"Sayang tunggu la abang"Kata Faris tercungap-cungap mengejar Amirah.
"Nak apa lagi"tengking Amirah pada Faris dan meneruskan perjalanannya yang tergendala tadi.
"Tak kan pasal semalam sayang jadi macam ni,maafkan lah abang sayang"rayu Tengku Faris pada Amirah.
"Mira dah maafkan abang"balas Amira tanpa sedikit pun memandang muka Tengku Faris.
Tengku Faris terus menarik lengan Amira bila melihat sifat Amira yang dingin dengannya itu.
"Lepaskan la abang,Mira tak suka lah abang buat Mira macam ni"kata Amirah yang sedang bergelut dengan Tengku Faris di ruang lobi koleje.
"Hai tertarik-tarik nampak nak join sekali boleh"Ros datang menerpa apabila melihat Amirah di tarik oleh Tengku Faris.
"Lepas lah, Ros jom pergi aku ada hal dengan kau"kata Amirah dan pergi dari situ.
# # #
"Boleh I duduk sini"tegur Anita pada Tengku Faris.
"Boleh duduk je la"balas Tengku Faris acuh tak acuh.
"I tak ganggu you ke ni"tanya Anita selepas duduk di kerusi sebelah Faris.
"Tak lah lagipun I sorang je"jawab Tengku Faris.
"Mana girlfriend you tu,sorry la tanya tadi I nampak you dengan dia bergaduh kenapa,apa yang berlaku?I minta maaf ye pasal semalam tu.I tahu salah I."tanya Anita dengan manja pada Tengku Faris.
"You tak akan faham la Anita.Pasal semalam tu I dah lupakan pun."jawab Tengku Faris dengan nada yang agak tinggi.
"Cakap la I akan faham apa pun yang you rasa,percaya lah dekat I"balas Anita dengan memeluk bahu Faris tanpa segat silu.
"Okey I akan cerita dekat you"akhirnya Tengku Faris memberi tahu Anita apa yang berlaku.
# # #
"Eh tu Faris kan dia buat apa dengan budak Anita tu"tanya Ros pada Amirah.
"Kau kenal ke budak tu"Amirah buat-buat tidak kenal Anita.
"Mana tak kenal dia tu cakap yang dia nak rampas Faris dari kau dekat satu kelas kita orang tau"jawab Ros,dia hairan kenapa muka Amirah selamba saja lihat Anita mesra dengan tunang dia.
"Aku hairan la"tanya Ros.
"Hairan apa"jawab Amira ringkas.
"Kau ni macam tak ada apa-apa yang berlaku pun aku tengok,kau nampak ke tidak kemesraan Faris dengan Anita"soal Ros pada teman seperjuangannya itu.
"Biar lah dia orang tu aku tak kisah pun apa yang dia orang buat"kata Amirah dan pergi dari lobi besar itu.
Ros terpaku mendengar jawapan dari mulut Amirah sebentar tadi sebelum dia mengatur langkah menuju ke arah Amirah.
"Kau tak larang ke diaorang baik balik,aku risau kalau Faris tu mintak putus dengan kau"risau Ros dibuatnya.
"Kalau aku ni bukan untuk dia aku redha je"balas Amirah dengan yakin.
"Aku takut kalau kau gigit jari,menangis tak berlagu tau"kata Ros dan terus masuk ke dalam biliknya.Terpampam Amirah dengan kata-kata Ros tadi.
# # #
Sedang Amirah asyik melayan perasaan tiba-tiba telefonnya berbunyi.Pantas dia bangun dan melihat telefonnya itu.Tertera di skrin nama Tengku Faris.Lama telefon Amirah berbunyi tapi dia hanya melihat saja nama Tengku Faris di skrin itu.
"Angkat je lah telefon tu,bising la aku nak ulang kaji ni"marah Ros dengan sikap Amirah yang dingin dengan Tengku Faris.
"Senang-senang kalau kau tak nak angkat telefon tu kau matikan je enfon kau tu"sambung Ros lagi dan keluar dari bilik mereka.Akhirnya Amirah mematikan telefon bimbitnya itu dan terus keluar dari bilik tanpa membawa telefonnya.
# # #
"Hai girl"satu suara masuk dari telinga Amira dan dia yakin suara itu bukan suara Ros.
"Kau…kau nak apa dari aku"tanya Amirah selepas dia pusing mengadap muka Anita.
"I tahu you nampak I dengan Faris dekat restoran semalam kan"tanya Anita dengan sengaja untuk memanaskan lagi perasaan Amirah.
"I know you jealous,but I think Faris like me now"sindir Anita berlebihan.
"Hei perempuan kau tahu tak Amirah ni siapa,dia ni tunang Faris tau"sergah Ros tiba-tiba dari belakang Amirah.
Terkejut Amirah bila Ros sergah dari belakang dengan nada suara yang agak tinggi dan disebelahnya ada seorang jejaka.
"You betul ke apa budak ni cakapkan"tanya Anita pada Tengku Faris yang sekadar mengiakan apa yang di maksudkan oleh Ros sebentar tadi.
"Apa aku kisah tunang ke laki dia ke aku tetap akan ambil apa yang dia rampas"sambung Anita dan pergi dari situ.
# # #
"Sayang kenapa ni,kenapa off kan telefon"tanya Tengku Faris dengan manja pada Amirah.
"Okey la aku cau dulu erk"kata Ros dan pergi dari situ.
"Awak nak apa,boleh tak jangan ikut saya,saya rimas lah"kata Amirah dan pergi dari situ.
"Amirah wait me"laung Tengku Faris pada Amirah.
"Okey cerita pada saya apa yang berlaku."pujuk Tengku Faris sambil tangannya mencapai lengan Amirah yang kurus itu.
"Sana lah tak ada apa-apa yang berlaku"jawab Amirah ringkas.
"Kalau awak tak nak cakap saya akan pegang lengan awak sampai esok"rayu Tengku Faris lagi.
"Awak nak tahu sangat sebab apa saya jadi macam ni"tanya Amira balik.Tengku Faris hanya menganggukkan kepalanya sahaja tanda yang dia ingin tahu apa yang terjadi pada Amirah yang bersikap dingin dengannya.
"Kenapa awak nak tanya saya awak sepatutnya tahu kenapa saya jadi macam ni"kata Amirah matanya sudah berkaca hanya tinggal untuk menitis saja.
"Kenapa awak menduakan saya,saya tahu awak dengan dia tu pernah bercinta tapi itu dulu dan sekarang ni awak cintakan saya,awak ingat saya tak nampak ke apa awak buat ha…awak pegang tangan dengan dia,dia peluk bahu awak,kenapa awak tak halang dia buat semua itu"kata Amirah air mata yang dia tahan tadi sudah membasahkan pipinya yang kering tadi.
"Awak jahat,awak manusia yang bertopengkan syaitan,depan saya baik tapi belakang saya awak buat macam-macam,saya benci awak,kalau macam ni la lebih baik kita putus saja lagi baik"kata Amirah dan meninggalkan Faris yang dari tadi tanpa satu suara pun.
"Sayang dengarlah hanya dikau dihatiku.Tiada siapa yang bisa menggantikan tempat mu dihati ku.Walaupun kita berjauhan,hati aku tetap ada kamu"Ujar Tengku Faris separuh menjerit dikawasan itu.Amirah yang berada disitu hanya kaku melihat Tengku Faris berkata seperti itu.Selepas itu,terdengar muzik entah dari mana datangnya yang berunsur melodi sedih,sama seperti situasi Amirah dan Tengku Faris.
Harus bagai mana lagi
dan terus begini dengarkan aku lihat ke mataku..
cukup sudah kau menghukum salahku
tetap salahku benarkan ku berbicara agar bisa pulih semua
namun harus sampai bila kau kan diam seribu bahasa..
maafkan lah ku tak bisa hidup tanpa kamu
fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
bagaimana ku nanti bila tiada mengganti
yang ku ada hanya kamu saja
saat mata terpejam hanya kau ku terbayang
menghapus semua rasa dijiwa saat
mata terbuka kamu lah yang pertama tak mampu aku
bayangkan hidup tanpa dirimu...
"Sayang maafkan abang"Ucap Tengku Faris.Menitis air mata Amirah apabila Tengku Faris sanggup membuang masa menyanyi semata-mata untuk dia.Amirah datang dekat pada Tengku Faris.
"Amirah maafkan abang,walaupun hati Amirah pedih,sedih,sakit Amirah cuma nak abang tahu,Amirah takkan buang abang dalam hati Amirah."Kata Amirah lalu pergi dari situ.Tengku Faris yang melihat kelibat Amirah semakin hilang dia mengeluh sendiri.Semuanya atas kesilapan dia sendiri,semua salah dia perlukah dia memberitahu Anita masalah dia dengan Amirah.
# # #
Tengku Faris berasa bersalah dengan Amirah.Faris terus balik ke biliknya.Hanya ada keluhan kekecewaan saja yang keluar dari mulutnya.
"Kau kenapa,aku tengok kau asyik mengeluh je dari tadi’’tegur Musa."Amirah nampak aku dengan Anita dekat Kafe hari tu’’kata Tengku Faris dengan nada sedih.
"Bukan tu je,dia nampak Anita peluk bahu aku,pegang tangan aku,macam mana ni Musa apa patut aku buat"tanya Tengku Faris pada Musa untuk mendapatkan idea bernas Musa.
"Aku tak tahulah Faris,eh kau tahu ke Amirah nak pergi jumpa mak angkat dia dengan Lisa"tanya Musa pada kawannya itu.
"Aku tak tahu pun,dia pergi sorang je ke aku tak nak dia pergi,aku tak nak jadi apa-apa dekat dia nanti aku yang kena"risau Tengku Faris bila mendapat tahu yang Amirah hendak jumpa mak angkatnya itu dengan Lisa.
"Kau jangan risau la,Ros ada,dia ikut sekali pergi kampung Lisa"kata Musa bila melihat Tengku Faris risaukan Amirah.
No comments:
Post a Comment