Monday, May 6, 2013

Bab 12 : Cukup Sampai Di Sini

"You tunggulah I,You nak pergi mana tu?"kata Amylia pada Tengku Faris.
"Hei kau nak apa ha?"jerkah Tengku Faris.
"You ni kenapa nak jerkah-jerkah I pula,hari tu punyalah manja dengan I lepas kantoi dengan isteri you.You terus jadi macam ni,you kenapa ni?"gedik Amylia pada Tengku Faris.
"Kalau you tak datang malam tu,semua ni tak jadi macam ni.Sekarang I kena cari dia balik"kata Tengku Faris dengan nada yang perlahan pula.
"Manalah I tahu dia nak datang malam tu"kata Amylia sambil meraih lengan Tengku Faris.
"Sudahlah,I nak balik"kata Tengku Faris lalu membolosi dirinya dalam kereta.

#                         #                            #                                   #

"Tahniah Puan Amirah,awak mengandung 2 bulan"kata Doktor Asiah pada Amirah.
"Oh ye ke doktor,Terima kasih"kata Amirah pura-pura gembira dengan berita yang diterimanya.
"Sama-sama,jaga kandungan ni betul-betul ye.Awak bolehlah ambil ubat pada jururawat diluar sana"kata Doktor Asiah sambil senyum pada Amirah.
Amirah segera keluar dan menuju ke kaunter yang dinyatakan oleh Doktor Asiah tadi lalu mengambil ubat pada jururawat di kaunter itu.


#                             #                           #                           #

"Kenapa awak buat saya macam ni?"kata Amirah sendirian sambil melihat gambar Tengku Faris.
"Awak saya sayang kat awak!"jerit Amirah lalu menitis jua air matanya.
"Kenapa awak,kenapa?"sambungnya lagi dan terduduk di birai katilnya.

#                             #                          #                          #

"Apa kau buat ni Ris?"tanya Tengku Musa.
"Kau gila ke ha?"sambungnya lagi.
"Ye aku gila,apa lagi kau nak cakapkan? cakaplah"jerkah Tengku Faris.
"Kau tahu tak Amirah macam mana sekarang?"tanya Tengku Musa.
"Kau tak faham bahasa ke kan aku dah tak contact dia,aku call dia tapi dia tak angkat"terang Tengku Faris.Semasa dia menceritakan kisah antara dia dan Amirah pada Tengku Musa sudah berapa kali peluru tumbukan Tengku Musa mendarat ke atas mukanya.
"Kau tak tahu ke? Mira mengandung anak engkau?"kata Tengku Musa.
"What!?"jerit Tengku Faris.
"Semalam Amirah telefon Ros bagitahu berita ni,dia suruh sembunyikan dari kau.Tapi aku rasa baik tak payah sembunyikan sebab kalau di sembunyikan engkau tak kan ambil tahu pasal Amirah dah"terang Tengku Musa.
"Dia dekat mana sekarang?"tanya Tengku Faris.
"Aku tak tahu,kau pandai-pandai lah cari Amirah.Jangan sampai dia buat kerja gila,dia tengah mengandung apa yang dia nak buat dia boleh buat"terang Tengku Musa pada Tengku Faris mengenai keadaan Amirah.
"Aku kena cari dia juga"kata Tengku Faris lalu mencapai telefon bimbitnya.


#                                      #                            #                      #

"Hello bro? datang pejabat sekarang."tutur Tengku Faris pada orang yang didailnya tadi.
"Kau telefon siapa Ris?"tanya Tengku Musa.
"Kau tunggu saja lah siapa yang datang nanti"kata Tengku Faris pada Tengku Musa.
"Kau jangan nak jadi gila."risau Tengku Musa apabila melihat keadaan Tengku Faris.

#                        #                       #                                  #

"Bos kami dah dapat mereka"kata badan tegap dihadapan Tengku Faris.
"Bagus bawa sampah-sampah tu masuk"arah Tengku Faris pada orang itu.
Selepas beberapa minit dua orang telah berada dalam genggaman jari lelaki tegap itu.
"Hello sayang"ucap Tengku Faris pada si perempuan.
"You,you lepaskanlah I.You nak buat apa dengan I ni?"tanya Amylia pada Tengku Faris.
"Kau nak aku lepaskan kau?"tanya Tengku Faris.
"Boleh,tapi dengan satu syarat"sambung dia lagi.
"Apa syarat dia?"tanya Amylia.

#                               #                                 #                       #

Jam loceng berdering menandakan jam menunjukkan pada pukul 5:30 pagi.Amirah segera bangun untuk menunaikan kewajipan yang diarahkan tuhan kepada hambanya.Dalam keadaan mamai dia segera mencapai kain tuala di rak penyidai dan menuju ke almari kayu yang di sediakan di biliknya itu,segera di buka pintu satu dan mengeluarkan baju yang harus dia pakai pada hari itu.

"Wah cantiknya awan"kata Amirah teruja selepas menyelak langsir biliknya.
"Mandi cepat-cepat lepastu boleh lepak dekat luar.Yes!!"jerit Amirah sendirian.

Amirah segera menuju ke bilik air untuk membersihkan diri lalu menunaikan tanggungjawapnya pada tuhan.

#                                  #                                       #                    #

"Hello miss,good morning"ucap pelayan itu pada Amirah.
"Hello good morning"balas Amirah.
"What you want to eat in this morning madam?"tanya pelayan itu pada Amirah.
"You give me a special chicken sup"ucap Amirah.
"Your drink?"tanya pelayan itu lagi.
"Fresh orange only"balas Amirah sambil melontarkan senyuman manis pada pelayan itu.

"Okey madam"kata pelayan itu lalu meminta diri.
Tiba-tiba telefon bimbit Amirah berdering didalam tas tangannya.Dengan berat hati dia cuba membuka zip tas tangannya itu.'Hurm dia lagi,dia nak apa dari aku?'kata hati kecil Amirah,tertera nama Tengku Faris di paparkan di screen telefonnya itu.

       sayang! angkat lah telefon.I'm worried about you dear :'(

Amirah mengeluh kecil apabila membaca pesanan ringkas dari Tengku Faris itu.Sedikitpun tidak mematahkan semangatnya untuk jauhkan diri dari Tengku Faris.Beberapa seketika makanan yang dipesan Amirah sampai di meja dan dia terus menjamu selera tanpa menghirau pesanan-pesanan ringkas yang di hantar Tengku Faris semasa dia sedang menjamu selera.

#                          #                              #                             #

"Apa!? kau gila ke ha?" jerit Amylia selepas mendengar syarat Tengku Faris.
"Kau nak malukan aku ke? kau tahukan aku sayang dekat kau"sambung Amylia lagi.
"Ada aku kisah ke sekarang sayang engkau tu dekat aku ha?"jerkah Tengku Faris.
"Aku tak setuju!"bantah Amylia.
"Kau nak terima padah nya ke!!"jerit Tengku Faris.Bergema suaranya didalam pejabat itu.
"Ris slow down,biar aku cakap dengan dia"kata Tengku Musa mengambil tempat Tengku Faris di hadapan Amylia.
"Aku nak dengar dari mulut kau,kau nak tolong kami ke tidak?"tanya Tengku Musa perlahan.
"Tak akan! aku tak nak!" jerkah Amylia.
Tengku Musa bingkas bangun lalu menarik cengkak baju Amylia dan menolak Amylia terbaring di atas sofa hitam di pejabat itu.
"Aku tanya lagi sekali,nak tolong ke tak nak?"tanya Tengku Musa sambil memijak perut Amylia.
Tengku Faris yang menoleh melihat reaksi Tengku Musa terkejut dengan tindakan yang dia ambil,dalam masa yang sama tergaris satu senyuman dibibirnya.
"Okey! okey! aku ikut cakap korang"akhirnya Amylia mengalah juga.
"Good girl,bawa dia pergi cari baju yang sesuai"kata Tengku Musa sambil mengarah orang-orang berbadan gempal itu membawa Amylia pergi.


#                                #                          #                                 #

"Puan Amirah"panggil jururawat itu dengan senyuman.
Amirah segera bangun mengikut langkah jururawat itu kedalam bilik doktor.
"Puan silakan duduk"ucap doktor muda itu.
"Terima kasih"balas Amirah.
"Nama penuh puan, Siti Amirah?"tanya doktor itu meminta kepastian.
"Ye itu nama saya"jawap Amirah.
"Baiklah puan,mari saya lihat kandungan puan"arah doktor itu.
"Baiklah doktor"kata Amirah lalu mengikut langkah doktor itu ke tempat pembaringan di dalam bilik doktor itu.
"Puan ni dari mana hendak kemana ye?"tanya doktor itu sambil membelek-belek perut Amirah.
"Saya datang kemari untuk bercuti"jawap Amirah ringkas.
"Mana suami puan?"tanya doktor itu cuba memancing.
"Dia sibuk bekerja,jadi saya datang kemari berseorangan."katanya
"Oh,okey puan dah siap"kata doktor itu mencabut semula pelapik di perut Amirah.
"Kalau puan sudah pulang bercuti,jangan lupa buat check up ni di klinik yang lain juga ia"sambung doktor itu lagi.
"Baiklah doktor saya akan lakukan,macam mana kandungan saya?"tanya Amirah.
"Kandungan kamu baik sahaja,cuma saya ingatkan kandungan makin membesar jangan buat banyak sangat kerja ia"nasihat doktor itu pada Amirah.
"Baiklah doktor,saya pulang dahulu ia"kata Amirah bingkas bangun dari kerusi dan menuju ke pintu.
"Hello,saya dah jumpa dia"ucap doktor itu pada si pemanggil di telefonnya itu.
"Baiklah saya akan uruskan semuanya,"sambung dia lagi sebelum menamatkan perbualan telefon itu.

#                                     #                           #                               #

No comments:

Post a Comment