Saturday, December 13, 2014

BAB 22 : Cukup sampai di Sini

Pagi yang indah disapa angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan Amirah teringin untuk berdiri di kaki lima biliknya itu.Terdengar suara Tengku Faris Farriel memanggilnya di dalam segera dia beredar dari kaki lima itu dan mendapatkan suami tercintanya itu.

"Ada apa abang?" Tanya Amirah perlahan.
"Sayang dah masak?" Ucap Tengku Faris Farriel pada Amirah dihadapannya.
"Belum lagi,er baru nak pergi ni kenapa?" Jawap Amirah.
"Abang bosanlah nak tolong Sayang boleh?" Tanya Tengku Faris Farriel pada isterinya.
"Ha boleh jugak jomlah" Ajak Amirah lalu menarik tangan Tengku Faris Farriel turun ke ruang dapur

#                                #                                              #                                          #

"Akak bunga ni kira macam mana ye?" Tanya Redzuan pada wanita pemilik kedai bunga itu.
"Oh kalau yang warna putih tu satu 50 sen kalau yang warna merah tu 1.50 sen,adik nak yang mana?Tanya wanita itu.
"Bagi dekat saya 3 ye yang warna merah tu" Ucap Redzuan lalu tersenyum.
"Yelah adik,sebentar ya" Balas Wanita itu.

"Mira"Panggil Redzuan pada Amirah.
"Ye abang?" Jawap Amirah.
"Mira suka bunga apa?" Tanya Redzuan pada Amirah.
"Bunga Ros,cantikkan? kalau warna merah lagi cantik.Bunga merah lambang cinta " Ucap Amirah kepada Redzuan.
"Nanti abang belikan Mira bunga ros ye,abang janji" Kata Redzuan lalu tersenyum puas melihat wajah Amirah yang dia sayangi itu.
"Janji tau" Kata Amirah sambil melihat permandangan sawah itu dihadapan.

"Adik!! " Jerit wanita uh abad itu pada redzuan.
"Oh terima kasih ye kak " Ucap Redzuan selesai membayar harga bunga Ros itu.
"Mira abang janji akan bagi,abang akan lakukan apa sahaja untuk Mira" Ucap Redzuan sendirian lalu mengorakkan langkah menuju ke arah keretanya.

#                                  #                                 #                                 #

"Abang jaga lauk ni sekejap Mira nak angkat telefon tu" Ucap Amirah pada suaminya.
"Yelah " Jawap Tengku Faris Farriel sambil memegang senduk di tangannya.
"Assalamualaikum ye nek? ada apa telefon?" Tanya Amirah kepada neneknya yang telah telefon.
"Bila tu? Dengan siapa?" Tanya Amirah lagi.
"Ha yelah nanti Mira bagitahu dekat abang.Ha ye nek nanti kirim salam dekat Lisa dengan mak tau nenek,erm Waalaikumussalam" Talian dimatikan selepas Amirah menjawap salam neneknya.
"Ha! " Sergah Amirah kepada Tengku Faris Farriel yang khusyuk merasa lauk yang dimasak oleh Amirah.
"Ya Allah sayang ni,kalau abang ada sakit jantung macam mana.Terkejut abang tau" Bebel Tengku Faris Farriel panjang.
"Siapa telefon? " Tanya Tengku Faris Farriel menahan geram melihat Amirah menggelakkan dirinya.
"Nenek telefon katanya Lisa nak bersanding minggu hadapan,kita pergi tau nenek suruh" Kata Amirah.
"Ye la " Kata Tengku Faris Farriel mati apabila terdengar bunyi loceng rumahnya.
"Abang pergi tengok kejap" Laju Tengku Faris Farriel melangkah ke muka pintu

Special for you
my dear Amirah...

"Sayang!!" Jerit Tengku Faris Farriel.

"Ada apa?" Tanya Amirah lalu menutup semua sajian yang sudah siap dan melangkah kearah Tengku Faris Farriel.
"Ni siapa?" Tanya Tengku Faris Farriel lalu menunjukkan bunga ros pada Amirah.
"Mira tak tahu,tak ada nama?" Tanya Amirah.
"Tak ada pun." Ucap Tengku Faris Farriel.
"Buang jelah abang.Budak-budaklah tu nak kenakan Mira." Kata Amirah laju mempertahankan dirinya.
"Betul tak tahu?" Tanya Tengku Faris Farriel.
"Ye abang,Mira tak tahu." Jawap Amirah
"Kalau macam tu,nah buangkanlah abang tak suka" Ucap Tengku Faris Farriel.
"Pemalas lah abang ni " Jawap Amirah lantas membawa bunga itu kedapur.Sempat juga dia menjengah kearah kad pada bunga itu.

Special for you
my dear Amirah...

Amirah membelek kulit belakang kad itu tertera hurus r yang di cantikkan dengan rangkaian pada tulisan itu.Segera Amirah mencampakkan bunga itu kedalam tong sampah dan mengoyakkan kad itu.

'Kau nak apa lagi redzuan' Ucap kata hati Amirah sayu terkenang bekas kekasihnya yang tidak serik ingin mengacau hidupnya.Amirah segera kemeja makan untuk makan tengahari dengan Tengku Faris Farriel,dia berdoa agar suaminya itu tidak nampak hurus r dibelakang kad itu.

#                                     #                                 #                                #

"Assalamualikum lisa" Panggil Amirah semasa mengetuk pintu kayu dihadapannya itu.
"Waalaikumussalam eh mira,masuklah mama ada dekat dalam dengan nenek " Jawap Lisa selepas membuka pintu itu.
"Nah Mira bawakkan  sikit barang untuk hantaran Lisa,harap Lisa suka" Kata Amirah lalu menyerahkan plastik beg yang terbungkus cantik kepada Lisa.
"Apa yang tak sukanya,mestilah suka.Jom Mira mama dah lama" Ucap Lisa lalu menarik tangan Amirah menuju ke dapur.
"Mama ni Mira dah datang" Jerit Lisa di ruang rumah.
"Mira apa khabar? " Tanya Mak Timah dan memeluk Amirah.
"Mira sihat je mama " Balas Amirah.
"Ala Mira rindu maam je tak rindu dekat nenek ke? " Rajuk Nek Salmah.
"Eh Mira rindu nenek jugaklah,mana boleh tak rindu" Ujar Amirah lalu menuju ke arah Nek Salmah.
"Yela dah main rindu-rindu dah ni laki awak ni da penat tunggu " Ucap Tengku Faris Farriel memecahkan kesunyian rindu merindui itu.
"Eh Ris lupa pula mama dekat kamu,bilik kamu dua ada dekat tengah tu mari mama tunjukkan" Ucap Mak Timah dan menuju ke arah tangga untuk menunjukkan bilik kepada Tengku Faris Farriel.
"Macam mana dengan Redzuan,dia ada kacau kamu lagi?" Tanya Nek Salmah kepada Amirah.
"Dia ada bagi bunga hantar dekat rumah Mira tapi Ris tak tahu yang hantar tu dia" Terang Amirah kepada Nek Salmah.
"Nenek tak tahu apa nak jadi dengan dia tu,teruk betul perangainya " Ucap Nek Salmah yang kurang faham dengan perangai Redzuan.
"Kamu pergilah tengok si Ris tu" Sambung Nek Salmah lagi.
"Erm yelah nek" Balas Amirah lalu bingkas bangun menuju ke biliknya dengan Tengku Faris Farriel.

#                               #                                #                                  #        
                   
"Abang?" panggil Amirah.
"Ye sayang" Balas Tengku Faris Farriel.
"Abang dah jemput Musa untuk majlis Lisa ke?" Tanya Amirah lalu merebahkan diri di sisi Tengku Faris Farriel.
"Abang dah jemput dah dia orang mungkin lusa pagi semua datang sini tolong apa yang patut." Terang Tengku Faris Farriel.
"Baguslah kalau macam tu nanti mama dengan nenek tak adalah penat sangat buat persediaan nanti." Jelas Amirah.
"Sayang abang penatlah,teman abang tidur ye??" Rayu Tengku Faris Farriel yang keletihan memandu.
"Yela abang" Akur Amirah dengan permintaan suaminya itu.

#                           #                                   #                             #

"Assalamualaikum mak,Redz balik ni" Ucap Redzuan di muka pintu rumah usang itu.
"Waalaikumussalam,Ya Allah anak mak.Naiklah Redz,mak rindukan kamu sangat" Balas Mak Munah dengan linangan air mata.
"Lama kamu tak balik Redz" Tanya Mak Munah kepada anak tunggalnya itu.
"Tulah mak Redz balik ni bercuti,penat sangat dekat hospital tu mak" Jelas Redzuan kepada Mak Munah.
"Kebetulan kamu balik ni nanti bolehlah teman mak ke rumah Nek Salmah ada kenduri sikit dia buat" Kata Mak Munah.
"Kenduri apa Mak?" Tanya Redzuan kehairanan.
"Lisa nak kahwin tu buat kenduri tu,eh kamu pergilah rehat dahulu jangan lupa solat nanti malam kita makan sama-sama" Ujar Mak Munah yang kesian akan anaknya itu.
"Baiklah mak" Jawap Redzuan lalu bangun menuju kearah pintu biliknya.

#                       #                             #                          #

Sehari Sebelum Hari Perkahwinan Lisa

"Abang!!" Jerit Amirah memanggil suaminya yang berada didalam bilik.
"Ada apa sayang?" Sahut Tengku Faris Farriel.
"Mama dengan papa dah sampai tu,abang pergilah tolong dia orang angkat beg" Balas Amirah sambil menuju ke arah ibu bapa mertuanya itu.
"Mana yang lain?" Tanya Amirah.
"Sekejap lagi dia orang datang mungkin lambat sebab Musa ada hal sedikit" Terang Tengku Adam Aris kepada Amirah.
"Papa mama,sihat?" Tanya Tengku Faris Farriel lalu menyalam kedua ibu bapanya itu.
"Sihat sahaja,kamu tu sihat ke? " Tanya Tengku Adam Aris kepada anaknya.
"Kami berdua sihat je papa,eh jomlah naik tak manis pulak borak dekat luar ni" Ucap Tengku Faris Farriel.
"Tu semua orang kampung datang tolong masak-masak semua,pasang khemah" Terang Amirah kepada Tengku Maisarah yang kelihatan pelik kerana ramai orang dihalaman rumah itu.
"Kalau dekat KL pakai katering saja" Jelas Tengku Maisarah.
"Inilah namanya sepakat membawa berkat mama,mari Mira tunjukkan bilik" Ujar Amirah lalu membawa Tengku Maisarah ke dalam rumah.

#                     #                           #                           #

"Abang dah bagi tahu mama kita nak keluar ke?" Tanya Amirah kepada Tengku Faris Farriel.
"Dah abang dah bagitahu sebelum keluar tadi tapi abang tak bagitahu yang kita nak jemput Pak Usop.Mama sebuk sangat sampai tak menyempat nak bagitahu." Terang Tengku Faris Farriel.
"Tak apalah nanti dah sampai rumah kita bagitahu dekat mama." Ucap Amirah dengan tenang.

#                   #                                #                                   #

"Assalamualaikum Mak Timah" Jerit suara itu dimuka pintu.
"Walaikumussalam,eh Munah naiklah Redzuan pun ada ye?" Sahut Mak Timah yang agak terkejut melihat Redzuan ada bersama dengan Mak Munah.
"Dia balik bercuti seminggu dekat sini,katanya penat bekerja dekat hospital tu.Itulah yang dia balik kampung ni" Terang Mak Munah menjawap tanda tanya Mak Timah itu.
"Ha naiklah Munah,Redzuan boleh tolong orang lelaki dibawah sana tu" Kata Mak Timah kepada Redzuan lalu menjemput Mak Munah kearah dapur.

#                                   #                            #                                    #

"Mira jangan panjat pokok tu nanti Nek Salmah marahlah" Jerit Redzuan kepada Amirah yang memanjat pokok rambutan itu.
"Alah tak ada apa-apa la abang,jangan risaulah Nek Salmah tak ada dia pergi pekan" Terang Amirah dari arah atas pokok itu.
"Nanti jatuh susah,turunlah sekarang!!" Jerit Redzuan yang penat memujuk Amirah yang suka memanjat pokok itu setiap petang.
"Abang?" Lamunan Redzuan terhenti selepas bahunya ditepuk seseorang.
"Eh Lisa,duduklah bakal pengantin" Seloroh Redzuan yang cuba menghilangkan rasa sedihnya itu.
"Abang janganlah tunggu pada yang bukan milik abang,kesian diri abang tu" Ucap Lisa yang tahu akan kisah Redzuan dengan Amirah.
"Abang sangat sayangkan Amirah,abang sedar abang dulu bodoh memilih yang kaca daripada permata" Terang Redzuan dengan nada sedih yang sudah tidak tertanggung.
"Lisa faham abang,tapi itu semua dah lepas jangan buat Mira merana lagi dan cubalah abang cari pengganti" Kata Lisa yang cuba membuka minda Redzuan akan kebenaran yang sedang berlaku.
"Abang cuba tapi abang tak yakin abang mampu untuk cari pengganti Mira buat masa sekarang ni" Jelas Redzuan dengan perlahan.
"Kalau abang rasa tak mampu buat masa sekarang ni,tolonglah abang jangan kacau Mira lagi dia dah bahagia dengan suami dia abang,abang kena faham situasi Mira sekarang isteri orang" Hujah Lisa kepada Redzuan yang termanggu di atas pangkin itu.
"Yelah Lisa abang tak kacau Mira lagi." Balas Redzuan akur dengan kata-kata Lisa itu.
"Kalau abang kacau Mira lagi,Lisa bagitahu Mak Munah.Okeylah Lisa nak tolong makcik-makcik tu bye abang" Ucap Lisa lalu pergi ke arah orang kampung yang sibuk memasak gulai kawah itu.
"Haih" Keluh Redzuan yang mati akal disitu.

#                                  #                              #                      #

"Timah yang ini kau nak masak dengan apa?" Tanya Mak Munah yang menunjukkan ketulan ayam yang berada didalam mangkuk kepada Mak Timah.
"Aku nak buat gulai tempoyak bolehlah siapa yang tolong aku bagi sikit rasa" Terang Mak Timah.
"Timah macam mana Mira? Dia sihat ke?" Tanya Mak Munah tiba-tiba.
"Er dia sihat je Munah kenapa?" Soal Mak Timah yang hairan dengan soalan Mak Munah itu.
"Tak adalah aku saja tanya,suami dia okey?" Tanya Mak Munah lagi sabil membawa potongan sayur di singki.
"Dia orang berdua bahagia aku tengok Munah,senang hati aku dengan Nek Salmah" Terang Mak Timah sengaja mencucuk jarum kepada belon yang ditiup,
"Kalaulah dia jadi menantu akukan bagus,Redzuan tu aku tak tahulah.Kalau Mira jadi apa-apa aku sanggup terima dia Timah" Balas Mak Munah selamba.
"Dia dengan Faris bahagia Munah aku doa dia orang kekal selamanya" Jawap Mak Timah sambil tersenyum melihat teletah Mak Munah yang menyesal akan perbuatan anak terunanya itu.


Saturday, November 15, 2014

BAB 21 : Cukup Sampai di Sini

"Doktor ada pesakit hendak berjumpa" Kata Jururawat Lizawati pada Redzuan.
"Oh okey sekejap lagi saya jumpa dengan dia" Ujar Redzuan.
"Katanya hendak berjumpa sekarang Doktor" Balas Lizawati.
"Di mana ye?" Tannya Redzuan.
"Di ruangan menunggu di hadapan sana" Kata Lizawati.
Redzuan terus berlalu daripada kaunter tersebut ke arah yang di tunjukkan oleh Lizawati sebentar tadi.

#                               #                              #                             #

"Ris!" Panggil Tengku Adam Aris kepada anak lelaki tunggalnya itu.
"Ye pa?" Jawab Tengku Faris Farriel.
"Mana Amirah? daripada pagi tadi papa tak nampak dia pun?" Tanya Tengku Adam Aris kehairanan.
"Oh dia jumpa kawan lama katanya" Balas Tengku Faris Farriel.
"Papa ingatkan nak habiskan kes kakak kamu tu minggu ini juga lah Ris" Kata Tengku Adam Aris menukar topik perbualan.
"Ris pun ingat macam tu papa,tapi mama tu macam tak mahu saja" Jawab Tengku Faris Farriel.
"Itulah yang papa risaukan,mama betul-betul marahkan kakak kamu tu.Sampaikan tak mahu melihat lagi muka kakak kamu tu" Terang Tengku Adam Aris.
"Macam ni lah papa,biar Ris yang pujuk mama.Mana tahu hati mama terbuka sedikit untuk selesaikan masalah kita ni" Balas Tengku Faris Farriel.
"Urm ye la Ris,ni papa nak keluar beli barang sekejap.Tolong tengok-tengokkan mama dekat atas tu ye" Ujar Tengku Adam Aris lalu bangun menuju ke muka pintu.

#                            #                      #                                   #

"Mira" Tegur Redzuan terkejut melihat kehadiran wanita itu.
"Ada apa nak jumpa dengan Redzuan?" Sambungnya lagi lalu ingin menyentuh bahu wanita itu tetapi ditepis oleh Amirah.
"Oh Mira datang sebab nak ucapkan terima kasih sebab dah merawat Mira selama Mira sakit dekat sini" Kata Amirah pada Redzuan.
"Abang rindukan Mira,abang nak minta maaf atas kesalahan abang kepada Mira" Terang Redzuan.
"Kalau boleh abang nak Mira balik ke pangkuan abang" Ujarnya lagi.
"Mira dah ada kehidupan sendiri,lagipun Mira bahagia disamping Tengku Faris.Abang tak payah lah tunggu Mira lagi,ramai wanita di luar sana menanti abang." Terang Amirah dengan jelas sekali pada Redzuan.
"Tapi abang hanya inginkan Amirah,abang tak nak siapapun.Tak akan ada siapa yang boleh jadi galang ganti Amirah dalam hati abang" Ucap Redzuan dengan penuh syahdu.
"Maaf abang Mira sayangkan Tengku Faris,ni ambil lah untuk ucapan terima kasih Amirah.Mira minta izin dulu abang dan tolonglah jangan cari Mira lagi" Ucap Amirah lalu mengorak langkah pergi.
"Abang akan jadikan Mira milik abang" Balas Redzuan perlahan tanpa didengari oleh Amirah,lalu dia meninggalkan ruangan menunggu itu dengan hati yang luluh.

"Abang nanti balik daripada bandar bagitahu Mira ye" Kata Amirah pada Redzuan.
"Ye Mira,abang sayangkan Mira sangat.Mira jangan nakal ye dan jangan cari orang lain selama abang pergi ke bandar" Ucap Redzuan pada Amirah lalu mengulus lembut jari jemari Amirah.
"Nanti abang balik abang nak jumpa nenek Mira,nak bagitahu yang abang nak jadikan Mira milik sendirian berhad abang" Katanya lagi dengan penuh harapan didada.
"Janji ye abang" Balas Amirah seraya mendengar kata-kata Redzuan itu.
"Ye sayang abang janji" Ucap Redzuan.
"Kenapa kau pergi dari hidup aku dulu Redzuan" Sedu Amirah didalam keretanya ketika terkenang kembali kisah silamnya dengan Redzuan.
"Kau tipu aku selama ni Redzuan" Makin kuat tangis Amirah didalam kereta.

#                    #                      #                             #

"Assalamualaikum nek" Ucap Amirah selepas wanita tua itu mengangkat panggilannya.
"Waalaikumussalam,Mira ada apa ni?" Tanya wanita itu.
"Mira tak tabah nek" Balas Amirah.
"Sabar nak,ini dugaan dari Allah.Mira kena redha,yang lepas biarkanlah pergi" Ujar wanita separuh abad itu.
"Nek yakin Redzuan akan pergi juga satu hari nanti,beri dia masa.Ingat apa yang jadi Mira kena tabah ye nak" Katanya lagi dengan penuh yakin.
"Baiklah nek,Mira cuba.Waalaikumussalam" Jawab Mira lalu memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah agam Tengku Faris dengan hati yang sayu.

#                      #                           #                              #

"Ris kau kenapa?" Tanya Tengku Musa pada Tengku Faris Farriel
"Entahlah aku serabutlah sekarang ni" Jawap Tengku Faris Farriel selamba.
"Serabut kenapa? kan kakak kau dengan minah tu dah kena tangkap? apa yang merunsingkan kau lagi ni?" Ujar Tengku Musa lalu duduk di sebelah Tengku Faris Farriel.
"Aku pun tak pasti la Musa,kau rasa Mira tu ada hubungan ke dengan Doktor Redzuan tu?" Tanya Tengku Faris Farriel pada Tengku Musa.
"Maksud kau?" Tanya Tengku Musa kerana kurang faham dengan soalan Tengku Faris Farriel.
"Yela hubungan something special with it? aku nampak cara Doktor Redzuan tu pandang Mira lain,aku rasa Doktor tu sukakan Mira" Terang Tengku Faris Farriel dengan tepat.
"Aku pun nampak jugak,tapi aku tak nak lah main serkap jarang je.Takut silap pulak nanti" Ujar Tengku Musa.
"Erm betul juga" Balas Tengku Faris Farriel.
"Assalamualaikum" Ucap seseorang dari luar muka pintu.
"Waalikumussalam" Jawap Mereka serentak.
"Mira? lambat balik?" Tanya Tengku Faris Farriel.
"Jalan sesak tadi abang,penat" Kata Amirah memberi alasan pada Tengku Faris Farriel
"Mari sini duduk dengan abang" Ucap Tengku Faris Farriel lalu menarik lengan Amirah untuk duduk bersebelahan dengannya.
"Ris aku naik dulu la ye" Kata Tengku Musa meminta diri.
"Erm yela Musa" Balas Tengku Faris Farriel.
"Abang dah makan?" Tanya Amirah pada Tengku Faris Farriel.
"Dah tadi dengan Musa.Sayang dah makan?" Tanya Tengku Faris Farriel.
"Dah masa perjalanan nak balik tadi,abang Mira penat jom tidur" Ajak Amirah.
"Erm yela,kesian sayang abang ni.Jom" Balas Tengku Faris Farriel lalu melupakan persoalan yang berada di mindanya sebentar tadi.

#                          #                              #                           #

"Mira,aku rindukan kau" Kata Redzuan sendirian dalam biliknya.Dia membuka lampu bilik tidur itu,terserlah gambar-gambar wanita yang dirindukan itu di lekatkan diseluruh dinding biliknya.
"Kenapa aku bodoh ye dulu" Ucapnya di salah satu gambar di dinding itu.
"Aku betul-betul perlukan engkau sekarang,aku dah tak ada masa sekarang" Katanya lagi lalu menanggalkan gambar didinding itu dan mengorak langkah ke katil bersaiz besar di tengah bilik itu.
"Aku cintakan kau" Ucapnya lalu melelapkan mata bersama-saa gambar yang diambilnya tadi.

"Abang!!" Jerit Amirah pada Redzuan.
"Ye sayang,kenapa jerit-jerit ni?" Tanya Redzuan pada Amirah.
"Nah ni hadiah,nanti jangan lupakan Mira ye?" Kata Amirah lalu menghulurkan bungkusan kepada Redzuan.
"Ye abang tak akan lupakan Mira sayang abang ni" Jawab Redzuan dan mengambil huluran Amirah.
"Ini apa?" Tanyanya pada Amirah.
"Adalah,khas untuk abang je" Kata Amirah dengan nada sedih.
"Jangan sedih abang janji nanti balik abang cari Mira ye?" Ucap Redzuan.
"Erm yela" Balas Amirah.
"Mira!!!" Jerit Redzuan tercungap-cungap.
"Ya Allah kenapa aku mimpikan dirinya?" Persoalan demi persoalan timbul didalam benak hati Redzuan.Lalu dia bangun pada pagi itu untuk solat istiqarah agar di berikan petunjuk kepada mimpi yang dibawanya itu.

#                         #                          #                             #

"Papa tolong la Risha pa" Ucap  Tengku Farisha pada Tengku Adam Aris yang datang melawatnya dipenjara.
"Ini yang kau nak kan? " Balas Tengku Adam Aris.
"Pa, Risha tahu Risha salah.Papa tariklah semula tuduhan ni,Pa sanggup ke tengok Risha jadi macam ni?" Kata Tengku Farisha meminta simpati.
"Pasal hal ni lebih baik kau tanya mama kau saja,papa tak nak buat hati dia kecewa macam mana kau dah buat,Pa balik dulu" Ucap Tengku Adam Aris sebelum meminta diri untuk pulang.
"Papa!! " Jerit Tengku Farisha yang tidak puas hati akan keputusan Tengku Adam Aris itu.

#                                    #                                    #                                                #

Wahai diariku apakah masih ada cinta didalam hati ini untuk Redzuan..andai ada aku akan memohon kepada NYA untuk menjauhkan perasaan itu..cinta aku kini hanyalah untuk Tengku Faris Farriel seorang..kau jauhkanlah diri aku dan Redzuan Ya Allah..mungkin segalanya telah tertulis di atas sana mengenai segala ini..segalanya ku serahkan kepada NYA.. :')

Amirah terus menutup diarinya dan berlalu ke arah katil lalu merebahkan dirinya di sisi suami tercinta Tengku Faris Farriel.

Monday, June 2, 2014

Bab 20 : Cukup Sampai Di Sini

"Hai lama tunggu?"Tanya Faris Farriel pada Anita
"Hai lama lah jugak"Balas Anita bersahaja.
"U nak jumpa I kenapa?"Tanya Tengku Faris Farriel lagi
"Saja nak tengok muka U,kenapa tak boleh ke?"Kata Anita selamba.
"I ada  urusan penting ni,kalau tak ada apa-apa I minta diri dulu"Kata Tengku Faris Farriel.
"Kejaplah,paling tak pun minum dulu air tu.Penat I order untuk U tau"Kata Anita dengan manja.
"Yela I minum"Balas Tengku Faris Farriel lalu meminum air di depannya.Selesai minum dia terus beredar dari tempat tersebut.
'Kau akan jadi milik aku semula'Bisik hati jahat Anita.

#                                          #                                          #                                    #

"Redzuan please lah I tak nak ada hubungan apa-apa dengan U dah"Ujar Amirah.
"Cukuplah I dah sengsara dulu,I dah bahagia sekarang"Sambungnya lagi.
"Bahagia?? I tengok U tak bahagia pun."Balas Doktor Redzuan.
"Hanya I yang boleh bahagiakan U sayang"Kata Doktor Redzuan lalu melangkah kearah Amirah.
"Ehem"Berdehem seseorang dari belakang.
"Er Pak Usop"Kata Doktor Redzuan tergagap-gagap.
"Pak Usop mengganggu ke?"Tanya Pak Usop pada Redzuan.
"Eh tak adalah saya pun dah nak keluar,dah habis check Amirah dah"Kata Doktor Redzuan lalu menapak keluar dari wad tersebut.
"Hati-hati sikit dengan buaya darat tu"Nasihat Pak Usop pada Amirah.
"Baiklah Pak Usop"Balas Amirah.
"Pak Usop datang sorang je ke?"Tanya Amirah.
"Ada tadi dengan Tengku Adam tapi dia pergi beli makanan"Kata Pak Usop dan mengambil tempat disebelah Amirah.

#                                            #                                             #                                   #

"Kerja aku dah settle,tadi aku dah bagi dia makan ubat bomoh untuk tundukkan dia dekat aku,so now kerja kau pula"Kata Anita pada Tengku Farisha
"Ye aku tahulah kerja aku macam mana"Kata Tengku Farisha lalu mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor Tengku Faris Farriel.
"Hello brother!"Jerit Tengku Farisha.
"Datang my house I want show u something"Katanya lagi.
"What?? Howdare u tak nak datang rumah I"Balasnya dengan nada yang sedih.
"Okey I'm waiting U to come here"Ujar Tengku Farisha lalu mematikan telefonnya.
"Macam mana?"Tanya Anita.
"Dia kata tunggu wife die keluar hospital baru dia datang"Kata Tengku Farisha selamba.
"But thats along day"Kata Anita.
"Kau boleh sabar tak!!?"Tengking Tengku Farisha.
"Yela"Balas Anita.
"Kita tengok nanti wife dia nak buka mulut atau tak pasal benda ni"Kata Tengku Farisha lalu tersenyum sinis diikuti Anita.

#                                                         #                                 #                                  #

"Abang kena pergi ke bandar sayang"Kata Redzuan pada Amirah.
"Tapi kenapa?"Tanya Amirah.
"Abang kena lanjutkan pelajaran kesana"Ucap Redzuan dengan penuh tertib.
"Mira macam mana?"Tanya Amirah lagi.
"Abang pergi tak lama,lagipun abang balik sebulan sekali sayang"Kata Redzuan lalu memegang bahu Amirah.
"Abang janji tak cari lain?"Kata Amirah.
"Ye abang janji sayang"Janji Redzuan pada Amirah.
"Abang sayang Mira tau,jangan fikir yang bukan-bukan tau.Abang kesana nak belajar"Kata Redzuan lagi.
"Kalau abang curang Amirah tak maafkan abang sampai bila-bila"Kata Amirah lalu mencuit hidung Redzuan.
"Jangan risau ye sayang"Balas Redzuan lalu menggenggam tangan Amirah.


2 bulan selepas itu

"Assalamualaikum,Mak Munah"Jerit Amirah dari arah tangga hadapan rumah.
"Waalaikumussalam,eh Amirah kenapa?"Tanya Mak Munah.
"Abang Zuan ada? katanya dia dah balik??"Tanya Amirah dengan nada gembira.
"Dia baru keluar ke bandar jemput kawan katanya"Jawap Mak Munah.
"Ha tu kereta dia"Kata Mak Munah lalu menunjuk kearah pacuan empat roda itu.
"Abang Zuan"Jerit Amirah lalu kearah pintu pemandu.
"Mira"Kata Redzuan perlahan.
"Mira rindu Abang Zuan"Ucap Amirah lalu memeluk Redzuan.
"U siapa tu?"Tanya wanita di hadapan Redzuan.
"Oh ni,kawan I"Kata Redzuan tanpa memikirkan perasaan Amirah.
"Kawan? abang cakap kita kawan?? kitakan dah nak tunang??"Tanya Amirah pada Redzuan sambil melihat wajah wanita di sebelahnya.
"Kau nak tunang dengan aku?? ada hati.Muka macam tongkang pecah,dah kau pergi balik bau ayam tahu!!"Jerkah Redzuan.
"Abang dah janji dengan Mira dulu"Kata Amirah dengan nada sedih.
"Janji?? bila?? kau ni perasan betul"Kata Redzuan lalu berjalan kearah tangga rumahnya.
"Abang Redzuan tipu!!"Jerit Amirah.
"Ya Allah"Tersedar Redzuan dari tidurnya,termimpikan kesilapannya dahulu.Berderai air mata jantannya pada malam itu.
"Abang sayangkan Amirah"Rintih Redzuan dalam keheningan malam itu.

#                                     #                                  #                            #

"Sayang bangun"Kejut Tengku Faris Farriel pada Amirah yang lena tidur di atas katil wadnya.
"Abang"Ucap Amirah lemah.
"Ye sayang abang ni,bangun kita sarapan ye"Kata Tengku Faris Farriel.
"Esok sayang keluar hospital kita ke rumah Kak Long ye?"Sambung Tengku Faris Farriel.
"Tapi..."Amirah terhenti dari berkata-kata tidak sanggup untuk membongkarkan semuanya.
"Abang tahu siapa yang lakukan semua benda ni.Dalangnya abang tahu,kita pergi ye esok?"Tanya Tengku Faris Farriel inginkan kepastian.
"Tapi abang jangan tinggalkan Mira dengan Kak Long sorang tau"Kata Amirah lalu memegang tangan Tengku Faris Farriel.
"Ye sayang abang janji"Kata Tengku Faris Farriel lalu mengusap rambut Amirah.
"Makan cepat nanti doktor nak check sayang"Katanya lagi lalu menguap Amirah dengan makanan ditangannya.
"Mira sayang abang"Ucap Amirah perlahan.

#                                         #                                    #                                        
"Esok Ris datang dekat rumah aku,kau pun mesti kena ada sekali.Faham?"Kata Tengku Farisha tegas pada Anita.
"Ye aku tahulah,tak payah kau risau aku akan ada"Balas Anita selamba.
"Baguslah tu."Ucap Tengku Farisha.
"Dahlah aku tak tidur dah malam esok ada kerja aku nak kena buat"Kata Tengku Farisha lalu bangun menuju ke bilik.
'Adik akak sama bodoh'kata hati kecil Anita sambil tersenyum sinis kearah Tengku Farisha.

#                                     #                                         #

"Hai,Mira nak keluarkan harini?"Tanya Doktor Redzuan.
"Em"Jawap Amirah acuh tak acuh.
"Nah ambillah"Kata Doktor Redzuan lalu menghulurkan bungkusan pada Amirah.
"Apa ni?"Tanya Amirah.
"Hadiah.Mungkin buat kali yang terakhir mungkin??"Balas Doktor Redzuan.
"Oh terima kasih"Ucap Amirah bersahaja.
"So lepas ni kita tak boleh nak contact dah ke?"Tanya Doktor Redzuan.
"U tanya husband I"Balas Amirah selamba.
"Em tak apalah.I keluar dulu nak check pesakit bilik sebelah,takecare dear"Ucap Doktor Redzuan lalu pergi meninggalkan Amirah.
Amirah yang sibuk mengemas barangnya menitiskan air mata melihat kelibat Doktor Redzuan keluar.
'Kau memang tak berubah'bisik hati Amirah lalu mengelap air jernih dipipinya itu.

#                                       #                                         #

"Okey sayang,kita dah sampai rumah Kak Long.Sayang jangan takut ye abang ada dengan sayang selalu"Kata Tengku Faris Farriel.
"Em baiklah abang"Kata Amirah tidak bersemangat.
"Hai Kak Long,eh Anita U pun ada?"Tanya Tengku Faris Farriel.
"Mestilah I ada.Kak Long U kata yang U nak balik so I pun tunggu lah,rindulah kata kan"Ucap Anita selamba.
"Jomlah masuk"Pelawa Tengku Farisha lalu menjeling Amirah disebelah Tengku Faris Farriel.
"Kau datang berdua je ke?"Tanya Tengku Farisha.
"Yela kak,nak datang berapa ramai lagi"Jawap Tengku Faris Farriel.
"Akak nak buat air kejap"Katanya lalu bangun kearah dapur.
"U ni dah ada bini dekat sebelah I pun tak pandang"Kata Anita dengan manja.
"I sayang bini I,takut nak tinggalkan nanti ada yang sambar mati kutu I nanti kalau dia hilang lagi"Kata Tengku Faris Farriel dengan semburan sindiran yang pedih untuk Anita.
"Bukan cantik sangat siapalah yang nak dia ni"Jawap Anita selamba.
"Nah airnya"Tiba-tiba Tengku Farisha menghulurkan gelas pada Amirah.
"Terima kasih kak"Ucap Amirah.
"Em sama-sama,so apa rancangan kau lepas ni Ris?"Tanya Tengku Farisha.
"Racangan?? besarkan bisnes lah kak"Jawap Tengku Faris Farriel.
"Tak nak kahwin lain??"Tanya Tengku Farisha selamba.
"Saya cuma nak Amirah sorang je kak"Jawap Tengku Faris Farriel tenang.
"Kau kan mampu zahir batin,ni Anita ni sunyi aku tengok.Apa kata kau kahwin je dengan dia"Kata Tengku Farisha dengan menjeling Amirah yang sedari tadi sunyi disebelah Tengku Faris Farriel.
"Sunyi? macam tak je akak"Balas Tengku Faris Farriel.
"I sunyi,U jelah yang ada untuk I"Kata Anita lalu bangun menuju kearah Tengku Faris Farriel.
"Eh Mira akak ada sediakan biskut dekat dapur tolong ambilkan akak penatlah."Kata Tengku Farisha pada Amirah.
"Cepatlah !!"Jerkahnya,Amirah segera bangun menju kearah dapur.Dia melihat Tengku Faris Farriel yang kaku didampingi Anita.Tengku Farisha pantas kearah dapur menuju kearah Amirah.
"Kau dengar sini eh,Ris tu dah tergoda dengan Anita kau jangan macam-macam!! faham!!"Jerit Tengku Farisha.

#                                #                                         #

"Ris I sayang U tau"Kata Anita lalu sandar pada bahu Tengku Faris Farriel.
"I pun"Balas Tengku Faris Farriel,sambil membuai buaian yang dinaiki mereka.
"Kita kahwin nak?"Tanya Anita.
"Boleh tapi.."Ucap Tengku Faris Farriel terhenti.
"Tapi kenapa sayang?"Tanya Anita lalu mengusap tangan Tengku Faris Farriel.
"I tak sanggup kahwin dengan orang yang sakiti orang yang I paling sayang"Ucap Tengku Faris Farriel lalu menggari pergelangan tangan Anita.

"U apa ni!!"Jerit Anita.
"Ada lagi sorang dekat dapur cepat!!"Jerkah Tengku Faris Farriel pada pegawai polis yang masuk di pintu pagar.
"Sampai hati U Ris"Ucap Anita dengan linangan air mata.
"Kau yang sampai hati buat bini aku macam binatang!"Kata Tengku Faris Farriel dan menoleh kearah belakang melihat akaknya di bawa oleh pegawai polis wanita.
"Ris apa ni?"Tanya Tengku Farisha pura-pura.
"This what u want"Jawap Tengku Faris Farriel.
"Bawa mereka ke balai"Kata Tengku Faris Farriel lalu memegang tangan Amirah dengan erat.
"Sayang jangan risau semua akan kembali okey"Katanya kepada Amirah.

#                                        #                                     #


Sunday, March 23, 2014

Bab 19 : Cukup Sampai Di Sini

"Saya di mana?"tanya Amirah pada jururawat itu.
"Em Puan Amirah berada di hospital"jawap jururawat.
"Hospital?"balas Amirah dengan perasaan pelik.
"Dilla awak keluar dahulu"arah doktor muda itu.
"Amirah,ingat saya?"tanya Doktor itu.
"Maaf saya tak kenal"jawap Amirah acuh tak acuh.
"Tak mungkin awak lupa saya"balas Doktor muda itu dengan yakin.
"Awak nak apa dari saya?"tanya Amirah dengan meninggikan suaranya.
"Kembali pada saya"balas doktor muda itu.
"Cukup saya kenal awak dahulu Redzuan"jawap Amirah.
"Saya tahu awak tak bahagia,saya mampu bagi kebahagiaan kepada awak Mira"balas Amir Redzuan.
"Cukup la! kita dah tak ada hubungan apa-apa.Mira pun dah lupa semua tu,jangan bagi Mira ingat lgi kecurangan yang Redzuan lakukan"terang Amirah pada doktor muda dihadapannya itu.
"Haih,Mira rest dulu apa-apa hal panggil Zuan ye"balas Amir Redzuan.
Amir Redzuan bangun menuju ke muka pintu lalu melangkah lemah ke bilik persendiriannya.

#                                           #                                         #                                           #

"Pak Mali mana Amirah?"tanya Tengku Faris Farriel selepas melihat susuk tubuh tua itu di bangku kaunter hospital.
"Dia ada di wad,dia dah sedarkan diri.Pak Mali nak mintak maaf sebab  Pak Mali terlanggar Mira masa hendak pulang ke kampung"jelas Pak Mali dengan nada rendah.
"Tak mengapalah,Mira pun sudah dijumpai.Terima kasih Mali"ucap Pak Usop.
"Wad Mira yang mana satu Pak Mali?"tanya Tengku Faris Farriel.
"Ha' jom"ajak Pak Mali lalu melangkah ketingkat 3 hospital.

#                                            #                                              #                                        #

"Macam mana boleh lari? apa aku nak cakap dengan keluarga aku nanti ha! mangku tingkat lah korang ni"jerkah Tengku Farisha pada konco-konco nya.
"Kami tak sedar dia lari,kami dah cuba keja tapi dia hilang entah kemana"terang salah seorang dai konco-konconya.
"Bengong!! perempuan kecik tu pun korang boleh lepaskan.Apa guna aku baya gaji korang mahal-mahal ha? bahalol la!"kata Tengku Farisha meninggikan suaranya.
"Sekarang apa kita nak buat?"tanya Tengku Farisha.
"Jawaplah bahalol!!"jerkahnya lagi.
"Ka..kami tak tahu Puan"jawap Asman.
"Anitaa aku nak kau teruskan kerja mengayat adik aku tu.Biar sampai dia kahwin dengan kau"arah Tengku Farisha pada Anita.
"Tapi kau kena tolong aku juga"jawap Anita.
"Tolong apa?"tanya Tengku Farisha.
"Carikan bomoh yang handal untuk tundukkan adik kau tu."jawap Anita sambil bermain dengan anak rambutnya.
"Itu benda mudah,aku dah ada benda tu"jawap Tengku Farisha.
"Good"balas Anita dengan senyuman penuh makna.
"Korang aku nak pergi ubah muka korang tu,pasal diri aku aku tahu nak settlekan.Kalau korang lari dari aku,siap!"perintah Tengku Farisha dengan arahan yang tegas.
"Baik Puan"jawap konco-konconya lalu bangun meninggalkan gudang itu.

#                                                 #                                  #                                        #

'Tok Tok Tok' terdengan pintu bilik wadnya diketuk.
"Sayang"panggil Tengku Faris Farriel lalu menjonggolkan kepalanya disebalik pintu itu.
"Abang"jawap Amirah lalu mengesat air matanya.
"Jangan nangis sayang,Abang ada dekat sini"kata Tengku Faris Farriel lalu memeluk Amirah dengan penuh erat.
"Mira takut"jawap Amirah sepatah yang memilukan hati semua yang berada di dalam wad itu.
"Shhh abang ada ni,abang tak tinggalkan Amirah sorang-sorang dah"kata Tengku Faris Farriel perlahan.
"Amirah sayang abang"jawap Amirah lalu mengeratkan lagi dakapan suaminya.
"Ehem!"seseorang berdehem di balakang.
"Eh lupa pulak dorang pun ada sama"kata Tengku Faris Farriel sambil tersenyum sumbing.
"Mana nak ingatkan dah jumpa bini kesayangan"balas Tengku Maisara sambil memeluk menantunya.
"Itulah excited sangat nampak langsung lupa kita"sambung Tengku Adam Aris.
"Assalamualaikum"suara dari belakang menyentakkan perbualan mereka sekeluarga.
"Saya Dato' Amir Redzuan doktor yang merawat Siti Amirah"ucap Amir Redzuan sambil memandang tepat kearah mata Siti Amirah.
"Aku Tengku Faris Farriel bin Tengku Adam Aris suami kesayangan Siti Amirah,terima kasih sebab merawat isteri aku"balas Tengku Faris Farriel lalu berjabat tangan dengan Amir Redzuan.
"Eh Zuan,kamu ke? hampir terlupa Pak Usop dengan muka kamu.Makin hensem"celah Pak Usop.
"Mana ada Pak Usop makin tua adalah"seloroh Amir Redzuan.
'Diakan mamat dalam gambar dengan Amirah tu'bisik hati kecil Tengku Faris Farriel.
"Puan Amirah memerlukan istirehat yang banyak jadi dia perlu duduk disini selama seminggu untuk pemerhatian hospital"kata Amir Redzuan.
"Kalau macam tu biar Ris jaga Mira la."balas Tengku Faris Farriel.
"Bagus juga,dekat sikit buah hati dia ni.Tak adalah nanti ada yang mati kelaparan kan Ris"celah Tengku Maisara sambil mengusap belakang badan anaknya.
"Kalau tak ada apa-apa lagi saya minta izin untuk undur diri"kata Amir Redzuan sambil beralih arah anak matanya kepada Amirah.
"Baiklah doktor terima kasih"jawap Tengku Adam Aris yang kehairanan dengan sikap doktor muda itu sejak dari tadi.
Amir Redzuan terus melangkah keluar dari wad itu di sebabkan tidak sanggup melihat kemesraan Amirah dengan suaminya.
'Kau tak akan mungkin bahagia'ucap hati jahat Amir Redzuan.

#                                        #                                      #                                              #

"Macam mana aku nak dapatkan dia ye?"kata Anita sendirian.
"Erm,aku call dia kejaplah"katanya lagi lalu mendail number Tengku Faris Farriel.
"Hello"
"Hai sayang,haha I gurau je lah"
"Jom meet I lama tak borak dengan U"
"Dekat hospital? Jaga Mira?"

"Ala kejap je"
"Please...."
"Okey tempat biasa I tunggu U dalam 15 minit okey"
"Bye Loveu haha"

Anita terus mematikan talian selepas Tengku Faris Farriel mematikan taliannya.
"Kau dalam perjalanan memakan perangakap aku Faris,kau milik aku selamanya"kata Anita lalu menyiapkan dirinya.

#                                                    #                                             #                                    
"Sayang abang nak jumpa kawan sekejap boleh?"tanya Tengku Faris Farriel pada Amirah.
"Jangan lama-lama tau abang"jawap Amirah lalu tersenyum.
"Abang janji tak lama,jangan risau tau"balas Tengku Faris Farriel.
"Abang pergi dulu sayang jaga diri tau"kata Tengku Faris Farriel lalu keluar dari wad Amirah.

#                                         #                                           #