungkin bahagia'ucap hati jahat Amir Redzuan.

#                                        #                                      #                                              #

"Macam mana aku nak dapatkan dia ye?"kata Anita sendirian.
"Erm,aku call dia kejaplah"katanya lagi lalu mendail number Tengku Faris Farriel.
"Hello"
"Hai sayang,haha I gurau je lah"
"Jom meet I lama tak borak dengan U"
"Dekat hospital? Jaga Mira?"

"Ala kejap je"
"Please...."
"Okey tempat biasa I tunggu U dalam 15 minit okey"
"Bye Loveu haha"

Anita terus mematikan talian selepas Tengku Faris Farriel mematikan taliannya.
"Kau dalam perjalanan memakan perangakap aku Faris,kau milik aku selamanya"kata Anita lalu menyiapkan dirinya.

#                                                    #                                             #                                    
"Sayang abang nak jumpa kawan sekejap boleh?"tanya Tengku Faris Farriel pada Amirah.
"Jangan lama-lama tau abang"jawap Amirah lalu tersenyum.
"Abang janji tak lama,jangan risau tau"balas Tengku Faris Farriel.
"Abang pergi dulu sayang jaga diri tau"kata Tengku Faris Farriel lalu keluar dari wad Amirah.

#                                         #                                           #