Saturday, November 3, 2012

BAB 7 :Cukup Sampai Di Sini

"Amirah tunggu saya"Kata Danial tercungap-cungap.
"Awak nak apa Danial,saya dah kata saya tak suka awak saya hanya nak berkawan dengan awak sahaja"Kata Amirah lalu berjalan laju hadapan.
"Tapi Amirah kenapa sayang"Tanya Danial dengan nada yang sayu.
"Ni mesti awak ada afair dengan Tengku itu kan"Sambungnya dengan nada yang tinggi.
"Apa yang awak merepek ni,saya dengan Tengku Faris tak ada hubungan apa-apa"Balas Amirah dengan perasaan marah.Dia sudah terserlah dia dengan Tengku Faris tiada hubungan sulit apa-apa kenapa harus dibangkitkan kisah lama.
"Amirah tungg..."Tersekat di kerongkong suara Danial apabila melihat Tengku Faris berada dihadapan mereka.Pandangan tajam Tengku Faris tajam kearah Danial.
"Saya nak bercakap dengan awak Amirah"Ulas Tengku Faris lalu berjalan masuk kesebuah cafe yang berdekatan.Amirah hanya mengikut di belakangnya sahaja.

"Saya datang sini sebab saya nak uruskan perniagaan itu,saya harap awak bagi kerjasama"Kata Tengku Faris.

"Tapi bos kata dengan saya,saya dan Danial yang uruskan perniagaan ini"Tanya Amirah.
"Ya itu yang saya kata dahulu,tapi selepas dititikberatkan saya tak mahu awak rapat dengan Danial"Balas Tengku Faris selamba.
"Tapi dia kawan sepejabat saya Tengku Faris"Kata Amirah.
"Saya kata jangan rapat janganlah"Tegas arahan Tengku Faris kepada Amirah.
"Awak tahu tak awak dan saya sudah tak ada apa-apa kenapa awak nak halang saya untuk berkawan dengan siapapun."Sambung Amirah berang dengan arahan Tengku Faris itu.
"Saya ada hak untuk halang awak sebab awak akan jadi isteri saya tidak lama lagi,noktah saya kata jangan rapat dengan Danial,jangan rapat faham!!!"Sesudah berkata Tengku Faris segera bangun lalu pergi dari cafe itu.

#                        #                       #                      #                     



"Amirah I nak cakap sikit dengan you"Kata Danial dengan lembut.

"You ni kelaka la cakap la apa,macam sebelum ni tak bercakap dengan I pulak"Kata Amirah lalu gelak kecil.
"Erm awak dah berpunya ke Amirah??"Tanya Danial dengan terang dihadapan Amirah.
"Er,saya belum berpunya lagi tapi kenapa Danial?"Kata Amirah lalu bertanya mengenai soalan itu tadi.
"Saya nak bagi tahu awak sesuatu saya harap awak terima"Kata Danial pantas berdiri di hadapan Amirah.Amirah yang terkejut dengan aksi Danial itu kaku berdiri.

"Sudikah awak jadi teman hidup saya"Kata Danial lalu melutut dihadapan Amirah.Sambil itu Danial mengeluarkan sebentuk cincin didalam poket bajunya.

"Danial maafkan saya,saya hanya menganggap awak sebagai kawan sepejabat saya sahaja,tidak lebih tidak kurang.Maafka saya"Kata Amirah tapi masih berdiri dihadapan Danial.
"Tapi awak saya suka awak,please Amirah terima saya"Kata Danial lalu mencapai jari runcing Amirah.
"Danial stop it please saya anggap awak kawan sahaja"Sambung Amirah lagi.
"Amirah maaf saya sudah anggap kita sudah lebih"Kata Danial lalu bangun da ingin memegang bahu Amirah tapi gagal.Amirah pantas berjalan keluar dari cafe itu dan Danial sudah memanggil nama Amirah di belakang.

"Amirah..."Panggilan itu telah mengembalikan Amirah kealam dunia semula selepas mengingati peristiwan semalam.Terlihat Danial sudah tercenggat dihadapan Amirah.

"Awak nak apa Danial?"Tanya Amirah.
"Saya nak mintak maaf pasal kejadian semalam,saya tahu saya tak patutnya luahkan apa-apa pada awak,saya tahu saya tak akan dapat awak sebab awak dah ada Tengku Faris."Kata Danial dengan nada yang sedih.
"Sudah lah Danial saya hanya anggap awak sebagai kawan saya sahaja tak lebih dan tak kurang"Jawap Amirah.
"Ini porposal yang awak kena bentangkan nanti dengan Tengku Faris"Ulas Amirah panjang.
"Tengku Faris?? "tanya Danial.
"Dia akan uruskan projek dekat sini,kalau tak ada apa-apa saya mintak diri dahulu"Kata Amirah lalu mengorak langkah pergi.

"Shitt!!!"Danial menghempas pintu bilik hotelnya.

"Tak apa Tengku kau tengoklah,Amirah akan jadi milik aku"Sambungnya.
"Amirah sayang jangan takut ia I akan buat You bahagia sampai bila-bila"Kata Danial sambil menatap gambar Amirah.Lalu menghempas tubuhnya keatas tilam.

#                       #                                #                                 #


"Semua dah siap?"Tanya Tengku Faris pada Amirah.
"Da siap dah"Jawab Amirah ringkas.Lalui Tengku Faris berpaling pada Danial yang berada dibelakang.
"Kau da siap semua barang ke Danial?"Tanya Tengku Faris pada Danial.
"Dah siap semua boss"Balas Danial sambil tersenyum.Lalu mereka bertiga memasuki kenderaan yang disediakan untuk mereka bertiga dan menuju ke lapangan terbang.

#                                   #                                       #                                       

"Amirahhhh!!!!!!!!" Jerit Ros pada Amirah seusai melihat susuk tubuh Amirah memasuki halaman lobi lapangan terbang.
"Woi rindu siot dengan kau"Sambung Ros semula.
"Makin sihat aku tengok kau"Katanya lagi.
"Aku penatlah jom balik."Jawab Amirah ringkas lalu menuju ke teksi.Ros yang kaku melihat keadaan Amirah terus beralih kepada Tengku Faris,Ros ingin kan jawapan yang tepat.
"Hurm dia da tahu pasal tu"Kata Tengku Faris.
"Macam mana dia boleh tahu?"Tanya Ros.
"Nanti aku ceritakan macam mana boleh terbongkar,sekarang kau pergi kejar dia"Ujar Tengku Faris.Ros terus berlalu ke arah Amirah.

#                                  #                                       #                                         

"Awak,tunggu sekejap"Jerit Danial pada Amirah yang ingin memasuki beg ke dalam teksi yang dinaiki.
"Ada apa lagi Danial?"Tanya Amirah dengan nada tidak puas hati.
"Saya...Saya sayang awak Amirah,Saya...."belum sempat Danial menghabiskan ayatnya terdengar seseorang yang berdehem dibelakangnya.
"Ehem" Ros berdehem selepas mendengar ayat Danial tadi.
"Maaf Encik Danial,Amirah penat dia kena rehat kami balik dulu"Kata Ros lalu menarik Amirah memasuki ke kereta.

#                                   #                                         #                                        


"Arrrgggghhhh,bodohlah kau Ros"Marah Danial sambil menghentak stering keretanya."Kau tunggu balasan aku budak kampung"Katanya lagi lalu menhentak stering keretanya berulang-ulang kali.


#                                   #                                       #


Pagi itu Amirah berasa tidak sedap badan kerana keletihan akibat pulang daripada Sarawak."Ros,aku tak kerja hari ini,aku penatlah"kata Amirah lemah pada Ros."Kau dah makan ubat ke?"Tanya Ros."Aku tak ada ubat,kejap lagi okey la ni aku nak tidur je"Balas Amirah."Erm yela aku pergi dulu assalamualaikum"Kata Ros."Waalaikumusalam" Jawab Amirah kedengaran perlahan.


#                                 #                                      #


"Ros bos panggil kau"Kata Lia secetary Amirah.Ros jalan menunggu ke arah bilik besar Tengku Faris dengan yakin pasti ingin tahu mengenai keadaan Amirah buah hatinya itu.Sesampai di depan bilik itu Ros terus mengetuk pintu lalu masuk ke dalamnya.
"Ada apa bos?"Tanya Ros.
"Amirah?"Tanya Tengku Faris pada Ros.
"Dia sakit dekat rumah tak dapat hadir hari ini bos"Ucap Ros.
"Apa? Sakit? dah bawak ke klinik?"Tanya Tengku Faris.
"Dia tak nak"Balas Ros.
"Awak ikut saya sekarang jugak"Kata Tengku Faris lalu mencapai kunci keretanya.Ros di belakang sudah agak apa akan Faris lakukan.

#                               #                                      #


Ros yang kaku di tempat duduk belakang hanya diam membisu sahaja menbiarkan Tengku Faris fokus pada pemanduannya dihadapan.
"Macam mana boleh kantoi dekat sarawak Faris?"Tanya Ros selepas diam menikus.
"Danial luahkan perasaan pada Amirah."Kata Tengku Faris dengan geram apabila mengenang kembali peristiwa itu.
"Habis tu,Amirah macam mana masa Faris bagi tahu?"Tanya Ros.Tengku Faris pelik kenapa Ros tidak tanya mengenai Danial terdahulu.
"Ros dah tahu Danial suka Amirah dah lama dah,dari pandangan mata Danial Ros dah tahu"Sambung Ros kembali selepas melihat muka Tengku Faris yang ingin ketahui sesuatu.
"Hurm Amirah tak percaya yang Faris nak kahwin dengan dia"Kata Tengku Faris kecewa.
"Dia mulut saja cakap macam tu,tapi hati dia masih sayangkan Faris,kalau tidak dia akan terima lamaran Danial tu"Kata Ros.
"Tolong Faris selesaikannya Ros"Mohon Tengku Faris.
"Ros pasti akan tolong untuk kebaikan kawan baik Ros juga"Jawab Ros.Seusai sahaja mereka berbual kereta Tengku Faris berada dihadapan rumah yang diduduki Ros dan Amirah.Ros segera membuka pintu kereta dan ke arah pintu utama rumah lalu mengetuk.
"Amirah bukak pintu kejap"Laung Ros dari luar rumah.Amirah membuka pintu dan terkejut melihat kehadiran Tengku Faris dihadapannya.

#                                #                                     #